Assalamualaikum Nur Ain Zakiah! Salam sejahtera ke atas jasadku dan rohku.
Hari ini dah masuk hari terakhir bulan Januari 2020. Dan aku, masih gagal.
Gagal menjadi hamba-Nya, gagal sebagai seorang anak dan kakak, gagal sebagai seorang anak murid, gagal sebagai seorang teman dan kawan, juga gagal kepada diri sendiri. Ya, kisah dua tahun aku berlalu dalam penuh kegagalan dan penyesalan.
Moga tahun ini, Allah bantu aku untuk bangkit semula dan terus mengorak langkah menapak dari kegagalan walaupun perlahan.
NO MORE NEGATIVITY Nazmy..!!
Tagline aku di tahun ini adalah #PaksaSampaiJaya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerana hadirkan sahabat buatku mengorak langkah pertama di tahun baru ini, di usiaku sudah menjejak 32 tahun.
Satu je azam paling utama aku di tahun ini. Menjadi hamba-Nya yang benar. Semoga dengan perbaikkan hubungan aku dengan Mu Ya Allah, Engkau perbaikkanlah semua hubunganku dan urusanku dengan yang lainnya.
Letih mengungkapkan kata MAAF yang mungkin dianggap kosong serta sia-sia oleh si penerimanya. Tapi cerminan diriku buat ketika ini, itulah dia. MAAF.