Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar.
Setelah sekian lama, My World of Wisdom sunyi dari sebarang nota diri. Pagi ini terasa nak berkarya pulak. 😂 So catat kat sini lah sebagai kenang-kenangan.
Kisahnya pagi tadi berbasikal. Kebetulan matahari pagi ini cemerlang sedikit. Jadinya, sentiasa mengejar mengejar sendiri. Adakala bayang yang mengejar. Ada masanya, sama-sama seiringan berkayuhan. Sambil youtube tengah mainkan playlist zikir fikir mendidik jiwa. Datangnya ilham kisah bayang. And, yes. Inilah hasilnya.
Kisah Setia Bayang
Hari ini kaki melangkah lagi.
Dan dia masih bersama di sisi.
Walau ke mana kaki menuntun pergi.
Pasti dia turut menemani.
Tidak kiralah siang hari waktu mentari bersinar terang.
Mahupun malam ketika bulan mengambang.
Pasti bayang setia bersama.
Betapa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang.
Dia tahu seorang manusia tidak boleh hidup berseorangan.
Lalu dicipta-Nya bayang agar manusia mengambil teladan dan pengajaran.
Bahawa selamanya bayang setia,
Mengetahui segala dosa dan noda.
Bahkan mungkin menjadi saksi
Terhadap perbuatan tangan dan kaki.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Hikmah sang bayang yang senyap sunyi
Terus menemani setiap manusia di dunia-Nya ini.
Hingga ke pertemuan yang abadi di akhirat sana nanti.
Nazmy Zaki || 25.08.2020 || 9:33 a.m.
😌
Itulah kisah setia bayang. The most loyal person on earth. Semua yang bernyawa lainnya telah atau bakal meninggalkan kita. Bahkan diri kita sendiri tidak mungkin memberi sepenuh taat setia pada orang lain. Pasti ada keraguan atau tidak persetujuan dan kurang permuafakan antara satu sama lain. Ibu, ayah dan anak. Suami isteri. Sanak saudara. Sahabat handai. Semuanya pasti akan ada komplikasinya pada sesuatu keadaan dan masa.