~To acquire knowledge, one must study.. but to acquire WISDOM one must observe..~
(Quotes from Marilyn vos Savant)
Showing posts with label Personal. Show all posts
Showing posts with label Personal. Show all posts

Sunday, 27 July 2025

Bukan Bintang

Bismillah. Assalamualaikum dunia. 

huhuhu lama sangat-sangat tak berposting di MyWOW. Kebetulan dah tak daya nak berfikir dan mengedit tesis, tiba-tiba ternaik pulak lagu yang special dekat auto-play Youtube ni.. Terus stop kerja kejap, dan klik MyWOW ni untuk insert new post.. the very first entry untuk tahun 2025 ini..

Uishh tu diaa.. Last Draft bukan main lama.. bertarikh 24 Jun 2024.. Lebih daripada usia setahun sebulan yang lepas.. kita sikirinsot sikit.. buat kenang-kenangan.. Entry dia pun sayang nak delete.. kita masukkan je kat bawah.. rupanya yang itu pun bersiri daripada cubaan entry yang sebelumnya.. sabo je lah kan.. 😂


Back to the original asbab, yang menyebabkan tersambungnya penulisan entry ni.. even tajuk pun belum decide lagi sehingga tertaipnya ayat ini.. tapi besar kemungkinan, pasti akan ada perkataan "BINTANG"..

Kenapa? 

Sebab lagu ni sedang on loop dari tadi since dia terauto-play sejak beberapa ketika yang lalu.. 


To be honest.. tak pernah perasan atau tahu pun kewujudan lagu ini.. sehinggalah ke tarikh 21 Jun 2025 yang lalu.. Kebetulan seseorang nyanyikan lagu ini waktu sedang program.. even though tak dapat dengar sampai habis pun masa tu dan memang tak tahu langsung tajuknya.. tapi bait-bait lirik setakat yang didendangkan waktu itu sangat-sangat terasa sayu dan sedih.. 

Terus on that spot, google beberapa ayat daripada lirik lagu yang dapat ditangkap untuk cari tajuk dan lirik penuhnya.. then.. dari situlah.. Bintang oleh Budak Kaca Mata menjadi salah satu lagu special dalam playlist #nazmyzaki


dan tadi, bila tiba-tiba terplaynya versi akustik.. dia punya rasa malam tu macam terfeeling semula.. terasa sampainya.. menusuk dan mencucuk jiwa.. hurmmm.. macam-macam perkara dan kejadian yang telah berlaku sepanjang setahun sebulan yang lepas..

Paling terkesan.. sebuah kisah yang mungkin menjadi detik perubahan seumur hidup buat seorang Nazmy Zaki.. namun, ketetapan takdir itu belum terjadi dan kisah itu telah menjadi sejarah di suatu petang.. di saat seluruh umat Islam Malaysia meraikan kegembiraan sebuah kemenangan.. 

dan sehingga saat ayat ini ditulis.. dengan bertemankan bait-bait "Bintang".. 
biarlah catatan ini merekod rasa yang pernah ada dan masih ada.. 

Ding! akhirnya.. dah dapat tajuk apa yang nak ditulis untuk entry luahan rasa ni.. hee..

which is.. 

Bukan Bintang

Aku dengar lagu itu.
Dan aku diam.
Dalam setiap bait, ada luka,
Dalam setiap nada, ada duka.

Mungkin kau menganggapku bintang 
yang pernah bersinar di langitmu,
Namun tak mampu mendekat, 
terlalu jauh tak terjangkau.

Hakikatnya yang kurasa?

Aku tak pernah setinggi itu.
Aku bukan bintang.
Aku hanyalah ibarat batuan. 

Yang turut sedang memandang 
langit malam yang sama.
Yang sedang melata di bumi yang nyata.
Yang sentiasa ada dan tak mungkin 
pernah menerawang jauh di angkasa.

Yang tak mungkin hilang,
melainkan dipanggil oleh Tuhan Seluruh Alam.

Dan itulah aku,
Selamanya insan kekurangan,
Bukan bintang berteman bulan.

by 
Nazmy Zaki 
27/7/2025 
18:26 pm
Workstation FTKA.

dan.. biarlah kisah bintang ini ternoktah di sini dahulu buat masa ini.. kerana aku, hanyalah sekerdil-kerdil manusia.. salah satu daripada infiniti makhluk-NYA yang tidak terkira.. yang tidak akan pernah tahu apa yang telah disusun dan tertulis dalam garis masa kehidupan sementara di dunia.. 

Semoga Allah permudahkan urusan PhD aku dan teman-teman seperjuanganku.. Semoga Allah melapangkan dan membuka seluas-luasnya pintu rezeki kami, mengurniakan nikmat kesihatan mental dan fizikal kepada kami.. serta mempertemukan jodoh yang terbaik bagi kami.. untuk agama kami, kehidupan kami dan penghujung hidup kami..


اللَّÙ‡ُÙ…َّ لا سَÙ‡ْÙ„َ Ø¥ِلاَّ ما جَعَÙ„ْتَÙ‡ُ سَÙ‡ْلاً، وأنْتَ تَجْعَÙ„ُ الحَزْÙ†َ إذَا Ø´ِئْتَ سَÙ‡ْلاً

Ya Allah, Tiada kemudahan
kecuali apa yang Engkau jadikannya sebagai kemudahan.
Dan Engkaulah yang menjadikan perkara yang sukar itu
jika Kamu kehendaki dengan kemudahan.


= = =

Draft written on 24 Jun 2024.
(Biarlah kekal di sini tanpa perlu edit atau delete tanda ingatan)

#kisahhidupnazmyzaki

Time flies too too fast.. very fast.. rasa baru sekejap je.. rupa-rupanya dah seminggu entry yang lepas.. huhu dan dalam seminggu tersebut, banyak benda berlaku.. but then, tak rasa macam ada progress apa-apa pun.. aigooya.. #nazmyzaki what happened la.. always like that.. macam sibuk, tapi kerja pending berlambak.. hurmmm.. *sigh*

Tidur pun KO.. arini jam 5 pagi dah tercongok kat workstation.. malam tadi tertidur tak sampai sejam pun.. padahal malam kelmaren pun tak tidur jugak.. plus main badminton pulak tu.. hurmm.. macam kena lapor diri je ke PKU.. mintak ramuan istimewa.. huhuhu.. 

Maybe sebab tidur tak okay, eficiency dan effectiveness of work performance ke laut.. sama macam sekarang.. dah dekat sejam bukak laptop, apa pun tak buat.. dan kerana itulah aku memilih menulis di sini.. at the very least, ada jugaklah sesuatu yang terhasil.. berselang-seli dengan layan lyrics video by Imagine Dragons.

So, what to story.. hurmm.. let's go back to the peristiwa dalam "Everything happens for a reason".. 

Eh tiba-tiba mengantuk pula.. okay.. to be continued.. 

Table 15 Workstation jam 6:43 am.

= = =

Okay. 

Yang tertulis di atas adalah draft bertarikh 24/04/2024 menurut nota remark di sisi sebelah kanan post settings. Memang betul macam-macam hal berlaku sejak tarikh berkenaan termasuklah appointment setiap pagi untuk seminggu di PKU UMP. 

Kenapa? Sebab BP naik. Sabo je la. heee.. Esok Isnin, nak kena serah diri lagi sekali ke PKU untuk diambil semula BP dan sebagainya. If needed kata mereka, perlu ambil darah. Isk isk isk.

= = =

Hari ini.. sudah bertarikh 23 Jun 24 saat jari-jemari mengetuk papan kekunci di laman post to be published ini.. Alkisahnya sudah berada di bilik PG FTKA UMPSA ini sejak jam 12:15 pm. Then makan-makan dulu dengan Diva FA.. bukak laptop dannnn.. tak berbuat lagi kerja apa..

So.. Memilih untuk menulis di MyWoW ni..

Aduhh.. Sekejap je kan masa.. dah dua bulan daripada entry lepas.. dan tulisan yang di atas tu pun berada di draft tanpa titik noktah.. hurmm.. so apa topik nak berceloteh arini ek.. seminit.. dua minit... ah sudah.. memang tak tahu what to story about.. 

Macam biasa.. kita buka talian hayat.. kali ini whatsapp Diva FA yang duduk berhadapan, sedang fokus di depan laptopnya membuat pembetulan dan semakan tesis akhir sebelum dihantar untuk final viva..


Mana jawapan ni.. masih belum dapat apa topiknya.. 2:44 petang sudah.. Fokus sangat the Diva buat kerja.. hahahahha.. takpe.. baru teringat hari Khamis lepas aku ada edit gambar candid yang Diva FA ambik waktu tengah pulun mengisi borang banci.. kononnya nak up kat IG or FB tapi tak jadi.. 


Inilah gambarnya.. Let's use this one to recap apa yang dah berlaku semenjak dua menjak kebelakangan ini dalam garis masa kehidupan Nazmy Zaki.. 

= = =

Eh hahahahha kisah semalam bersambung ke hari ini sebab tetiba semalam ada kerja perlu settle dan jam lima petang dah kena balik rumah sewa.. ada orang nak tengok bilik.. whatsapp NFMI tanya okay ke dia kalau duk sorang-sorang kat hostel.. sekali tak okay katanya, so menapak cepat-cepat ke KK1 dari rumah jam 06:50 petang.. ngam-ngam sampai depan pondok pak guard, orang azan 07:21 pm.. Total berjalan menurut Google Fit adalah 2.81 km 4094 steps. 

= = =

Okay.. sambung semula ceritera apa yang berlaku sepanjang dua-tiga bulan lepas.. 

Thursday, 18 April 2024

Everything happens for a reason

Masya-Allah.. berhabuk bersawang teruk dah MyWoW.. hurmmm.. 

Assalamualaikum dunia.. Salam sejahtera ke atas anda yang sedang membaca.. terima kasih.. Semoga anda dan saya, kita sama-sama dipanjangkan usia dalam keberkatan, dikurniakan rezeki yang halalan toyyiban yang mampu berbagi dan berkongsi, diberikan kesihatan yang baik mampu berbudi dn berbakti.. dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat..

18.4.2024 akhirnya nukilan ini digarap.. at first tak tahu nak tulis apa.. but then when started writing, there are actually lots and lots of things to share.. the very first entry after more than two years.. Aigooya Nazmy Zaki! Where you at? What you've done and been doing?? Are you doing okay for these past two years after confessing your previous status in "When you choose to confront?"

As usual.. writing is the most effective escapism for me when I am actually in a "lost".. after long long time.. Alhamdulillah.. I'm free of any PSY medication or consultation since May last year.. but the Dr said, be careful.. beware.. as I might have a relapse.. the same episode might re-occur if something triggers and I need to call in for PSY again.. which is what currently I'm facing lately.. hurmmm.. hopefully I'm doing just great.. may Allah ease everything.. show me the best way.. aaminnn ya rabbal alamin..

Too much things to write.. too many questions need their answers.. too many dilemmas to be addressed.. hurmmm ottoke.. just a remark for my future.. maybe in this entry I just highlight my previous conversation with my sister during the third night of Raya day.. oh ya.. 

"Selamat Hari Raya Aidil Fitri 1445H.. Maaf Zahir & Batin.."

What happened during that night? Actually we didn't sleep at all.. a long curhat session among girls only siblings.. about what happened in our family.. and what's next and more to come.. here and there.. every each of every thing..

Last but not least.. I told my sister I needed someone that can guide me the right way out of the current situation.. and she said that I will find that someone very soon.. The thing is.. how do I know if the person coming into my path is really that "someone"? Shall I spill the tea to anyone? *sigh*

Just like today.. I'll be doing something against my own principle again.. I did try few options to avoid it from happened but the answer is still not a favor to me.. or maybe because it is my own fault at the very first place because I did agree with the situation to happen? 

Ya Allah.. please guide me.. I really don't know what is the answer.. I know it's not right, but it is happening.. Astaghfirullahal'azim.. Which way.. which aspect should I look at? Ya Allah.. I really really don't know what You have planned for me.. but if You enable it to happen, then they must be something behind the curtain.. Apakah hikmah atau pengajaran disebaliknya yang perlu aku gali dan cari? 

Everything happens for a reason.

Ya Allah.. sepintas lalu ilham diberi.. mengingatkan aku agar memaklumkan pada seorang ibu.. masih belum berjawab.. semoga apa yang bakal dijawab adalah daripada berkat ArRahman dan ArRahim-Mu.. bantulah aku Ya Allah.. 



Let's pen-off for now.. insya-Allah will update again very soon.. 

Sunday, 15 August 2021

Can I?

Semalam birthday salah seorang sahabat #USMKKJ iaitu Pka Chan. Mesej wish birthday pada Pka dan naiklah nama Si Kechik Waniey i.e., subject of this write up. 

Petang tu bergayutlah aku dan Kechik tentang macam-macam hal, dengan gangguan line telefon yang tenggelam timbul terputus dua tiga kali. 

Antara perkara yang aku laporkan pada Kechik ialah bermulanya aku sebagai kontrak agent Prudential setelah hampir 10 tahun bergelar ejen Takaful Etiqa suatu masa dulu. Aku beritahu Kechik, yang sekarang aku seolah-olah ada sejenis 'ketakutan'. Sebuah ketakutan yang entah macam mana, aku sendiri tak tahu nak terangkan. 

Cuma pesan Kechik, fokus pada apa yang perlu dan mulakan dari apa yang ada. Jika perlu, bincangkan dengan yang pakar nanti. Hurmm..

Dan hari ini, aku terima whatsapp dari adik bertanyakan tentang bilakah tarikh akhir semester ini. Aku snipped gambar kalendar semester depan dan hantar. Hasil akhir perbualan, terhutang budi lagi. 


Hurm... hari ini dah 15.08.2021. Minggu lepas dapat pesanan supervisor, Dr Yudi tentang pembentangan progress pada 28.08.2021 nanti. Hanya sebulan sahaja lepas itu tempoh masa untuk aku siapkan full 1st draft sebelum bermulanya semester baru. 

Can I do it?

Pesan Dr Syed dalam Seminar Penulisan Slot Santai Motivasi Menulis (SSMM 2.0):

"Nothing is impossible to a willing heart!"

Mohon doakan #nazmyzaki jika anda terbaca posting ini. 

"Ya Allah, kurniakanlah Nur Ain Zakiah
ketekunan, kesungguhan dan kekuatan
untuk menamatkan segala apa yang telah dimulakan dan
seterusnya istiqamah meneruskan 
apa yang terbaik bagi mengubah kehidupannya".
..Aaminn Aaminn Ya Rabbal Alamin..

Saturday, 26 June 2021

Rich Dad, Poor Dad

Bismillahirrahmanirrahim..

Wahh... It is now mid-year 2021.. in a few days it will be July, which I'm supposed to complete my thesis write-up. 

In shaa Allah.. pesanan daripada seorang sahabat: 

PERCAYA SEBELUM BERJAYA

Alhamdulillah.. Hari ini berpagi-pagian dengan niat untuk menyiapkan soalan untuk kelas tuisyen addmath. Siap masak spiral pasta, makan bersama housemates, did my laundary and a bit of house cleaning. 

Just for a kickstart, menjenguk sebentar di ruangan ini untuk update My World of Wisdom. Sebagai rujukan waktu akan datang bahawasanya satu keputusan telah dibuat. Semoga bakal mencipta sejarah hidup #nazmyzaki. 

Since last week, I have been re-reading one of my favourite books which is Rich Dad Poor Dad by Robert Kiyosaki. Buku yang dimiliki sejak tahun 2012, setelah pertama kali diperkenalkan dan disebut-sebut waktu degree dahulu oleh salah seorang my favourite lecturer, Pak Tuan. The book teaches me a lot about the rat race, the cash flow quadrant, and what's not. 

Yup, the decision made this time is related to what happened back in 2012, which was me as a financial consultant or to be more specific a unit trust consultant and takaful agent. 


Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi tammim bilkhair. 

Ya Allah, limpahkanlah selawat dengan selawat yang menyeluruh dan kurniakanlah salam dengan salam yang sempurna ke atas penghulu kami, Nabi Muhammad yang dengannya (selawat itu) dapat merungkai segala ikatan, melepaskan segala kesukaran, melunaskan segala hajat, tercapai segala perkara yang diingini dan kematian yang baik, serta diturunkan hujan (yang menjadi rahmat) disebabkan wajahnya yang mulia. (Begitu juga selawat dan salam ini diberikan) ke atas ahli keluarga Baginda, para sahabatnya di dalam setiap kerdipan mata dan nafas dengan setiap bilangan yang diketahui olehMu.

Aaminnn aaminnn ya rabbal alamin.

Thursday, 7 January 2021

Fighting the Unseen I

Alhamdulillah. Dah seminggu melangkah ke tahun baru. Masih bernafas, masih bergerak, masih tidak putus ruang dan peluang yang dikurniakan Allah walau diri serba hina dan khilaf. 

Sejujurnya, sejak pagi tadi aku terasa ingin menulis posting pertama di My World of Wisdom ini bagi tahun 2021. Tab new post telah aku buka sejak jam 10 pagi tapi sekadar menulis title dan items di sisi kanan sahaja. Kemudian aku memilih untuk menyiapkan tugasan bagi kelas malam ini. Masa terus berlalu dan aku masih belum menaip ayat seterusnya sebagai kandungan first entry tahun ini. 


Sehinggalah ke saat tulisanku ini.. Aku baru sahaja terima khabar duka dari group whatsapp sebelum masuk waktu Zohor tadi.. bahawa salah seorang kawan kami kini sedang dirawat di hospital kerana sedang bertarung dengan penyakit yang dipanggil depression. 

"Ya Allah, kuatkanlah diri sahabat kami. Teguhkan hatinya dan peganglah hatinya. Buat sahabatku, moga kau terus kuat melawan. Jangan pernah merasa kau seorang. Kau punya ramai kawan-kawan dan teman apatah lagi keluarga.. juga anakmu sendiri ternanti-nanti.." 

===

Sedih bila terus-menerus mendengar kisah kawan-kawan yang terpaksa melawan "penyakit tak nampak" ini. Ini bukan kali pertama. Dalam kalangan sahabat, kawan dan teman yang aku ada.. Lebih daripada belas-belas orang yang aku tahu menghadapi penyakit ini. Bukan self-diagnosed, tetapi clinically dan professionally diagnosed. Ada yang dah pulih sepenuhnya, ada yang masih dalam rawatan.. Malah terlalu ramai yang berkongsi rasa dan meluahkan symptoms yang mereka alami, seolah-olah, ya, sedang menghidapi depression. 

Nota dan peringatan: Jangan self-diagnosed..!

Mungkin ramai kawan-kawan yang tidak tahu.. termasuklah diri sendiri ini #nazmyzaki juga telah mengalami dan didiagnosed sebagai pesakit MDD - Major Depression Disorder. Perlu makan anti-depressant pill dan perlu bantuan sleeping pill. Worst case, apa yang aku alami dan hadapi tersebut.. berturut dengan non-stop overthinking, sehingga aku terpaksa pula ambil ubat high blood pressure.  Alhamdulillah dan nauzubillah.. sekarang aku sudah tak bergantung kepada ubat-ubat ini dan semoga aku terus menjadi diri yang fitrah.

Apa yang aku ingin tuliskan di MyWoW bukanlah untuk membuka pekung di dada atau cuba menjadi salah seorang pseudo-psychiatrist. Aku sekadar ingin berkongsi apa, mengapa dan bagaimana.. Panjang dan banyak yang ingin aku kongsikan, namun aku akan cuba make it short.

===

Pen-off. Jam dah hampir 3.30 petang, aku perlu sambung prepare bahan kelas malam ini.

To be continued.

Depresi. Kemurungan. Kecelaruan emosi. Fighting the unseen.

Apa yang perlu anda tahu? 

Tuesday, 25 August 2020

Kisah Setia Bayang

 Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Subhanallah. Allahuakbar. 

Setelah sekian lama, My World of Wisdom sunyi dari sebarang nota diri. Pagi ini terasa nak berkarya pulak. 😂 So catat kat sini lah sebagai kenang-kenangan. 

Kisahnya pagi tadi berbasikal. Kebetulan matahari pagi ini cemerlang sedikit. Jadinya, sentiasa mengejar mengejar sendiri. Adakala bayang yang mengejar. Ada masanya, sama-sama seiringan berkayuhan. Sambil youtube tengah mainkan playlist zikir fikir mendidik jiwa. Datangnya ilham kisah bayang. And, yes. Inilah hasilnya. 

Kisah Setia Bayang

Hari ini kaki melangkah lagi. 
Dan dia masih bersama di sisi. 
Walau ke mana kaki menuntun pergi.
Pasti dia turut menemani. 
 
Tidak kiralah siang hari waktu mentari bersinar terang.
Mahupun malam ketika bulan mengambang. 
Pasti bayang setia bersama. 
Betapa Allah itu Maha Pengasih Maha Penyayang. 
Dia tahu seorang manusia tidak boleh hidup berseorangan.
Lalu dicipta-Nya bayang agar manusia mengambil teladan dan pengajaran. 
 
Bahawa selamanya bayang setia,
Mengetahui segala dosa dan noda. 
Bahkan mungkin menjadi saksi 
Terhadap perbuatan tangan dan kaki.
Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Hikmah sang bayang yang senyap sunyi
Terus menemani setiap manusia di dunia-Nya ini. 
Hingga ke pertemuan yang abadi di akhirat sana nanti. 

Nazmy Zaki || 25.08.2020 || 9:33 a.m.

😌

Itulah kisah setia bayang. The most loyal person on earth. Semua yang bernyawa lainnya telah atau bakal meninggalkan kita. Bahkan diri kita sendiri tidak mungkin memberi sepenuh taat setia pada orang lain. Pasti ada keraguan atau tidak persetujuan dan kurang permuafakan antara satu sama lain. Ibu, ayah dan anak. Suami isteri. Sanak saudara. Sahabat handai. Semuanya pasti akan ada komplikasinya pada sesuatu keadaan dan masa.


Friday, 31 August 2018

Jadikan Aku Wanita Itu..

"Oh Tuhanku,
Aku mengadu..
Jangan Kau serahkan aku pada diriku.."
Berulang kali malam ni aku dengar lagu #menangislah oleh Syamsul Yusof & Mawi.. 
Paling tersentuh part first sekali.. "Jangan Kau serahkan aku pada diriku.." 

Bukan setakat kadang-kadang.. Apatah lagi jarang-jarang.. tapi sebaliknya.. sentiasa (moga tidak sepanjang masa).. aku.. lupa.. segala gerak daya.. segala ilham kata.. segala jua yang aku perlaku.. tidak satu pun tanpa pengetahuan-Nya.. tidak satu pun tanpa keizinan-Nya.. 

Sekali lagi di awal-awal pagi ini.. aku dan dia berbicara.. maafkan aku wahai saudaraku.. aku sentiasa berkasar bahasa.. sentiasa menggunakan kata-kata yang menyentuh sensitiviti jiwa.. aku bukan Hamba Allah yang baik.. apalagi mampu menjadi temanmu yang terbaik.. Na'uzubillahi min zalik.. Andai Allah bukakan hijab diriku... Aku benar-benar tidak tahu di paras manakah letak pandang-Nya terhadapku.. Hina dina diriku.. Fakir miskin amalanku.. 

Berbanding dirimu yang kerap bersolat malam.. kerap berpuasa menambah amalan... senantiasa bersedekah dan membelanja makan teman-teman.. Maafkan aku menoreh luka.. menabur garam dan cuka ke atasnya.. maafkan aku.. Sebagaimana kata-kataku kepadamu.. "Aku tidak mungkin layak ke syurga.. tapi aku juga amat takut untuk menghadapi siksa neraka.." dan balasmu.. engkau pun sama.. "kita berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.."

Kerana itu, aku seru buat diriku dan buat dirimu wahai sahabatku.. 

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Asiah, 
Isteri kepada penderhaka Allah yang zalim.. 
Si Firaun pengaku tuhan dunia.. 
Namun Asiah tetap dengan pendirian..
Sehingga dijanjikan syurga,
Di sisi Tuhan Sekalian Alam..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Maryam..
Ibu kepada seorang Nabi..
Dianugerahkan Allah surahnya dalam Al-Quran..
Sedang lahir anaknya tanpa bapa..
Namun caci maki dunia tidak terasa.. 
Kerana kemuliaan dan kesucian dipelihara..
oleh Allah yang Maha Kuasa..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Siti Khadijah.. 
Selayaknya Saidatina bersama Rasulullah SAW.. 
Tidak mungkin mampu menandingi kehebatan beliau,
Namun setidaknya kita berusaha menghiasi diri, 
bukan dengan emas atau permata berkilau..
Tapi dengan teguhnya iman dan pengorbanan, 
Demi suami dan Islam..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Siti Aisyah..
Isteri Rasul Allah yang amat mencemburui Khadijah..
Anak kepada sahabat Baginda paling akrab dan rapat..
Ummul Mukminin yang dikurnia ilmu penuh didada,
Menjadi rujukan sahabat-sahabat
sebagai salah seorang periwayat Hadith terbanyak..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Fatimah bintu Rasulullah..
Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Sumayyah yang terbunuh demi agama Allah..
Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Ainul Mardhiah.. Seperti Zinnirah..

Dan moga kita sama-sama menjadi sebagaimana..
Ramai ramai ramai lagi wanita muslimah yang mukminah..
Di sanjung tinggi di bumi dunia.. dan lebih dari itu..
Dimuliakan seluruh isi alam hingga ke langit dan akhirat sana..

Kerana itu..

Ya Allah.. 
Aku memohon kepada-Mu.. 
Janganlah Engkau serahkan aku pada diriku.. 
Janganlah Engkau serahkan kami pada diri kami..
Jadikan aku wanita itu..
Jadikan kami seperti mereka ya Allah..

Ya Allah..
Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaan-Mu,
Engkaulah yang mengilhamkan kepadanya 
jalan kejahatan dan ketakwaan..
Beruntunglah bagi orang-orang yang menyucikannya,
Serta rugilah bagi mereka yang mengotorinya..

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati..
Tetapkan hati-hati kami ya Allah..
Pada jalan agama-Mu..


Buat diriku dan sahabatku, moga kita menjadi sepertimana wanita-wanita agung itu.. Yang paling terkurang kita boleh lakukan adalah menjaga luaran.. Kerana dosa yang kita paparkan, saham-sahamnya makin bertambah sebanyak mana orang yang memandang.. Sama-samalah kita menutup aurat dengan sempurna..

Formulanya senang je..
Berpakaianlah sebagaimana syarat sah solat yang disyariatkan.. 

Semoga Allah menjaga maruah dan aib kita.. Kita dilahirkan mulia, malah dinamakan Allah surah An-Nisaa yang bermaksud wanita.. Jangan rendahkan maruah kita, dengan cuba menidakkan apa yang tersurat dalam Al-Quran..

Bukan isu #munafik yang cuba aku ketengahkan di sini.. kerana aku mungkin lebih munafik dari kamu wahai sahabatku.. Namun aku berusaha mengajak diriku dan dirimu agar sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.. Luaran yang terpapar mungkin bakal menjemput bala yang lebih besar..

Astaghfirullahal'azim.. 
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Subhanaka inni kuntu minaz zalimin..

Rujukan: 
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1915-irsyad-fatwa-ke-73-hukum-perempuan-berpakaian-menampakkan-bentuk-tubuh-dan-hukum-bagi-orang-yang-sengaja-melihat-aurat-orang-lain?highlight=WyJwZXJidWF0YW4iLCIncGVyYnVhdGFuIl0= 


Sunday, 14 January 2018

Complexity of Guilt and Conscience III

Ya.. banyak kali aku cuba kembali semula ke track yang sepatutnya setelah sedar diri tersesat jauh.. Kerja-kerja tergendala aku susun prioritynya untuk diselesaikan.. Tapi disebabkan terlalu banyak.. Tugas aku turut diberikan pada insan-insan lain untuk tolong disiapkan.. (Terima kasih yang tak dapat dibalas buat Wan, Nurul dan Kwati)..  Aku tak mampu.. Tekanan itu tersangat dirasa.. Aku boleh buat muka seposen, konon senyum.. pamerkan muka seolah-olah tak bersalah.. Tapi jauh di sudut hati.. maruah aku ibarat terguris tak dapat dipulih. Sungguh.. ibarat gelas kaca yang retak.. itulah yang kurasakan..

Sejak dari dulu.. inilah antara prinsip hidupku.. "Bantulah sesiapa jua yang memerlukan pertolongan.. Permudahkanlah urusan mereka.. kerana sesungguhnya Allah pasti akan mempermudahkan jalanku.." dan prinsip yang kupegang ini terbukti.. Allah membalas dengan segala macam rezeki yang tak akan mungkin dapat aku senaraikan di sini.. Namun.. Maaf.. Maaf yang teramat terutama bagi mereka yang menghubungiku sepanjang tempoh getir hidupku.. 

Saat aku menerima beratus-ratus panggilan tidak di jawab.. pesanan ringkas.. whatsapp.. messenger.. Tekanan dalam diri seolah-olah ibarat pressure cooker.. bersalah kerana tidak menjawab dan membalas.. tapi lagi tertekan memikirkan jawapan dan alasan apakah yang ingin aku berikan...  akhirnya.. hanya jeritan dalam diam yang mampu aku telan.. Maafkan aku.. Aku mengaku aku cukup tertekan waktu itu (dan sehingga saat aku menulis ini pun)..

Rasa bersalah yang teramat pada Prof.. hari ini.. 14/01/18 Prof mengorbankan hujung minggunya untuk bersama kami.. sekali lagi.. aku terpaksa menyarung topeng lutsinar.. yang orang tak nampak tapi hanya aku yang tahu dan rasa.. entah berapa kali air mataku bergenang.. menghadirkan diri di hadapan orang-orang yang aku sangat kasihi seperti ma dan abah.. wearing the poker face.. disebabkan aku tak mampu menyiapkan tugasanku.. Maaf Prof.. Maaf tersangat maaf buat yang ke entah berapa kalinya.. terlalu banyak yang perlu dibuat.. 😔😔😔

Aku adalah seorang yang perfectionist.. (merujuk kepada entry aku sebelum ni tentang personality diriku..) benar.. ini antara komen yang sangat kerap aku terima.. makin lama, characteristic ini seolah-olah turut memakan diri.. Aku tak boleh buat kerja separuh jiwa.. maksud kata.. bukan sekadar nak siap.. sungguh.. aku tak boleh hantar sesuatu kerja atau tugasan tu kalau aku tak puas hati bukan setakat isinya, tapi termasuk segala ukuran inci kiri dan kanannya.. aku memang tak boleh.. 

Kerana itulah.. walaupun sejak Ahad yang lalu.. seminggu sudah aku menjejakkan kembali kaki di bumi UMP ini setelah Prof menghubungi mamaku meminta aku focus pada PhD.. aku masih tidak mampu siapkan kerjaku.. tegang pada bahu.. lenguh dan sakit pinggang.. loya.. nak muntah segala rasa ada.. Jika mengikut kata hati dan emosi negatif, ingin sekali aku melarikan diri tanpa berjumpa dengan Prof petang tadi.. Tapi cukup-cukuplah wahai diri.. Cukuplah.. Kesalahan kau dah terlalu banyak jika dihimpun.. Jangan ke'sengaja'an itu melenyapkan terus sekelumit kesedaran yang ada dalam diri.. biarlah harini hari akhir kekusutan membelenggu diri.. moga hari-hari mendatang segala simpulan terungkai dan lerai..

Selesai perjumpaan.. aku menghubungi mamaku.. "Along memang tidak akan balik selagi belum siap apa yang sepatutnya dibuat.." Itu kataku.. Setelah abah pergi.. benar-benar kehilangan itu amat dirasai.. abah yang menjadi center of our family.. abah yang menjadi pusat rujukan kami.. seolah-olah aku merasakan bahawa dahan berpaut itu patah tiada ganti.. bagaimana harus aku mengemudi keluarga kami.. segala-galanya aku rasakan sangat kompleks. 

November lalu.. Allah hadirkan rezeki dalam ujian yang penuh cabaran.. kami sekeluarga dipersimpangan.. pendapat ma ditanya.. dan tertakliflah ke atas ku sebuah amanah lain yang harus dilakukan.  Segala keputusan terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat.. dari seminggu, sebulan terpaksa dikorbankan.. di saat getir itu datang.. aku tersepit.. terjerut dengan rasa keserabutan yang teramat sangat.. Ya.. aku bukan anak yang baik.. tapi patahkata dari adikku membuatkan aku bertambah celaru..

"Along..! Ma waser hati ngan mu.. Ma kabo mu tak pernah-pernah jadi gini.. disebabkan kedai boleh jadi anak derhaka.." Berat.. berat.. berat sangat tanggungan itu.. Along mintak maaf Ma.. tapi moga peluang dan rezeki yang Allah telah berikan pada kita membawa kita sekeluarga lebih dekat kepada-Nya.. bukan makin menjauhi apatah lagi hukuman anak derhaka itu terlalu berat kurasa.. sedih.. aku bukan sengaja meninggikan suara.. tidak ada langsung walau sebesar hama niatku berkurang ajar dengan insan yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan aku.. Hari-hari aku doakan moga ma meredhai diriku walau salahku tak terhitung rasanya..

aku pasrah.. banyak kali emosi menguasai diri.. disaat perasaanku terlampau tertekan.. aku tewas dengan perasaan.. the guilty is too complex that my conscience is almost overshadowed by them.. rasa bersalah pada ma dan keluarga yang seolah-olah aku anak sulung yang menyusahkan.. rasa bersalah pada Prof yang saban hari bertanyakan status keberadaan dan progress penyelidikanku.. rasa bersalah pada adikku yang terpaksa mengorbankan masa dan menangguh cita-cita.. paling teruk dirasakan adalah rasa bersalah pada arwah abah.. aku gagal melaksanakan amanahnya supaya kami adik-beradik bersatu hati sentiasa.. diriku kurasakan ibarat sedang di blender.. sungguh.. aku benar-benar tertekan.. Maafkan aku.. mohon maafkan diriku.. aku benar-benar ingin hidup mulia di dunia dan dikurniakan ihsan Allah untuk ke syurga-Nya..

Aku juga mohon.. tolonglah.. berikanlah aku sedikit masa lagi supaya aku betul-betul boleh mengutip kembali sisa-sisa semangat dalam diri.. menyusun kembali langkah dan kembali teguh berdiri.. infiniti terima kasih kerana memahami.. cukup.. inilah yang amat aku perlukan ketika ini.. dan jugak doa-doa yang tidak putus agar aku sentiasa dipermudahkan urusan..

Semoga entry kali ini menjadi saksi dan reminder untukku sepanjang tahun ini.. cukuplah hari ini aku berkelakuan sebegini.. jika resolusi 2018 ingin direalisasi.. berubahlah wahai diri.! jangan buat perangai bodoh lagi.. aku ingin menjadi aku yang dahulu.. yang bersedia memberi bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan.. aku ingin menjadi aku yang dulu.. yang mampu menggalas amanah yang diberikan dengan kesempurnaan.. Tolong doakan aku.. 

"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bilkhair.."
Amin ya Rabbal Alamin..

May Allah lead my conscience always.. 
The complex of guilty.. 
cukuplah disini.. 

N.O.K.T.A.H.

Complexity of Guilt and Conscience II

Aku tak tipu.. jujur.. tajuk entry ini sebenarnya dari awal tahun lepas aku tulis.. tapi post tak berjaya dipublish sebab tak habis-habis add-on, edit, delete, re-write.. Panjang sangat.. sebab tu aku copy-cut-paste sambungan ke entry ini..

14-15 December 2016.. "You are behaving negatively again. Tak faham attitude awak ni.. Contact me.. Minta call saya.."- Mesej diterima daripada Prof.. kecelaruan dalam diri makin berakar umbi.. makin mencengkam dada.. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan..

Tahun 2017.. Banyak kali abah menelefon bertanya adakah aku akan balik ke rumah.. Kalau bukan abah.. adik-adik telefon memberitahu abah bertanyakan tentang diriku.. sebab itulah.. Aku kerap pulang ke rumah.. aku memilih untuk berada di rumah.. aku tak nak menjadikan abah sebagai satu alasan.. tapi memang waktu ini.. kesihatan abah makin merunsingkan.. berat abah turun mendadak.. badan abah seolah-olah tinggal tulang..

Tapi sebaliknya pula.. dari sisi yang lain.. perasaan aku bergelodak dengan rasa bersalah yang teramat sebagai anak murid Prof.. Prof Ishak juga diuji dengan ujian kesakitan.. Prof Hasnah dengan kaki berbalut simen.. dalam cuti sakit kedua-duanya tetap datang ke pejabat meneruskan amanah dan tanggungjawab mereka.. Sungguh aku sayang kedua-duanya.. guru itu ibarat ibu dan ayah.. Tapi aku berasa sungguh kurang ajar dan tak beradab..

"Call me. Contact me. Where are you? Are you okay? Please respond....." dan macam-macam lagi pesanan di terima.. tak terkira missed called yang ada.. bukan saja daripada Prof berdua malah dari mereka-mereka yang aku sangat hargai keprihatinan itu.. Tapi entah kenapa.. Tahap complexity dalam diri makin menjadi-jadi.. yang aku tak dapat nak huraikan.. nak terangkan.. Rasa bersalah membuak-buak.. Aku tahu bahawa aku ada tugas yang perlu diselesaikan, tapi aku tak mampu berlawan dengan tekanan..

Complexity dalam diri di tahap merbahaya aku rasa.. Aku tahu aku salah.. Aku sedar aku mengambil langkah orang yang bodoh sombong. Entah.. macam-macam alasan yang boleh aku ciptakan dan bohongkan.. tapi mujur Allah masih beri kesedaran.. that conscience yang mana "KAU BOLEH CIPTA ALASAN APA JUA KAU SUKA TAPI JANGAN PENIPUAN.." (Bohonglah kalau aku kata aku sentiasa berkata benar dan jujur sepanjang 30 tahun hidup kat atas dunia ni)..

Dan untuk mengelakkan dari itulah.. Waktu itu aku sangat-sangat bersyukur dengan keadaan telefonku yang pecah, rosak, dan tidak dapat berfungsi dengan baik (masih belum berganti sim sehingga hari ini). Bil telefon juga kadang-kadang aku tidak jelaskan dan talian dipotong. Aku memilih untuk berdiam, senyap, mengasingkan diri, beku dengan tidak memberi respon pada semua yang menghubungi aku dalam tempoh aku tidak mampu berada dalam keadaan yang rasional tersebut.. Aku memujuk diri dengan mengatakan itulah antara alasan terbaik yang boleh aku berikan.

Aku berperang dengan segala perasaan.. Kehilangan abah makin dekat dirasakan.. Sebulan.. bulan 4, abah langsung tak dapat bangun.. Kami terpaksa memapah abah ke bilik air.. Abah solat duduk.. dan ada ketika abah menjama'kan solatnya kerana abah pening dan langsung tidak dapat membuka matanya. Bulan puasa, banyak hari abah tak dapat laksanakan kewajipannya.. Raya menjelma.. Sikap pelik abah makin ketara.. Antara yang paling tidak mungkin kulupa.. abah bertanyakan anak-anak muridnya yang datang berziarah tentang status kehidupan mereka samada sudah berpunya..

Abah yang dulunya tegas menyuruh aku memilih antara menyambung pengajian atau perkahwinan.. Abah yang selama bertahun-tahun lamanya sakit, meyuruh aku menghabiskan pengajian dahulu setiap kali kami sekeluarga berbicara soal calon, jodoh dan perkahwinan.. Tapi raya itu, abah bertanya soalan yang sedemikian.. ya aku malu.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri betapa ketakutan akan sebuah kehilangan itu benar-benar makin dekat dirasa.. Abah seolah-olah tahu dia akan pergi meninggalkan aku dan keluarga selama-lamanya.. dan kerana itulah cuba menjodohkan aku dengan anak muridnya.. (Tak apa abah.. damailah abah di sana.. tak mungkin akan ada galang gantinya..)

Di rumah.. berada dekat dengan abah, bagiku adalah pilihan terbaik sebagai seorang anak.. Aku langsung tak menyesal.. lega sebab setiap kali berada di rumah.. abah menggambarkan kegembiraannya.. Julai dan minggu-minggu akhir abah.. Abah menyatakan dia berpuas hati dengan layanan aku, adik beradik sepanjang sakitnya.. moga abah benar-benar redha pada diriku.. melihat tahap diri ketika ini, aku langsung tidak layak ke syurga-Mu.. Tapi sekurang-kurangya.. redha abah menjadi salah satu teket penghalang aku dari terus dihumbankan ke neraka-Mu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Nauzubillahi min zalik..

Dalam masa yang sama.. rasa bersalah kerana tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan janji-janjiku pada Prof berganda-ganda.. Perjalanan PhD ku tergendala. ini tidaklah memberi impak negatif yang besar pada diri.. kerana ini lebih personal.. Tapi apabila memikirkan tugas-tugas yang melibatkan Prof dengan pihak yang lain tidak mampu diselesaikan.. hal ini makin menyesakkan fikiran.. Rasa bersalah kerana disebabkan aku.. Prof dalam kesusahan. Orang lain pun turut sama disusahkan..

Ya.. Aku bukanlah orang yang baik jika bukan Allah melindungi aib-aibku.. Tapi mungkin mereka-mereka yang pernah mengenali aku akan menceritakan satu sikapku yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.. iaitu aku yang suka membantu dan menolong orang walaupun dalam keadaan aku sepatutnya lebih memerlukan pertolongan.. Pertolongan yang aku berikan sebaik mungkin aku laksanakan.. Selagi boleh aku buat, akan aku buat..

Tapi tahun lepas adalah tahun penuh kesulitan dan kesukaran.. jujur aku cakap.. kalau aku berada dirumah.. seberat mana pun beg, buku, fail kerja yang aku bawak balik.. sebagaimana itulah asal tempat duduknya sehingga ke saat aku melangkah balik semula ke UMP, disitulah keberadaannya. Laptop? Ya, sekali-sekala dibuka.. bukan aku yang membuat kerja tapi adik bongsuku bermain game.. Jarang teramat jarang aku dapat menyiapkan kerja tertangguh sekiranya berada di rumah..

Bukan tidak sedar ada amanah yang digalas, tapi lemah.. lemas.. seriously.. aku tak mampu melawan nafsu jahat dalam diri di batu api kan pula dengan bisikan assyaitanirrajim.. That little conscience yang ada dalam diri.. that feeling of guilty.. terlalu kompleks untuk diceritakan di sini.. Moga entry yang panjang berkarang dalam sambungan seterusnya menyaksikan noktah akhir bahawa inilah yang berlaku sepanjang tahun lepas.. Aku tak akan, tak mungkin, tak nak ulangi lagi di masa-masa hadapan.

Sekali lagi.. cut and paste to "Complexity of Guilt and Conscience Part III"..

Complexity of Guilt and Conscience

Bismillahhirahmanirrahim.. Alhamdulillah.. 

It has been half month of January. I'm still given another chance by Allah The Most Gracious and The Most Merciful.. to breathe the air in this worldly life.. of which I consciously know that Allah is giving another chance for me to lead the rightful path of life. 😔 

Amaran.. 
Entry ini adalah sangat personal dan panjang..! 
Sebagai pedoman aku di masa hadapan.

Entry kali ini aku memilih untuk berbahasa ibunda sebagai keutamaan kerana aku rasa sedikit susah untuk memilih kata-kata yang sesuai dalam English dan terpaksa spend masa yang lama untuk tulis sentences.. Entry ini terkandung kata-kata emosi, kasar dan penuh negativiti.. Dengan harapan, inilah entry terakhir aku menjadi orang yang sedemikian.. kata kawanku.. the Ai Chia.. Tempoh ini adalah tempoh paling WORST aku.. dan ya.. aku mengaku.. 😭😭😭

hurm.. jujur aku cakap.. sebenarnya body text bertajuk "Complexity of Guilt and Conscience" ini telah banyak kali aku tulis, padam, edit, save as draft dari akhir tahun 2016 sampailah ke hari ini belum dapat publish. Aku harap berjayalah aku post entry ini kali ini.. entry pertama di tahun baru ini dengan harapan semoga Resolusi 2018 aku berjaya dicapai dan terlaksana sempurna.. 

Hey diri.! Konon menulis resolusi diri.. kalau engkau masih begini.. tak kan pernah mungkin terjadi.. 

RESOLUSI TINGGAL MIMPI.. RESOLUSI SEKADAR ILUSI..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri.." Ar Rad 11.. 

Aku.. Tahun ini.. dah berusia 30 tahun. 30 tahun bukan lagi generasi belia bak kata YBKJ.. 30 tahun sudah sepatutnya berusia dewasa, yang matang tindak tanduk fikirannya... yang bertanggungjawab terhadap setiap consequence keputusannya... Tapi aku.... hari ini.. saat menulis entry ini.. Aku masih bengong... masih bengong seriously.. Entah yang kesekian kalinya.. aku buat perangai bengong sebegini.. sudah-sudahlah tu Nazmy! Makin tahun makin teruk perangai.. berubahlah!

Dulu masa tahun akhir undergrad di USMKKj 2011, aku berbuat salah pada Dr Norlia dengan ponteng kelas Dr. Aku pun tak tahulah kenapa aku buat perangai macam tu.. Cuma bila sekali Dr tanya pasal aku dekat kawan (masa tu aku tak pakai lagi smartfon atau fon canggih-canggih.. cuma pakai telefon 3310 je).. Aku terus jumpa Dr personally dan mintak maaf (moga Dr dah maafkan dan halalkan).. aku ingat sem akhir nilah zaman gelap, zaman jatuh aku.. rupanya tak.. sekarang makin dahsyat dan menjadi-jadi.. Then.. Dr supervised FYP aku sampai boleh siapkan... Alhamdulillah.. berjaya tamatkan degree.. yang pada waktu itu, yang kukira dah hampir nyawa-nyawa ikan.. sumpah.. Kechik, Nisah, Pika, Koi.. aku rasa mereka inilah yang paling layak menjadi saksi betapa besarnya kemungkinan aku untuk extend study masa tu..

Tahun 2011.. aku balik rumah lepas exam final.. dikejutkan dengan keadaan belakang telinga abah dioperate.. Ya Allah.. tak tahu apa gambaran perasaan masa tu.. kata mereka... tak nak bagitahu aku yang tengah exam.. abah pun sihat macam biasa.. dalam hati, tak tahu betapa banyak aku sumpahseranahkan adik-adik aku sebab tak bagitahu. siyes. Alhamdulillah lepas itu.. abah sihat  tubuh badan walaupun telinga abah sentiasa berdarah dan masih sakit.. Kanser stage 1... In shaa Allah boleh ikhtiar penyembuhannya kata abah.. (dalam entry yang akan datanglah mungkin baru aku ceritakan pelbagai cara, pelbagai ikhtiar, pelbagai jalan yang telah abah ikhtiarkan)..

Berbalik kepada kisah complexity dalam diri.. Mungkin dari sinilah bermulanya fasa denial dalam hidup aku... Aku anak sulung dalam keluarga.. Redha ma dan abah sangat didamba.. aku perlu set satu benchmark untuk adik-adik kata abah.. abah nak aku teruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD (Ya.. memang inilah jugak impian aku dari zaman sekolah lagi..) dan itulah cantiknya aturan Allah..

September 2013, berdaftar di GSB USM sebagai pelajar MBA-IB.. sem pertama dan aku telah mohon cuti satu bulan kerana ingin berada di rumah menemani adik-adikku.. Ma dan abah dapat ke Mekah menunaikan haji masa ni.. A year after.. September 2014.. sedikit demi sedikit, complexity dalam diri bertambah hari demi hari.. ketika ini berada jauh dari rumah memenuhi MBA IB qualification iaitu student exchange program di Universitas Gadjah Mada, Indonesia.. dikhabarkan berita ma masuk wad dan abah akan hadir sesi kimoterapi kali pertama pada 13 Oct 2014.. aku tahu keadaan makin serius.. konflik dalam diri makin kritikal.. aku balik ke Malaysia menemani abah, ma dan keluarga untuk sesi kimo abah.. sesi-sesi seterusnya aku tidak mampu menghadirkan diri..

Fahamkah kalian perasaan seorang anak.. yang sangat-sangat mengharapkan untuk sentiasa berada di sisi kedua-dua ma dan abah.. rasa bersalah.. rasa berdosa.. rasa sia-sia... rasa anak yang derhaka sebab saat aku sakit elergik ruam gatal2.. tengah malam buta pun abah dan ma bangun sapu ubat (walaupun umur dah lebih 25 tahun masa tu).. ya.. aku menulis sekarang dengan rasa sebak dan sedih sebab abah dah takde dan aku rasa aku tak da buat apa-apa sangat untuk arwah abah masa abah tanggung sakitnya...

Tahun 2015.. aku dah berada di Malaysia untuk semester akhir.. Masa ini buat project management under Dr Rajendran.. Dr Rajen pun baik sangat-sangat.. Tapi.. aku buat perangai. Aku tak datang jumpa Dr untuk present progress.. masa tu, walaupun aku tak datang jumpa Dr Rajen, disebabkan that little conscience yang aku ada.. aku siapkan kerja sebaik mungkin dan aku update pada Dr melalui emel.. sampai akhirnya aku dapat A untuk project management dan membolehkan aku berijazah dengan anugerah dekan buat pertama kalinya sepanjang bergelar pelajar.. Alhamdulillah.. Terima kasih Dr..

Dan masa MBA inilah aku mengenali Prof Hasnah dan Prof Ishak.. yang aku tak dapat nak describe betapa bertuahnya Allah aturkan pertemuan aku dengan Prof berdua yang sangat-sangat-sangat baik, lemah-lembut, rendah diri.. Dua-dua mereka bergelar Dato' namun tak pernah aku setiap kali bersama mereka sewaktu makan atau dimana-mana membahasakan diri mereka Dato'. Kalau di restoran atau kedai makan.. Hanya kata ganti diri Makcik, Pakcik dan Nak yang digunakan ketika memanggil staf atau pekerja untuk memesan makanan... Tamat pengajian di USM.. aku meminta Prof menulis sedikit kenang-kenangan di buku tesis ku.. Janjiku pada Prof untuk sambung PhD bersamanya..


Aku ada tempoh masa dua bulan berada di rumah.. Aku bukan nak menidakkan takdir.. jauh sekali menyalahkan ketentuan yang Allah dah tetapkan. Aku terima qada' dan qadar-Nya.. Tapi mungkin masa tu aku tak tahu macam mana nak tenteramkan hati.. Sejak sesi kimo abah yang ke-4.. side effectnya dah mula menampakkan kesan.. rupa fizikal abah makin berubah.. aku jadi takut.. aku nak berada di rumah sahaja untuk bersama-sama ma dan abah.. Telefon aku pula bermasalah seolah-olah mengiakan keputusan yang aku buat. Mungkin belum masanya untuk aku sambung PhD.. Tapi Allah sebaik-baik Perancang.

Prof cuba hubungi aku.. K.wati pun cuba hubungi aku.. dan akhirnya aku dimaklumkan Prof bahawa beliau meneruskan khidmat di UMP.. kurang 3 jam perjalanan dari rumahku. Terima kasih Ya Allah.. Engkau permudahkan semuanya. Ma dan abah pun sangat-sangat gembira. Dengan bantuan Prof, aku apply dan diterima sebagai pelajar PhD.. kata Abah, Prof berdua orang-orang baik. Tuntutlah ilmu dan belajarlah dari mereka..

Sebulan dua berstatus baru, aku dikhabarkan berita oleh abah bahawa sebenarnya kanser abah dah berada di stage ke-4.. Lagi.. lagi dan lagi.. perasaan takut itu berganda.. perasaan yang bercampur-aduk bertambah kompleks. Dilema seorang anak ma dan abah yang ingin sentiasa berada dekat dengan keluarganya.. ditambah dilema seorang anak murid yang perlu beradab dan belajar dengan gurunya.. Aku cuba menjadi orang yang terbaik bagi kedua-duanya... Jika di rate kan, mungkin 2015/2016 adalah tempoh paling produktif, paling efektif dan paling efisien aku sepanjang hidup 30 tahun.

Akhir tahun 2016.. Keadaan bingung dan bengong aku makin menyesakkan fikiran.. dan 2017 adalah bagiku tahun penuh kesulitan.. konflik.. dan kesedihan.. (untuk tempoh setahun yang lepas dan sehingga ke hari ini.. aku masih belum betul-betul memposisikan diriku di track yang sepatutnya..) Banyak sangat-sangat berbuat salah dan silap kepada Prof berdua.. Maaf Prof.. benar-benar mohon maafkan diri ini.. Halalkan dan redhakan segala perkongsian ilmu yang lepas, kini dan akan datang..

Panjang sangat.. terpaksa cut and paste ke next entry..

"Complexity of Guilt and Conscience Part II"..

Sunday, 15 October 2017

Ms. Perfect Melancholy + Peaceful Phlegmatic

Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakhbar..

The whole week busy with me-time.. huhuhu.. hopefully tomorrow will be a good kick-start again.. Will be attending the workshop organized by IPS and PGA UMP.. Preparing for some speech as the master of ceremony for this program.. huhuhu.. If possible, I want to excuse myself from it..

Don't know why I can't focus on my work, so I just went through my job application at CAREER @ UMP.. Checking the progress.. but it is still pending.. however.. in one of the links, I found out the personality test.. so, I took it immediately (well.. I am the person who always love to take any personality test.. of course will not let this opportunity pass)..

Upon answering all questions, it turned out that this personality test is similar like I used to take it before.. the four temperament with scored obtained:

Perfect Melancholy : 15
Peaceful Phlegmatic : 13
Powerful Choleric : 8
Popular Sanguine : 5

These scored obtained were more or less similar to previous tests I had taken.. Again.. Perfect Melancholy is the highest score followed by Peaceful Phlegmatic.. What kind of personality associates with these types? I asked some help from Uncle Google.. So here is some sharing of what kind of person a Perfect Melancholy and Peaceful Phlegmatic is..

The Four Temperament page excellently explained who am I..  A Perfect Melancholy (PM) person plus A Peaceful Phlegmatic who is usually associated with these kind of personalities:

First and foremost: a Perfect Melancholic is of course a perfectionist.. (T_T).. PM are idealists who wish for things to be a certain way, and they get distressed when they are not. They hold themselves and others to unrealistically high standards, and get distressed when these standards are not met. This leads to them being self-deprecating - because they do not meet their own standards - and critical of others - because those others do not meet their standards.

PM wish to learn and to understand, to know the details of every little thing, because to be ignorant is to stray from perfection. They are not content to just accept things the way that they are. They are inquisitive and ask specific questions in order to come to a clearer understanding. This leads many of them to be over-analytical, neurotic worriers. PM are very stubborn, because they try very hard to stick to their own carefully considered views and standards of perfection, and are not easily shifted from this path. They do not go with the flow. They are tenacious and cannot let things go, because 'good enough' is not good enough. They strive for perfection. They are very pessimistic, and assume the worst due to these unrealistic standards.

They think and plan before they act; they are not the types who will resort to rash, impulsive behaviour, and will panic if they are unable to plan in advance. It's easier for them to reject and hate things than it is for them to love and embrace them. Their interests and tastes are picked carefully, and they give a lot of attention to each one, and hold them close to their hearts, rather than having many fleeting interests that change quickly and often.

PM complain a lot, in a 'whinging' kind of way rather than a 'put down' or 'demanding' kind of way. They tend to argue, because they cannot simply let things be if they seem wrong. They argue using reason, evidence, logic, and explanations, delivered analytically or with pleading. They only argue to set wrongs right, rather than to assert dominance. The argument is about the issue, not about them. They respond poorly to compliments, often 'rebutting' them by saying that they're not so great after all. "Wow, that's a really nice painting you just made!" "I don't know, the eyes are probably too big..." (rather than "Thanks!").

They will blame themselves for mistakes, because they are acutely aware of their own imperfection. They tend to prefer things to be tidy, organised in some way or another. This doesn't necessarily mean 'neat' as such; often they have very idiosyncratic organisation methods. They are idealists, who imagine perfect fantasies and feel upset when things don't live up to these fantasies. They prefer to tackle the heart of the matter, which can lead to them avoiding 'beating around the bush'.

PM are the most introverted of the temperaments in that they crave time alone, and are most at ease in their own company. They can enjoy spending time with others, but this drains their energy, and they need alone time in order to recharge. Much of their introversion comes from their perfectionism.

They are picky about the sorts of people that they associate with; people who meet their standards and share their outlook. People that don't will make them uncomfortable; they do not wish to talk to 'anyone and everyone'. Their self-deprecation also makes them think that they might not be very interesting anyway, that they aren't really worth spending time with, even if they know in the depths of their minds that they are very interesting indeed.  Once they have someone to talk to in a quiet and relaxed environment, they can talk a lot and will enjoy sharing thoughts and ideas. They are very wary of making friends. Unlike sanguines, it can take them a very long time for them to consider someone they're familiar with a 'friend', but once they've reached this point, they will likely stick with that person loyally.

PM prefer having a few close friends to many acquaintances. They can be seen as selfish, because they prefer to be alone with their thoughts, to have their own things, rather than sharing time or possessions socially with others. They are usually very possessive about the things that they own and are reluctant to let others borrow or use them, because they treat their own things well, care about everything deeply, and will worry that others will not look after them with the same level of care. They could be described as 'intense', rather than 'easy-going'.

Melancholics are very sensitive-emotional. They are moved deeply by beauty, and by distress. They are very easily hurt, because of their perfectionistic tendencies. Often their moods are like delicate glass sculptures; built up slowly, deliberately, and carefully, but easily broken, and hard to repair once shattered. They respond to things that they dislike with misery and with tears rather than with rage. They are very slow to 'snap', but will hold onto emotions for a very long time. They hold grudges, because people who have failed to meet their standards, who have hurt them, will not just suddenly meet those standards without changing drastically. (I am emotional, but towards family and very closed friends..)

They can become very 'moody', and they can be difficult to interact with because they are so easily hurt. They are not aggressive, and wish to flee from things that cause them distress. If they want to get back at another person, they are more likely to make them feel guilty than to insult them bluntly. They are 'thin-skinned'.

The melancholics in ancient age may have been the analysts, the information gatherers. They scouted for potential danger, or for food, and reported back to the pack leader. The more accurate their findings were, the better; this led to a trend towards perfectionism, as the 'analysts' closer to perfection survived better than those that made sloppy mistakes. In current society, PM often tend towards analytical roles such as scientists, analysts, programmers, logicians, and so on. In fantasy settings, they may be wizards or sages.

While for A Peaceful Phlegmatic (PP) are usually associated with these kind of personalities.. Meek, submissive introverts who live to please others. PP do not act as if they are better than others. They are eager to please, and quick to give in to others rather than asserting their own desires as if they're the most important. They take the path of least resistance whenever possible. They so desperately wish for peace, for everyone to get along, and to avoid conflict at all costs.

Conflict terrifies PP. They do not start it (except perhaps in extreme circumstances), or provoke it, and try to defuse it when it comes up. When forced into an argument, they get very upset and distressed, seeking escape rather than victory. If confronted, they are likely to admit that they are in the wrong in order to prevent hostilities. They don't believe that they know best.

They have no desire to be a 'winner'; they only wish for peace. They are well-behaved; rebelling against established rules would feel deeply uncomfortable to them. They're the sort who'd say, worriedly, 'should we really be doing this?' or 'we might get in trouble!'. They really, really do not wish to be a bother to others, and always put others first. This is due to a deep-rooted unease about asserting themselves rather than a lack of confidence, or a conscious desire to be a 'nice person'.

They are quick to apologise for any mistakes that they may have made, and will sacrifice their own happiness to ensure that others are happy. They are empathetic, and acutely aware of the feelings of those that they are interacting with, as they do not wish to hurt these feelings. They have tremendous difficulty saying no, and will go along with things that they dislike to make others happy.

They are extremely trustworthy; if they make a promise, it's very likely that they will keep it (in real life, maybe I am not a good-promise keeper.. huhuhu). PP terrified of doing things wrong. They will blame themselves if mistakes are made, even if it was someone else's fault, just to make others feel better and more at ease. They try and word things in a way that is not offensive to others. The will be more supportive than critical.

PP are indecisive. They'll defer to others to make choices, and will feel upset and pressured if they have to make a decision themselves; this comes from their inability to see themselves in a 'leader' role. They are natural followers, and work best when they are told what to do. Their language is generally full of uncertain phrases such as 'I think', 'maybe', 'perhaps', 'or something'. Compare "maybe you could do X, or something?" to "do X" or "you should do X". (previously this maybe a big yes, but now I can say that I have improved a lot.. maybe related with the personality traits of the first born in the family..)

Rather than saying or doing the wrong thing, they'll say or do nothing at all. Obstacles that get in the way of their steady path will cause them to halt and fumble around, not sure what to do. They're more likely to travel around than through it; their path is easily changed by others. (This also maybe not hundred percent correct.. I believe I am a risk-taker and I love to challenge myself.. I am also very stubborn (or better in better word - determine) to achieve what I want...)

same like PM.. PP are also introverted, and enjoy time alone. However, they are much 'nicer' and more friendly and social than the melancholic, as they're unburdened by 'perfectionism' and as such do not judge others.  They enjoy spending time with friends, and are very loyal to these friends, sticking with them through thick and thin, even through abuse. This is because they put others first, and will not leave another even if they want to because the other person may not want them to leave.

They are almost immune to anger. They have extremely long fuses, and will only snap after a long period of prolonged and persistent abuse. Even then, they're more likely to retreat within themselves and cry than to try to harm another. They like calm and steady lives, free of surprises. They can be relatively confident in familiar situations - if not necessarily assertive - but panic when placed in new ones. They do not seek thrills, and enjoy predictable, quiet, ritualistic lifestyles.

They are very quiet, and do not share their own inner thoughts readily, as they fear judgement and don't wish to bother others by waffling on about themselves. They are however excellent and attentive listeners, who will quietly and politely take in and absorb the conversations of their friends. They will always pay attention, and will offer supportive feedback rather than criticism or advice. They'd never say things like 'bored now', as if it's the duty of others to entertain them. (but those who are very close to me will see I am on the opposite.. I open up myself more, thus, showing my negative attitude such as being ignorance, being too outspoken and so on..)

Since they hate to offend or hurt others, they generally don't ever resort to aggressive insults or attacks. Belittling or hurting another makes them feel bad, not 'powerful and in control' or amused, so they'll worry about having done this accidentally. They could be described as 'nice girls' or, more horribly, 'doormats' by those with different temperaments (hopefully I'm not)..

They barely express emotion at all. While the sanguine might whoop and cheer and jump for joy at the slightest provocation, phlegmatics are unlikely to express more than a smile or a frown. Their emotions happen mainly internally. They lack 'passion', as their emotions are mostly internal. They often rely on others ordering them to do things to get motivation.

In the past, the PP might have been the obedient followers who'd get much of the actual work done at the command of their superiors. They may not stand out, but without them, nothing would work. They are the cooks, the cleaners, the quiet office drones, the red-shirts, the white mages.

Comparing both temperament.. PM and PP are really introverted person.. They are reserved.. have "slow reaction" in terms of getting angry and snapping.. both also have very low self-esteem and are pessimist.. but on the other hand, scoring both PM and PP shows a balance emotional personality - since PM are more emotional in nature while PP are calm and peaceful..

More to read at:

http://temperaments.fighunter.com/?page=comparison
http://www.kerrijokala.com/understanding-personalities-perfect-melancholy
https://www.womenbygrace.com/christian-life/melancholy-personality-type/

More or less.. above "copy pasted" and some other links literally explained what kind of person Nazmy Zaki is..  We have proverb in Bahasa where it said, "Tak kenal, maka tak cinta.." or translated to be "If you don't know me, you will not love me.." x.o.x.o 😇😇😇

p/s: you may think I am maybe different from what stated above.. overall.. I am human.. Human being is very dynamic and relative.. At what time I maybe nice, but another time I maybe so harsh.. Sorry for all my misbehaves.. huhuhu

Wednesday, 4 October 2017

Kerinduan yang Tak Terubat II

Ini kisah abah.. Abah telah lama diuji dengan sakitnya.. sejak enam ke tujuh tahun yang lepas.. Tahun 2010, abah mengalami bengkak di tulang telinga.. Pembedahan penuh dijalankan pada tahun 2011 iaitu saat aku di semester akhir degree.. Sumpah.. Aku langsung tidak tahu berkenaan dengan pembedahan ini kerana di kala itu aku di musim peperiksaan dan hanya setelah aku pulang, abah menunjukkan belakang telinganya yang dibedah hampir 8-10 cm untuk membuang isi yang membengkak tersebut.. Sebulan ke dua bulan selepas pembedahan, pihak HSNZ telah menghubungi abah memaklumkan satu berita yang amat menakutkan iaitu 'ABAH PENGHIDAP PENYAKIT KANSER TULANG TELINGA'.. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..

Bermula sejak itu, pelbagai cara dan ikhtiar yang abah lakukan untuk mengubati penyakitnya.. Sebutlah segala macam ubat.. segala macam penawar.. segala amalan, doa dan zikir serta doa-doa daripada alim ulama yang telah abah usahakan.. Ke seluruh pelusuk negeri malah melawat negara jiran untuk mencari kaedah perawatan penyakit kanser tersebut.. Apa jua petua yang diberikan abah cuba.. kepahitan ubat, daun kayu dan akarnya terasa manis oleh abah.. Pernah sekali aku terminum air dalam bekas cawan ubat abah.. Ya Allah.. memang pahit yang tak dapat digambarkan..

Tahun 2014.. ketika itu, aku sedang dalam program pertukaran pelajar di Universitas Gadjah Mada.. Abah telah membuat keputusan untuk menjalani sesi kimoterapi.. Aku mengambil teket penerbangan pulang ke Malaysia dan bersama-sama ma dan adik menemani abah untuk sesi pertamanya.. Enam sesi kesemuanya.. bermula sesi ke empat.. fizikal abah semakin berubah.. seluruh muka dan tubuh abah pucat.. seluruh rambut abah luruh.. abah muntah-muntah..

Alhamdulillah.. Allah kurniakan abah kesabaran dan ketabahan.. Abah kembali kuat sedikit demi sedikit.. Namun aidilfitri 2015.. pagi raya.. fizikal abah tampak perubahan yang amat ketara.. tulang pipi abah membengkak.. Bulan Oktober tahun ini.. dalam perjalanan pulang dari menghadiri sesi konvokesyen adikku yang ketiga.. abah akhirnya telah memberitahu kami satu kenyataan yang kami seboleh mungkin ingin nafikan.. Abah sebenarnya sudah lama disahkan penghidap kanser tahap 4.. Ya Allah.. Kata abah.. Dr menyatakan kemungkinan besar selalunya di peringkat ini pesakit hanya mampu bertahan sekitar dua ke tiga tahun.. Abah kerap turun menjalani medical check up di IKN.. Dr menyarankan agar abah menjalani sesi radioterapi..

Namun.. alhamdulillah.. dengan izin Allah.. berbekalkan semangat dan kepercayaan abah yang tinggi terhadap apa jua yang Allah telah tetapkan.. abah masih mampu bertahan sehingga hampir tujuh tahun..

Tahun 2016 aku telah dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa tertinggi persatuan siswazah UMP.. segala mutiara kata dan perkongsian telah abah berikan terutamanya dalam bab pengurusan dan perhubungan sesama manusia.. Kata abah kepadaku.. along banyak ambil sikap dan peribadi abah.. moga benarlah apa yang abah lafazkan.. moga segala perbuatan baik yang aku lakukan dicatatkan saham akhirat ke atas abah.. Ogos 2016... satu gambar kenangan membuatkan aku menangis sedih.. saat ini, abah menghadiri majlis penganugerahan pangkat kepada adikku.. Abah nampak tersangat-sangat sakit dan lemah..

Pada waktu ini dan hingga ke saat abah di masukkan ke hospital di hujung-hujung usianya, aku amat mendoakan agar Allah memberi peluang dan ruang kepada abah untuk sembuh dari sakitnya atau sekurang-kurangnya dikurangkan kesakitan agar kami masih bersama sehingga 2018.. tinggi impianku agar aku berjaya menamatkan PhD dan membawa ma dan abah menunaikan umrah bersama-sama.. Namun, kita hanya mampu merancang..

Tahun 2017 adalah tahun yang memeritkan bagi kami sekeluarga.. berat badan abah semakin menyusut.. Dr menyarankan agar abah membuat keputusan segera untuk menjalani sesi radioterapi.. Namun abah masih tidak mahu mengambil risiko tersebut.. Tahun ini aku kerap pulang ke rumah kerana abah sentiasa menelefon menyuruhku pulang.. April 2017 abah makin sakit berat.. sebulan abah tidak mampu berdiri dengan sendiri dan kepala abah pening berpusing..

Alhamdulillah.. Allah masih memberi abah ruang masa yang sedikit.. Abah kembali okay.. Solat aidiltri, abah membacakan doa dan membuat perkongsian.. Aidilfitri kali ini, abah menampakkan dirinya yang sangat sihat, ceria dan gembira menyambut tetamu-tetamu yang hadir.. Abah menjadi seorang yang banyak bercakap.. Sentiasa berkongsi segala apa yang terlintas di fikirannya.. sehingga menimbulkan satu kepelikan kepada kami sekeluarga..

Ma dan kami adik-beradik sampai ke satu tahap menyuruh abah berehat dan berdiam kerana abah nampak "sakit".. Namun, abah tetap bercakap dan bercakap.. Antara yang paling kerap abah ceritakan kepada tetamu adalah kisah di mana kata abah "Allah tidak akan memberi ujian yang lebih berat daripada derita ujian Nabi Ayub alaihissalam.. yang menderita sakit selama tujuh tahun dan ditinggalkan anak isteri.." kata abah lagi "tahun ini mungkin penentu.. sekiranya Allah sembuhkan, maka Allah akan sembuhkan semuanya.. dan sebaliknya.."


Abah kekadang bercerita kepada anak kecil seolah-olah sedang bercakap dengan seorang dewasa.. Abah juga menegur sedara mara segala perkara yang dirasakan patut ditegurnya.. Aku mewakili arwah abah ingin memohon maaf kepada semua pihak yang mana mungkin terguris perasaan dan terasa dengan butir-butir kata dari abah.. Kekadang abah bercakap tanpa butiran yang jelas.. Aku kerapkali menyatakan kepada ma dan adik-adikku bahawa mungkin sel kanser telah merebak ke otak abah..

Julai.. Abah kembali tidak mampu berdiri seperti bulan April yang lalu.. namun kali ini, semakin tenat.. Abah sakit tanpa dapat membezakan siang dan malam.. tanpa dapat mengira waktu solat.. Jam baru 7 pagi tetapi abah ingin menunaikan solat zohor.. abah terbaring tanpa dapat bangun sekiranya tiada kami memanggungnya..  Imbangan badan abah hilang.. abah solat duduk.. abah lupa belum menunaikan solat fardu tetapi abah solat sunat yang lain.. Setiap kali tersedar, abah pasti ingin menunaikan solat..

3 Ogos.. abah telah meminta tolong bapa saudara kami membawanya ke IKN kerana keadaan kesihatan yang semakin buruk.. Dr menyuruh kami berbincang untuk menjalani sesi radioterapi.. kata Dr risiko tersangat tinggi.. amat jarang kes sedemikian berlaku.. Selalunya pesakit yang menerima rawatan ini adalah dari paras dada ke bawah.. Disebabkan abah di bahagian telinga, Dr bimbang akan segala kemungkinan.. Jika terkena pada mata, maka butalah.. Jika terkena bahagian otak, maka abah kemungkinan akan lumpuh dan mungkin juga kematian.. Dr meminta kami berbincang dan membuat keputusan.. Sesi baru pertemuan di tetapkan pada 26/27 haribulan..


Dalam keadaan sakit.. 11 Ogos... abah meminta kami menghantarnya ke rumah tok.. tok akan ke Mekah esok harinya.. Ya Allah.. dengan bersusah payah.. kain pelikat yang dipakai abah tidak seperti kebiasaan.. kami perlu mengikatnya.. berat abah turun teramat banyak lebih 20kg.. Kopiah yang selalu abah pakai menjadi sangat besar dan longgar.. Aku dan adikku memapah abah ke rumah tok.. Kesemua kami sanak saudara menangis apabila abah tidur di sebelah tok, memohon maaf segalanya.. Ya Allah... saat ini.. kerapkali abah memanggilku.. Along.. Ainn.. ain.. Ya Allah.. Ya Allah.. Along sayang abah..


17 Ogos, abah dimasukkan ke wad HSNZ untuk rawatan kerana keadaan tubuh badan abah yang sangat lemah.. Kata ma dan adik-adikku.. Abah muntah darah.. Dr ingin membuat pemeriksaan bimbang sekiranya berlaku pendarahan dalaman.. 18/08 tahun Jumaat malam.. Abah semakin tidak stabil dan dalam keadaan separa sedar..  Setelah diperiksa.. Dr mengesahkan sel kanser sudah merebak ke otak.. Ya Allah.. Tiada siapa yang mampu menghalang takdir-Mu.. Sabtu 19/08/2017 jam 12:34 menurut perkiraan Dr, abah telah disahkan meninggal dunia..


Pergilah abah.. Allah telah mengangkat segala kesakitan abah di dunia ini.. Allah telah memberikan jawapan yang terbaik bagi doa-doa yang dipanjangkan untuk abah.. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan abah di dunia dan akhirat.. Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan.. Sekiranya ada hutang abah di dunia, mohon disampaikan kepada kami untuk dilangsaikan.. Sekiranya ada salah dan silap abah, kami dengan rendah hati memohon agar dimaafkan dan diredhakan..



WORLD OF WISDOM : NAZMY ZAKI COPYRIGHT