Setahun sudah berlalu.. Damailah abah di sana.. Al Fatihah buat arwah abah..
Mohd Yusof bin Muda
(16/01/1963 - 19/08/2017)
Antara hadiah terakhir yang pernah membahagiakan abah.. In shaa Allah 2019, Along akan berjubah baru bertopi bulat..
Sebesarmana cinta ku rasa..
Tapi Ilahi lebih menyayangi..
Namun ku redha kerana berbangga..
Dikurnia menjadi anakmu..
=====
Oh Tuhan berikan aku kekuatan.. Mendengar rintih hatiku berdoa.. Sejak Kau memanggil ayahku tuk pulang kembali.. Berkecai hati ku menerima takdir.. Aku rindukan setiap senyuman.. Setiap saat belaian kasihnya.. Tuhan janjikan kami ditemukan.. Setiap tidur malamku takkan lena.. Terkenang detik indah manja bersama.. Namun aku redha malang tidak pernah berkata.. Yang dah tertulis pasti ada hikmahnya.. Aku rindukan setiap senyuman.. Setiap saat belaian kasihnya.. Tuhan janjikan kami ditemukan.. Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga... Aku rindukan setiap senyuman.. Setiap saat belaian kasihnya.. Tuhan janjikan kami ditemukan.. Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga.. Jumpa di pinggiran syurga.. Jumpa di pinggiran syurga.. Song by: Wan Imar & KRU Studios Sdn Bhd
Ya.. banyak kali aku cuba kembali semula ke track yang sepatutnya setelah sedar diri tersesat jauh.. Kerja-kerja tergendala aku susun prioritynya untuk diselesaikan.. Tapi disebabkan terlalu banyak.. Tugas aku turut diberikan pada insan-insan lain untuk tolong disiapkan.. (Terima kasih yang tak dapat dibalas buat Wan, Nurul dan Kwati).. Aku tak mampu.. Tekanan itu tersangat dirasa.. Aku boleh buat muka seposen, konon senyum.. pamerkan muka seolah-olah tak bersalah.. Tapi jauh di sudut hati.. maruah aku ibarat terguris tak dapat dipulih. Sungguh.. ibarat gelas kaca yang retak.. itulah yang kurasakan..
Sejak dari dulu.. inilah antara prinsip hidupku.. "Bantulah sesiapa jua yang memerlukan pertolongan.. Permudahkanlah urusan mereka.. kerana sesungguhnya Allah pasti akan mempermudahkan jalanku.." dan prinsip yang kupegang ini terbukti.. Allah membalas dengan segala macam rezeki yang tak akan mungkin dapat aku senaraikan di sini.. Namun.. Maaf.. Maaf yang teramat terutama bagi mereka yang menghubungiku sepanjang tempoh getir hidupku..
Saat aku menerima beratus-ratus panggilan tidak di jawab.. pesanan ringkas.. whatsapp.. messenger.. Tekanan dalam diri seolah-olah ibarat pressure cooker.. bersalah kerana tidak menjawab dan membalas.. tapi lagi tertekan memikirkan jawapan dan alasan apakah yang ingin aku berikan... akhirnya.. hanya jeritan dalam diam yang mampu aku telan.. Maafkan aku.. Aku mengaku aku cukup tertekan waktu itu (dan sehingga saat aku menulis ini pun)..
Rasa bersalah yang teramat pada Prof.. hari ini.. 14/01/18 Prof mengorbankan hujung minggunya untuk bersama kami.. sekali lagi.. aku terpaksa menyarung topeng lutsinar.. yang orang tak nampak tapi hanya aku yang tahu dan rasa.. entah berapa kali air mataku bergenang.. menghadirkan diri di hadapan orang-orang yang aku sangat kasihi seperti ma dan abah.. wearing the poker face.. disebabkan aku tak mampu menyiapkan tugasanku.. Maaf Prof.. Maaf tersangat maaf buat yang ke entah berapa kalinya.. terlalu banyak yang perlu dibuat.. 😔😔😔
Aku adalah seorang yang perfectionist.. (merujuk kepada entry aku sebelum ni tentang personality diriku..) benar.. ini antara komen yang sangat kerap aku terima.. makin lama, characteristic ini seolah-olah turut memakan diri.. Aku tak boleh buat kerja separuh jiwa.. maksud kata.. bukan sekadar nak siap.. sungguh.. aku tak boleh hantar sesuatu kerja atau tugasan tu kalau aku tak puas hati bukan setakat isinya, tapi termasuk segala ukuran inci kiri dan kanannya.. aku memang tak boleh..
Kerana itulah.. walaupun sejak Ahad yang lalu.. seminggu sudah aku menjejakkan kembali kaki di bumi UMP ini setelah Prof menghubungi mamaku meminta aku focus pada PhD.. aku masih tidak mampu siapkan kerjaku.. tegang pada bahu.. lenguh dan sakit pinggang.. loya.. nak muntah segala rasa ada.. Jika mengikut kata hati dan emosi negatif, ingin sekali aku melarikan diri tanpa berjumpa dengan Prof petang tadi.. Tapi cukup-cukuplah wahai diri.. Cukuplah.. Kesalahan kau dah terlalu banyak jika dihimpun.. Jangan ke'sengaja'an itu melenyapkan terus sekelumit kesedaran yang ada dalam diri.. biarlah harini hari akhir kekusutan membelenggu diri.. moga hari-hari mendatang segala simpulan terungkai dan lerai..
Selesai perjumpaan.. aku menghubungi mamaku.. "Along memang tidak akan balik selagi belum siap apa yang sepatutnya dibuat.." Itu kataku.. Setelah abah pergi.. benar-benar kehilangan itu amat dirasai.. abah yang menjadi center of our family.. abah yang menjadi pusat rujukan kami.. seolah-olah aku merasakan bahawa dahan berpaut itu patah tiada ganti.. bagaimana harus aku mengemudi keluarga kami.. segala-galanya aku rasakan sangat kompleks.
November lalu.. Allah hadirkan rezeki dalam ujian yang penuh cabaran.. kami sekeluarga dipersimpangan.. pendapat ma ditanya.. dan tertakliflah ke atas ku sebuah amanah lain yang harus dilakukan. Segala keputusan terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat.. dari seminggu, sebulan terpaksa dikorbankan.. di saat getir itu datang.. aku tersepit.. terjerut dengan rasa keserabutan yang teramat sangat.. Ya.. aku bukan anak yang baik.. tapi patahkata dari adikku membuatkan aku bertambah celaru..
"Along..! Ma waser hati ngan mu.. Ma kabo mu tak pernah-pernah jadi gini.. disebabkan kedai boleh jadi anak derhaka.." Berat.. berat.. berat sangat tanggungan itu.. Along mintak maaf Ma.. tapi moga peluang dan rezeki yang Allah telah berikan pada kita membawa kita sekeluarga lebih dekat kepada-Nya.. bukan makin menjauhi apatah lagi hukuman anak derhaka itu terlalu berat kurasa.. sedih.. aku bukan sengaja meninggikan suara.. tidak ada langsung walau sebesar hama niatku berkurang ajar dengan insan yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan aku.. Hari-hari aku doakan moga ma meredhai diriku walau salahku tak terhitung rasanya..
aku pasrah.. banyak kali emosi menguasai diri.. disaat perasaanku terlampau tertekan.. aku tewas dengan perasaan.. the guilty is too complex that my conscience is almost overshadowed by them.. rasa bersalah pada ma dan keluarga yang seolah-olah aku anak sulung yang menyusahkan.. rasa bersalah pada Prof yang saban hari bertanyakan status keberadaan dan progress penyelidikanku.. rasa bersalah pada adikku yang terpaksa mengorbankan masa dan menangguh cita-cita.. paling teruk dirasakan adalah rasa bersalah pada arwah abah.. aku gagal melaksanakan amanahnya supaya kami adik-beradik bersatu hati sentiasa.. diriku kurasakan ibarat sedang di blender.. sungguh.. aku benar-benar tertekan.. Maafkan aku.. mohon maafkan diriku.. aku benar-benar ingin hidup mulia di dunia dan dikurniakan ihsan Allah untuk ke syurga-Nya..
Aku juga mohon.. tolonglah.. berikanlah aku sedikit masa lagi supaya aku betul-betul boleh mengutip kembali sisa-sisa semangat dalam diri.. menyusun kembali langkah dan kembali teguh berdiri.. infiniti terima kasih kerana memahami.. cukup.. inilah yang amat aku perlukan ketika ini.. dan jugak doa-doa yang tidak putus agar aku sentiasa dipermudahkan urusan..
Semoga entry kali ini menjadi saksi dan reminder untukku sepanjang tahun ini.. cukuplah hari ini aku berkelakuan sebegini.. jika resolusi 2018 ingin direalisasi.. berubahlah wahai diri.! jangan buat perangai bodoh lagi.. aku ingin menjadi aku yang dahulu.. yang bersedia memberi bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan.. aku ingin menjadi aku yang dulu.. yang mampu menggalas amanah yang diberikan dengan kesempurnaan.. Tolong doakan aku..
Aku tak tipu.. jujur.. tajuk entry ini sebenarnya dari awal tahun lepas aku tulis.. tapi post tak berjaya dipublish sebab tak habis-habis add-on, edit, delete, re-write.. Panjang sangat.. sebab tu aku copy-cut-paste sambungan ke entry ini..
14-15 December 2016.. "You are behaving negatively again. Tak faham attitude awak ni.. Contact me.. Minta call saya.."- Mesej diterima daripada Prof.. kecelaruan dalam diri makin berakar umbi.. makin mencengkam dada.. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan..
Tahun 2017.. Banyak kali abah menelefon bertanya adakah aku akan balik ke rumah.. Kalau bukan abah.. adik-adik telefon memberitahu abah bertanyakan tentang diriku.. sebab itulah.. Aku kerap pulang ke rumah.. aku memilih untuk berada di rumah.. aku tak nak menjadikan abah sebagai satu alasan.. tapi memang waktu ini.. kesihatan abah makin merunsingkan.. berat abah turun mendadak.. badan abah seolah-olah tinggal tulang..
Tapi sebaliknya pula.. dari sisi yang lain.. perasaan aku bergelodak dengan rasa bersalah yang teramat sebagai anak murid Prof.. Prof Ishak juga diuji dengan ujian kesakitan.. Prof Hasnah dengan kaki berbalut simen.. dalam cuti sakit kedua-duanya tetap datang ke pejabat meneruskan amanah dan tanggungjawab mereka.. Sungguh aku sayang kedua-duanya.. guru itu ibarat ibu dan ayah.. Tapi aku berasa sungguh kurang ajar dan tak beradab..
"Call me. Contact me. Where are you? Are you okay? Please respond....." dan macam-macam lagi pesanan di terima.. tak terkira missed called yang ada.. bukan saja daripada Prof berdua malah dari mereka-mereka yang aku sangat hargai keprihatinan itu.. Tapi entah kenapa.. Tahap complexity dalam diri makin menjadi-jadi.. yang aku tak dapat nak huraikan.. nak terangkan.. Rasa bersalah membuak-buak.. Aku tahu bahawa aku ada tugas yang perlu diselesaikan, tapi aku tak mampu berlawan dengan tekanan..
Complexity dalam diri di tahap merbahaya aku rasa.. Aku tahu aku salah.. Aku sedar aku mengambil langkah orang yang bodoh sombong. Entah.. macam-macam alasan yang boleh aku ciptakan dan bohongkan.. tapi mujur Allah masih beri kesedaran.. that conscience yang mana "KAU BOLEH CIPTA ALASAN APA JUA KAU SUKA TAPI JANGAN PENIPUAN.." (Bohonglah kalau aku kata aku sentiasa berkata benar dan jujur sepanjang 30 tahun hidup kat atas dunia ni)..
Dan untuk mengelakkan dari itulah.. Waktu itu aku sangat-sangat bersyukur dengan keadaan telefonku yang pecah, rosak, dan tidak dapat berfungsi dengan baik (masih belum berganti sim sehingga hari ini). Bil telefon juga kadang-kadang aku tidak jelaskan dan talian dipotong. Aku memilih untuk berdiam, senyap, mengasingkan diri, beku dengan tidak memberi respon pada semua yang menghubungi aku dalam tempoh aku tidak mampu berada dalam keadaan yang rasional tersebut.. Aku memujuk diri dengan mengatakan itulah antara alasan terbaik yang boleh aku berikan.
Aku berperang dengan segala perasaan.. Kehilangan abah makin dekat dirasakan.. Sebulan.. bulan 4, abah langsung tak dapat bangun.. Kami terpaksa memapah abah ke bilik air.. Abah solat duduk.. dan ada ketika abah menjama'kan solatnya kerana abah pening dan langsung tidak dapat membuka matanya. Bulan puasa, banyak hari abah tak dapat laksanakan kewajipannya.. Raya menjelma.. Sikap pelik abah makin ketara.. Antara yang paling tidak mungkin kulupa.. abah bertanyakan anak-anak muridnya yang datang berziarah tentang status kehidupan mereka samada sudah berpunya..
Abah yang dulunya tegas menyuruh aku memilih antara menyambung pengajian atau perkahwinan.. Abah yang selama bertahun-tahun lamanya sakit, meyuruh aku menghabiskan pengajian dahulu setiap kali kami sekeluarga berbicara soal calon, jodoh dan perkahwinan.. Tapi raya itu, abah bertanya soalan yang sedemikian.. ya aku malu.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri betapa ketakutan akan sebuah kehilangan itu benar-benar makin dekat dirasa.. Abah seolah-olah tahu dia akan pergi meninggalkan aku dan keluarga selama-lamanya.. dan kerana itulah cuba menjodohkan aku dengan anak muridnya.. (Tak apa abah.. damailah abah di sana.. tak mungkin akan ada galang gantinya..)
Di rumah.. berada dekat dengan abah, bagiku adalah pilihan terbaik sebagai seorang anak.. Aku langsung tak menyesal.. lega sebab setiap kali berada di rumah.. abah menggambarkan kegembiraannya.. Julai dan minggu-minggu akhir abah.. Abah menyatakan dia berpuas hati dengan layanan aku, adik beradik sepanjang sakitnya.. moga abah benar-benar redha pada diriku.. melihat tahap diri ketika ini, aku langsung tidak layak ke syurga-Mu.. Tapi sekurang-kurangya.. redha abah menjadi salah satu teket penghalang aku dari terus dihumbankan ke neraka-Mu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Nauzubillahi min zalik..
Dalam masa yang sama.. rasa bersalah kerana tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan janji-janjiku pada Prof berganda-ganda.. Perjalanan PhD ku tergendala. ini tidaklah memberi impak negatif yang besar pada diri.. kerana ini lebih personal.. Tapi apabila memikirkan tugas-tugas yang melibatkan Prof dengan pihak yang lain tidak mampu diselesaikan.. hal ini makin menyesakkan fikiran.. Rasa bersalah kerana disebabkan aku.. Prof dalam kesusahan. Orang lain pun turut sama disusahkan..
Ya.. Aku bukanlah orang yang baik jika bukan Allah melindungi aib-aibku.. Tapi mungkin mereka-mereka yang pernah mengenali aku akan menceritakan satu sikapku yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.. iaitu aku yang suka membantu dan menolong orang walaupun dalam keadaan aku sepatutnya lebih memerlukan pertolongan.. Pertolongan yang aku berikan sebaik mungkin aku laksanakan.. Selagi boleh aku buat, akan aku buat..
Tapi tahun lepas adalah tahun penuh kesulitan dan kesukaran.. jujur aku cakap.. kalau aku berada dirumah.. seberat mana pun beg, buku, fail kerja yang aku bawak balik.. sebagaimana itulah asal tempat duduknya sehingga ke saat aku melangkah balik semula ke UMP, disitulah keberadaannya. Laptop? Ya, sekali-sekala dibuka.. bukan aku yang membuat kerja tapi adik bongsuku bermain game.. Jarang teramat jarang aku dapat menyiapkan kerja tertangguh sekiranya berada di rumah..
Bukan tidak sedar ada amanah yang digalas, tapi lemah.. lemas.. seriously.. aku tak mampu melawan nafsu jahat dalam diri di batu api kan pula dengan bisikan assyaitanirrajim.. That little conscience yang ada dalam diri.. that feeling of guilty.. terlalu kompleks untuk diceritakan di sini.. Moga entry yang panjang berkarang dalam sambungan seterusnya menyaksikan noktah akhir bahawa inilah yang berlaku sepanjang tahun lepas.. Aku tak akan, tak mungkin, tak nak ulangi lagi di masa-masa hadapan.
Ini kisah abah.. Abah telah lama diuji dengan sakitnya.. sejak enam ke tujuh tahun yang lepas.. Tahun 2010, abah mengalami bengkak di tulang telinga.. Pembedahan penuh dijalankan pada tahun 2011 iaitu saat aku di semester akhir degree.. Sumpah.. Aku langsung tidak tahu berkenaan dengan pembedahan ini kerana di kala itu aku di musim peperiksaan dan hanya setelah aku pulang, abah menunjukkan belakang telinganya yang dibedah hampir 8-10 cm untuk membuang isi yang membengkak tersebut.. Sebulan ke dua bulan selepas pembedahan, pihak HSNZ telah menghubungi abah memaklumkan satu berita yang amat menakutkan iaitu 'ABAH PENGHIDAP PENYAKIT KANSER TULANG TELINGA'.. Ya Allah.. Ya Allah.. Ya Allah..
Bermula sejak itu, pelbagai cara dan ikhtiar yang abah lakukan untuk mengubati penyakitnya.. Sebutlah segala macam ubat.. segala macam penawar.. segala amalan, doa dan zikir serta doa-doa daripada alim ulama yang telah abah usahakan.. Ke seluruh pelusuk negeri malah melawat negara jiran untuk mencari kaedah perawatan penyakit kanser tersebut.. Apa jua petua yang diberikan abah cuba.. kepahitan ubat, daun kayu dan akarnya terasa manis oleh abah.. Pernah sekali aku terminum air dalam bekas cawan ubat abah.. Ya Allah.. memang pahit yang tak dapat digambarkan..
Tahun 2014.. ketika itu, aku sedang dalam program pertukaran pelajar di Universitas Gadjah Mada.. Abah telah membuat keputusan untuk menjalani sesi kimoterapi.. Aku mengambil teket penerbangan pulang ke Malaysia dan bersama-sama ma dan adik menemani abah untuk sesi pertamanya.. Enam sesi kesemuanya.. bermula sesi ke empat.. fizikal abah semakin berubah.. seluruh muka dan tubuh abah pucat.. seluruh rambut abah luruh.. abah muntah-muntah..
Alhamdulillah.. Allah kurniakan abah kesabaran dan ketabahan.. Abah kembali kuat sedikit demi sedikit.. Namun aidilfitri 2015.. pagi raya.. fizikal abah tampak perubahan yang amat ketara.. tulang pipi abah membengkak.. Bulan Oktober tahun ini.. dalam perjalanan pulang dari menghadiri sesi konvokesyen adikku yang ketiga.. abah akhirnya telah memberitahu kami satu kenyataan yang kami seboleh mungkin ingin nafikan.. Abah sebenarnya sudah lama disahkan penghidap kanser tahap 4.. Ya Allah.. Kata abah.. Dr menyatakan kemungkinan besar selalunya di peringkat ini pesakit hanya mampu bertahan sekitar dua ke tiga tahun.. Abah kerap turun menjalani medical check up di IKN.. Dr menyarankan agar abah menjalani sesi radioterapi..
Namun.. alhamdulillah.. dengan izin Allah.. berbekalkan semangat dan kepercayaan abah yang tinggi terhadap apa jua yang Allah telah tetapkan.. abah masih mampu bertahan sehingga hampir tujuh tahun..
Tahun 2016 aku telah dilantik menjadi salah seorang jawatankuasa tertinggi persatuan siswazah UMP.. segala mutiara kata dan perkongsian telah abah berikan terutamanya dalam bab pengurusan dan perhubungan sesama manusia.. Kata abah kepadaku.. along banyak ambil sikap dan peribadi abah.. moga benarlah apa yang abah lafazkan.. moga segala perbuatan baik yang aku lakukan dicatatkan saham akhirat ke atas abah.. Ogos 2016... satu gambar kenangan membuatkan aku menangis sedih.. saat ini, abah menghadiri majlis penganugerahan pangkat kepada adikku.. Abah nampak tersangat-sangat sakit dan lemah..
Pada waktu ini dan hingga ke saat abah di masukkan ke hospital di hujung-hujung usianya, aku amat mendoakan agar Allah memberi peluang dan ruang kepada abah untuk sembuh dari sakitnya atau sekurang-kurangnya dikurangkan kesakitan agar kami masih bersama sehingga 2018.. tinggi impianku agar aku berjaya menamatkan PhD dan membawa ma dan abah menunaikan umrah bersama-sama.. Namun, kita hanya mampu merancang..
Tahun 2017 adalah tahun yang memeritkan bagi kami sekeluarga.. berat badan abah semakin menyusut.. Dr menyarankan agar abah membuat keputusan segera untuk menjalani sesi radioterapi.. Namun abah masih tidak mahu mengambil risiko tersebut.. Tahun ini aku kerap pulang ke rumah kerana abah sentiasa menelefon menyuruhku pulang.. April 2017 abah makin sakit berat.. sebulan abah tidak mampu berdiri dengan sendiri dan kepala abah pening berpusing..
Alhamdulillah.. Allah masih memberi abah ruang masa yang sedikit.. Abah kembali okay.. Solat aidiltri, abah membacakan doa dan membuat perkongsian.. Aidilfitri kali ini, abah menampakkan dirinya yang sangat sihat, ceria dan gembira menyambut tetamu-tetamu yang hadir.. Abah menjadi seorang yang banyak bercakap.. Sentiasa berkongsi segala apa yang terlintas di fikirannya.. sehingga menimbulkan satu kepelikan kepada kami sekeluarga..
Ma dan kami adik-beradik sampai ke satu tahap menyuruh abah berehat dan berdiam kerana abah nampak "sakit".. Namun, abah tetap bercakap dan bercakap.. Antara yang paling kerap abah ceritakan kepada tetamu adalah kisah di mana kata abah "Allah tidak akan memberi ujian yang lebih berat daripada derita ujian Nabi Ayub alaihissalam.. yang menderita sakit selama tujuh tahun dan ditinggalkan anak isteri.." kata abah lagi "tahun ini mungkin penentu.. sekiranya Allah sembuhkan, maka Allah akan sembuhkan semuanya.. dan sebaliknya.."
Abah kekadang bercerita kepada anak kecil seolah-olah sedang bercakap dengan seorang dewasa.. Abah juga menegur sedara mara segala perkara yang dirasakan patut ditegurnya.. Aku mewakili arwah abah ingin memohon maaf kepada semua pihak yang mana mungkin terguris perasaan dan terasa dengan butir-butir kata dari abah.. Kekadang abah bercakap tanpa butiran yang jelas.. Aku kerapkali menyatakan kepada ma dan adik-adikku bahawa mungkin sel kanser telah merebak ke otak abah..
Julai.. Abah kembali tidak mampu berdiri seperti bulan April yang lalu.. namun kali ini, semakin tenat.. Abah sakit tanpa dapat membezakan siang dan malam.. tanpa dapat mengira waktu solat.. Jam baru 7 pagi tetapi abah ingin menunaikan solat zohor.. abah terbaring tanpa dapat bangun sekiranya tiada kami memanggungnya.. Imbangan badan abah hilang.. abah solat duduk.. abah lupa belum menunaikan solat fardu tetapi abah solat sunat yang lain.. Setiap kali tersedar, abah pasti ingin menunaikan solat..
3 Ogos.. abah telah meminta tolong bapa saudara kami membawanya ke IKN kerana keadaan kesihatan yang semakin buruk.. Dr menyuruh kami berbincang untuk menjalani sesi radioterapi.. kata Dr risiko tersangat tinggi.. amat jarang kes sedemikian berlaku.. Selalunya pesakit yang menerima rawatan ini adalah dari paras dada ke bawah.. Disebabkan abah di bahagian telinga, Dr bimbang akan segala kemungkinan.. Jika terkena pada mata, maka butalah.. Jika terkena bahagian otak, maka abah kemungkinan akan lumpuh dan mungkin juga kematian.. Dr meminta kami berbincang dan membuat keputusan.. Sesi baru pertemuan di tetapkan pada 26/27 haribulan..
Dalam keadaan sakit.. 11 Ogos... abah meminta kami menghantarnya ke rumah tok.. tok akan ke Mekah esok harinya.. Ya Allah.. dengan bersusah payah.. kain pelikat yang dipakai abah tidak seperti kebiasaan.. kami perlu mengikatnya.. berat abah turun teramat banyak lebih 20kg.. Kopiah yang selalu abah pakai menjadi sangat besar dan longgar.. Aku dan adikku memapah abah ke rumah tok.. Kesemua kami sanak saudara menangis apabila abah tidur di sebelah tok, memohon maaf segalanya.. Ya Allah... saat ini.. kerapkali abah memanggilku.. Along.. Ainn.. ain.. Ya Allah.. Ya Allah.. Along sayang abah..
17 Ogos, abah dimasukkan ke wad HSNZ untuk rawatan kerana keadaan tubuh badan abah yang sangat lemah.. Kata ma dan adik-adikku.. Abah muntah darah.. Dr ingin membuat pemeriksaan bimbang sekiranya berlaku pendarahan dalaman.. 18/08 tahun Jumaat malam.. Abah semakin tidak stabil dan dalam keadaan separa sedar.. Setelah diperiksa.. Dr mengesahkan sel kanser sudah merebak ke otak.. Ya Allah.. Tiada siapa yang mampu menghalang takdir-Mu.. Sabtu 19/08/2017 jam 12:34 menurut perkiraan Dr, abah telah disahkan meninggal dunia..
Pergilah abah.. Allah telah mengangkat segala kesakitan abah di dunia ini.. Allah telah memberikan jawapan yang terbaik bagi doa-doa yang dipanjangkan untuk abah.. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua yang telah mendoakan kebahagian dan kesejahteraan abah di dunia dan akhirat.. Terima kasih atas segala sumbangan yang diberikan.. Sekiranya ada hutang abah di dunia, mohon disampaikan kepada kami untuk dilangsaikan.. Sekiranya ada salah dan silap abah, kami dengan rendah hati memohon agar dimaafkan dan diredhakan..
Semalam dan harini amat terasa kesayuan dan kesedihan.. Rindu yang teramat.. Sebuah kerinduan pada kehilangan yang tak mungkin terubat walau dihadirkan semua jasad yang masih bernyawa di dunia ini.. Hari ini, 3/10/2017.. Hari lahirku yang ke 29 dan pertama kalinya dilalui tanpa abah di sisi.. Hari ini genaplah 46 hari abah telah pergi mengadap Illahi.. Pemergian yang sudah dijanjikan...
Aku tidak diberikan kesempatan oleh Allah untuk berada di sisi abah saat abah menghembuskan nafasnya yang terakhir.. Kali terakhir aku memandang wajah abah dalam keadaan sedarnya adalah pada hari Ahad 13 Ogos yang lalu.. Aku terpaksa pulang ke UMP sebentar setelah sekian lama berada di rumah.. Pulangku kerana abah memang tidak larat untuk bangun dan kami terpaksa memapah abah.. Pulangku kerana Dr di Institut Kanser Negara menyuruh abah berbincang bersama ahli keluarga untuk menjalani sesi radioterapi.. Kata abah.. risiko amat tinggi.. Aku ingat lagi.. waktu itu aku di sisi abah.. abah tanya.. "Along rasa macam mana kalau abah nak buat radioterapi ini?" Apa yang mampu kujawab hanyalah "Ikut abahlah.. Kalau abah rasa abah nak buat, abah buatlah.." menurut abah.. "Abah nak buat.. sakit sangat ni long.. sakit.. In shaa Allah ikhtiar buatlah cara terakhir.. serah pada Allah.."
Dua kali sebelum bertolak pulang ke UMP Ahad tersebut.. aku menyalami tangan abah dan mencium pipinya memohon restu perjalanan.. Telah kubelikan bubur ayam McD sekiranya abah ingin makan kerana sudah hampir berminggu abah cuma minum susu beserta madu.. Ya Allah.. andai kutahu saat itu adalah kali terakhir aku bersama abah.. tidak sesekali aku melangkah pergi.. ya Allahh... Engkaulah yang Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersembunyi.. Sehari sebelum pulang ke UMP.. aku menangis pada pagi tersebut kerana ketika aku membawa susu dan air untuk ubat abah.. kata abah kepadaku.. "Abah redha dan puas hati semua dah along dan adik-adik jaga abah.." Ya Allahhh.. sungguh aku menangis dan aku hanya diam dan cuma berkata.. "Takpe lah bah.. Abah rehat dah lah.." dan terus berjalan ke dapur.. Ya Allahh.. Ya Allah..
Sekitar Selasa dan Rabu, abah menelefon bertanyakan bilakah aku akan pulang.. Masa itu aku sedang memandu perjalanan pulang dari KL.. Telah ku beritahu abah bahawa aku akan pulang hari Sabtu petang kerana Sabtu tersebut aku telah mendaftarkan diri sebagai seorang fasi.. Ketentuan Allah.. Rancangannya ingin ke IKN untuk sesi radioterapi abah pada 27 Ogos.. Disebabkan terlalu sakit.. abah meminta ma menelefon pihak IKN untuk mengawalkan pertemuan.. Atas nasihat Dr, abah diminta rujuk ke HSNZ untuk mendapatkan khidmat ambulans.. Namun Dr menyarankan untuk abah dimasukkan ke wad HSNZ terlebih dahulu kerana Dr ingin memasukkan air.. Tubuh abah terlalu lemah.. Khamis.. dan Jumaat keadaan abah semakin lemah..
Ingin aku terus pulang.. tetapi disebabkan janji untuk menjadi fasi beserta menolong membawa dua lagi fasi yang lain ke sekolah terpaksa aku kotakan.. Pagi Sabtu tersebut.. Aku menghantar fasi-fasi tersebut dan berjumpa dengan lecturer untuk memohon kebenaran pulang awal.. Telah kukhabarkan berita abah dan beliau terus menyuruh aku pulang.. Terima kasih pada teman-teman seperjuangan yang telah bersusah-payah membantu mengepos motorsikal dan menyuruh aku pulang dengan segera..
Perjalanan yang sayu dan sunyi.. Emosi terganggu.. Lebih kurang di Persimpangan Ajil.. Adikku menelefon bertanyakan duduk tempatku.. Katanya singgah rumah ambil Ma dan dia untuk bersama-sama ke hospital.. Ya Allah.. sekitar jam 11:30.. aku tiba di rumah dan saat kami berlengah-lengah.. Aku menerima lagi telefon daripada adikku yang berada disisi abah di hospital menyuruh kami bersegera.. Tiba di parking hospital.. sekali lagi adikku menelefon.. Aku turunkan ma dan adik di lobi hospital dan mencari parking..
Tanggal 19 Ogos 2017.. tarikh dan detik yang selamanya akan berada dalam ingatan.. saat pertama kali terpandang abah di atas katil hospital tanpa sebarang pergerakan di dada.. Jujur.. saat itu kalau diikutkan perasaan aku hampir meraung.. Ya Allah.. Engkau telah meletakkan diriku dalam keadaan rasional.. Ya Allahhh.. Ya Allah.. Ya Allah.. Dari Kamu kami datang, kepada Kamu kami dikembalikan.. Segala sesuatu yang terjadi adalah tersimpan hikmah-Mu..
Ya Allah.. Engkau telah kurniakan ketenangan fikiran dan perasaan kepadaku.. Aku terima dengan redha pemergian abah kerana itu sudah satu ketentuan.. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui setiap sesuatu yang nyata dan ghaib.. Pihak hospital bertanyakan samada pengurusan jenazah ingin di lakukan di hospital atau di rumah.. Sepakat kami nyatakan buat di rumah saja.. Aku pulang ke rumah bersama adik dan melihat rumah telah diatur oleh sedara-mara dan ahli kariah kampung kami..
Sekitar selepas zohor.. jenazah abah di bawa pulang ke rumah.. kami adik-beradik sama-sama memandikan jasad abah yang terbujur kaku... Ya Allah.. Ya Allahh.. Ya Allah.. kerana insan inilah lahirnya kami.. Dia telah mendidik kami, memelihara kami, mengasihi kami sejak kami kecil sehingga kini, yang telah melakukan segala setiap sesuatu untuk memastikan adik-adikku dan diriku seperti hari ini.. Insan ini kini telah pergi.. Semoga Engkau mengampuni segala dosa-dosa insan ini dan rahmatilah dia sebagaimana dia mengasihi kami sewaktu kecil kami.. Ustaz yang membantu memandikan abah menyatakan pengurusan jasad abah amatlah mudah.. langsung tiada najis dan kotoran.. kata adikku kerana abah dah lama tidak makan berat..
Jenazah abah disolatkan buat kali yang terakhirnya di masjid kampungku.. Abah yang merupakan imam kampung, jurunikah dan seorang guru membuktikan betapa jasanya amat dikenang dan dihargai... Ramai penuh sesak sahabat-sahabat abah dan anak-anak muridnya serta orang ramai yang hadir.. Segala urusan dipermudahkan oleh Allah.. Sekitar jam 6:30 segala urusan pengkebumian telah selesai..
Antara gambar-gambar akhir abah yang paling sempurna wajahnya.. sejak ailditri tahun tersebut, telinga abah semakin membengkak dan mengubah paras rupa abah.. Damailah abah di sana.. tenanglah abah di sana.. kami juga bakal menyusuli tidak lama lagi.. Moga kita bertemu kembali.. saat-saat akhir aku bersama abah.. abah juga sering kata.. abah sentiasa doa agar kita semua ditempatkan bersama-sama di satu taman syurga.. Ya Allah.. Ya Allah..
"Ya Allah.. Engkau ampunilah abah kami.. kasihanilah dia dan sejahterakanlah dia..
Ampunkanlah segala dosa-dosa dan kesalahannya..
Ya Allah.. Engkau muliakanlah kedatangan dan kedudukannya..
Lapangkanlah kuburnya dan bersihkanlah dia dengan air salju dan dingin..
Bersihkanlah dia dari segala dosa dan kesalahan..
sebagaimana kain putih yang bersih dari segala kotoran..
Ya Allah.. Engkau tempatkanlah abah kami bersama-sama dengan golongan mereka yang beriman dan beramal soleh.."
Ya Allah.. Aku insan hina yang penuh dengan dosa.. Namun.. Ya Allah.. Berikanlah aku hidayah-Mu, rahmat-Mu dan keampunan-Mu.. Semoga aku juga bakal menyusuli abah dalam husnul khatimah.. Semoga kami semua ditempatkan di satu taman bersama-sama dalam golongan yang beriman dan beramal soleh.. Semoga kami diberi peluang berjumpa dengan Kekasih-Mu.. Ya Allah.. Jauhkanlah kami daripada azab kubur-Mu dan janganlah Engkau memalingkan muka-Mu daripada kami.. Ya Allah hanya kepada-Mu kami meminta dan memohon pertolongan.. Engkau tetapkanlah kami di dalam Iman dan matikan kami di dalam iman.. Aminn ya Allah.. Aminn ya rabbal alamin...