~To acquire knowledge, one must study.. but to acquire WISDOM one must observe..~
(Quotes from Marilyn vos Savant)

Sunday, 14 January 2018

Complexity of Guilt and Conscience III

Ya.. banyak kali aku cuba kembali semula ke track yang sepatutnya setelah sedar diri tersesat jauh.. Kerja-kerja tergendala aku susun prioritynya untuk diselesaikan.. Tapi disebabkan terlalu banyak.. Tugas aku turut diberikan pada insan-insan lain untuk tolong disiapkan.. (Terima kasih yang tak dapat dibalas buat Wan, Nurul dan Kwati)..  Aku tak mampu.. Tekanan itu tersangat dirasa.. Aku boleh buat muka seposen, konon senyum.. pamerkan muka seolah-olah tak bersalah.. Tapi jauh di sudut hati.. maruah aku ibarat terguris tak dapat dipulih. Sungguh.. ibarat gelas kaca yang retak.. itulah yang kurasakan..

Sejak dari dulu.. inilah antara prinsip hidupku.. "Bantulah sesiapa jua yang memerlukan pertolongan.. Permudahkanlah urusan mereka.. kerana sesungguhnya Allah pasti akan mempermudahkan jalanku.." dan prinsip yang kupegang ini terbukti.. Allah membalas dengan segala macam rezeki yang tak akan mungkin dapat aku senaraikan di sini.. Namun.. Maaf.. Maaf yang teramat terutama bagi mereka yang menghubungiku sepanjang tempoh getir hidupku.. 

Saat aku menerima beratus-ratus panggilan tidak di jawab.. pesanan ringkas.. whatsapp.. messenger.. Tekanan dalam diri seolah-olah ibarat pressure cooker.. bersalah kerana tidak menjawab dan membalas.. tapi lagi tertekan memikirkan jawapan dan alasan apakah yang ingin aku berikan...  akhirnya.. hanya jeritan dalam diam yang mampu aku telan.. Maafkan aku.. Aku mengaku aku cukup tertekan waktu itu (dan sehingga saat aku menulis ini pun)..

Rasa bersalah yang teramat pada Prof.. hari ini.. 14/01/18 Prof mengorbankan hujung minggunya untuk bersama kami.. sekali lagi.. aku terpaksa menyarung topeng lutsinar.. yang orang tak nampak tapi hanya aku yang tahu dan rasa.. entah berapa kali air mataku bergenang.. menghadirkan diri di hadapan orang-orang yang aku sangat kasihi seperti ma dan abah.. wearing the poker face.. disebabkan aku tak mampu menyiapkan tugasanku.. Maaf Prof.. Maaf tersangat maaf buat yang ke entah berapa kalinya.. terlalu banyak yang perlu dibuat.. 😔😔😔

Aku adalah seorang yang perfectionist.. (merujuk kepada entry aku sebelum ni tentang personality diriku..) benar.. ini antara komen yang sangat kerap aku terima.. makin lama, characteristic ini seolah-olah turut memakan diri.. Aku tak boleh buat kerja separuh jiwa.. maksud kata.. bukan sekadar nak siap.. sungguh.. aku tak boleh hantar sesuatu kerja atau tugasan tu kalau aku tak puas hati bukan setakat isinya, tapi termasuk segala ukuran inci kiri dan kanannya.. aku memang tak boleh.. 

Kerana itulah.. walaupun sejak Ahad yang lalu.. seminggu sudah aku menjejakkan kembali kaki di bumi UMP ini setelah Prof menghubungi mamaku meminta aku focus pada PhD.. aku masih tidak mampu siapkan kerjaku.. tegang pada bahu.. lenguh dan sakit pinggang.. loya.. nak muntah segala rasa ada.. Jika mengikut kata hati dan emosi negatif, ingin sekali aku melarikan diri tanpa berjumpa dengan Prof petang tadi.. Tapi cukup-cukuplah wahai diri.. Cukuplah.. Kesalahan kau dah terlalu banyak jika dihimpun.. Jangan ke'sengaja'an itu melenyapkan terus sekelumit kesedaran yang ada dalam diri.. biarlah harini hari akhir kekusutan membelenggu diri.. moga hari-hari mendatang segala simpulan terungkai dan lerai..

Selesai perjumpaan.. aku menghubungi mamaku.. "Along memang tidak akan balik selagi belum siap apa yang sepatutnya dibuat.." Itu kataku.. Setelah abah pergi.. benar-benar kehilangan itu amat dirasai.. abah yang menjadi center of our family.. abah yang menjadi pusat rujukan kami.. seolah-olah aku merasakan bahawa dahan berpaut itu patah tiada ganti.. bagaimana harus aku mengemudi keluarga kami.. segala-galanya aku rasakan sangat kompleks. 

November lalu.. Allah hadirkan rezeki dalam ujian yang penuh cabaran.. kami sekeluarga dipersimpangan.. pendapat ma ditanya.. dan tertakliflah ke atas ku sebuah amanah lain yang harus dilakukan.  Segala keputusan terpaksa dilakukan dalam masa yang singkat.. dari seminggu, sebulan terpaksa dikorbankan.. di saat getir itu datang.. aku tersepit.. terjerut dengan rasa keserabutan yang teramat sangat.. Ya.. aku bukan anak yang baik.. tapi patahkata dari adikku membuatkan aku bertambah celaru..

"Along..! Ma waser hati ngan mu.. Ma kabo mu tak pernah-pernah jadi gini.. disebabkan kedai boleh jadi anak derhaka.." Berat.. berat.. berat sangat tanggungan itu.. Along mintak maaf Ma.. tapi moga peluang dan rezeki yang Allah telah berikan pada kita membawa kita sekeluarga lebih dekat kepada-Nya.. bukan makin menjauhi apatah lagi hukuman anak derhaka itu terlalu berat kurasa.. sedih.. aku bukan sengaja meninggikan suara.. tidak ada langsung walau sebesar hama niatku berkurang ajar dengan insan yang mengandungkan, melahirkan, menyusukan, membesarkan aku.. Hari-hari aku doakan moga ma meredhai diriku walau salahku tak terhitung rasanya..

aku pasrah.. banyak kali emosi menguasai diri.. disaat perasaanku terlampau tertekan.. aku tewas dengan perasaan.. the guilty is too complex that my conscience is almost overshadowed by them.. rasa bersalah pada ma dan keluarga yang seolah-olah aku anak sulung yang menyusahkan.. rasa bersalah pada Prof yang saban hari bertanyakan status keberadaan dan progress penyelidikanku.. rasa bersalah pada adikku yang terpaksa mengorbankan masa dan menangguh cita-cita.. paling teruk dirasakan adalah rasa bersalah pada arwah abah.. aku gagal melaksanakan amanahnya supaya kami adik-beradik bersatu hati sentiasa.. diriku kurasakan ibarat sedang di blender.. sungguh.. aku benar-benar tertekan.. Maafkan aku.. mohon maafkan diriku.. aku benar-benar ingin hidup mulia di dunia dan dikurniakan ihsan Allah untuk ke syurga-Nya..

Aku juga mohon.. tolonglah.. berikanlah aku sedikit masa lagi supaya aku betul-betul boleh mengutip kembali sisa-sisa semangat dalam diri.. menyusun kembali langkah dan kembali teguh berdiri.. infiniti terima kasih kerana memahami.. cukup.. inilah yang amat aku perlukan ketika ini.. dan jugak doa-doa yang tidak putus agar aku sentiasa dipermudahkan urusan..

Semoga entry kali ini menjadi saksi dan reminder untukku sepanjang tahun ini.. cukuplah hari ini aku berkelakuan sebegini.. jika resolusi 2018 ingin direalisasi.. berubahlah wahai diri.! jangan buat perangai bodoh lagi.. aku ingin menjadi aku yang dahulu.. yang bersedia memberi bantuan pada bila-bila masa yang diperlukan.. aku ingin menjadi aku yang dulu.. yang mampu menggalas amanah yang diberikan dengan kesempurnaan.. Tolong doakan aku.. 

"Rabbi yassir wala tu'assir, rabbi tammim bilkhair.."
Amin ya Rabbal Alamin..

May Allah lead my conscience always.. 
The complex of guilty.. 
cukuplah disini.. 

N.O.K.T.A.H.

No comments:

Post a Comment

WORLD OF WISDOM : NAZMY ZAKI COPYRIGHT