~To acquire knowledge, one must study.. but to acquire WISDOM one must observe..~
(Quotes from Marilyn vos Savant)

Thursday, 19 February 2015

Student Dilemma.. To be or not to be?

Beku..

Sepi..

Jari-jemari yang tadinya mengetuk-ngetuk papan kekunci terhenti.. 
Pandangan menerobos skrin laptop di hadapan.. 
Mata tajam memandang tanpa kelip.. 

Gigi diketap rapat.. mulut diam terkunci.. nafas dihembus gaya mengeluh.. berkali-kali.. Lantas.. 
Hela nafas panjang disedut ditarik membenarkan oksigen memenuhi peparu agar otak dapat berfungsi.. 
Moga gelodak perasaan hilang.. agar gelora dijiwa lebih tenang.. 
inhale.. exhale.. inhale.. exhale.. 

Alhamdulillah.. lafaz lega.. rasa lebih segar dan bertenaga.. 
Namun mata masih tertumpu pada skrin laptop dan jari-jemari masih beku di papan kekunci..
Mungkin senaman ringkas membantu?
Lantas tangan dirapat, dikuak, dibawa ke kiri dan kanan berulang kali..
Mulut yang menguap ditutup.. 
Menandakan badan masih kekurangan oksigen.. 

Tenang.. 
Nafas ditarik dalam.. tahan.. hembus.. 
Diulang-ulang tingkah yang sama.. 
Akhirnya rasa mengantuk dan buntu yang tadi mengasak-asak diri berlalu pergi..
Alhamdulillah.. moga kekal bertenaga dan bersemangat!

Pandangan dilontar ke arah tingkap bilik..
Menatap kehijauan bukit..
Udara juga beku, diam tak berketik..
Mana angin? Bayu lembut mungkin.. 
Alangkah indahnya kalau dapat berjungle trekking..
Mandi air terjun yang sejuk dan segar..
Berenang-renang bersenang-lenang menyejukkan fikiran..

Bergelak-ketawa beriang-ria dengan ahli keluarga..
Berkongsi cerita dan duka bersama ayahanda dan bonda..
Makan-makan dengan gembira..
Menonton ceritera-ceritera di kaca televisyen..
Lena nyaman bertemankan mimpi indah..
Berbantal lembut tenggelam berselimut gebu seluruh badan..

Mimpi.. Ya, sekadar mimpi!
Tak mungkin terjadi kerana kini aku di sini..
Di desasiswa universiti.. 
Tatkala ramai orang pulang bercuti..
Aku pula berada di sini.. 
Memuat turun jurnal-jurnal untuk dirujuk..
Mencari-cari bahan sokongan untuk menyiapkan tugasan..

Sepertinya sudah banyak yang kubaca..
Sepertinya sudah hampir penuh kotak ilmu di kepala..
Tapi.. 
Kebuntuan itu tetap melanda..
Mana ilham? Mana buah fikiran? 
Berangankan curahan idea tanpa henti..
Agar jari-jemariku mampu berlari tanpa sepi..

Ya Allah permudahkanlah segalanya..
Bukalah pintu-pintu hikmah-Mu..
Bukalah pintu-pintu rahmat-Mu..
Moga segalanya dapat disempurnakan tepat waktunya..
Moga segalanya dapat diselesaikan dengan jayanya..

...

AGW 625 International Project Management in progress..

TO BE OR NOT TO BE?
I choose the first!

Aku ingin menamatkan segalanya dengan cemerlang gemilang..
Hadiah istimewa untuk ma dan abah serta keluarga yang banyak berkorban..

Ya Allah.. Rabbi yassir wa la tu'assir.. Rabbi tamim bilkhair..


No comments:

Post a Comment

WORLD OF WISDOM : NAZMY ZAKI COPYRIGHT