Aku tak tipu.. jujur.. tajuk entry ini sebenarnya dari awal tahun lepas aku tulis.. tapi post tak berjaya dipublish sebab tak habis-habis add-on, edit, delete, re-write.. Panjang sangat.. sebab tu aku copy-cut-paste sambungan ke entry ini..
14-15 December 2016.. "You are behaving negatively again. Tak faham attitude awak ni.. Contact me.. Minta call saya.."- Mesej diterima daripada Prof.. kecelaruan dalam diri makin berakar umbi.. makin mencengkam dada.. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan..
Tahun 2017.. Banyak kali abah menelefon bertanya adakah aku akan balik ke rumah.. Kalau bukan abah.. adik-adik telefon memberitahu abah bertanyakan tentang diriku.. sebab itulah.. Aku kerap pulang ke rumah.. aku memilih untuk berada di rumah.. aku tak nak menjadikan abah sebagai satu alasan.. tapi memang waktu ini.. kesihatan abah makin merunsingkan.. berat abah turun mendadak.. badan abah seolah-olah tinggal tulang..
Tapi sebaliknya pula.. dari sisi yang lain.. perasaan aku bergelodak dengan rasa bersalah yang teramat sebagai anak murid Prof.. Prof Ishak juga diuji dengan ujian kesakitan.. Prof Hasnah dengan kaki berbalut simen.. dalam cuti sakit kedua-duanya tetap datang ke pejabat meneruskan amanah dan tanggungjawab mereka.. Sungguh aku sayang kedua-duanya.. guru itu ibarat ibu dan ayah.. Tapi aku berasa sungguhkurang ajar dan tak beradab..
"Call me. Contact me. Where are you? Are you okay? Please respond....." dan macam-macam lagi pesanan di terima.. tak terkira missed called yang ada.. bukan saja daripada Prof berdua malah dari mereka-mereka yang aku sangat hargai keprihatinan itu.. Tapi entah kenapa.. Tahap complexity dalam diri makin menjadi-jadi.. yang aku tak dapat nak huraikan.. nak terangkan.. Rasa bersalah membuak-buak.. Aku tahu bahawa aku ada tugas yang perlu diselesaikan, tapi aku tak mampu berlawan dengan tekanan..
Complexity dalam diri di tahap merbahaya aku rasa.. Aku tahu aku salah.. Aku sedar aku mengambil langkah orang yangbodoh sombong. Entah.. macam-macam alasan yang boleh aku ciptakan dan bohongkan.. tapi mujur Allah masih beri kesedaran.. that conscience yang mana "KAU BOLEH CIPTA ALASAN APA JUA KAU SUKA TAPI JANGAN PENIPUAN.." (Bohonglah kalau aku kata aku sentiasa berkata benar dan jujur sepanjang 30 tahun hidup kat atas dunia ni)..
Dan untuk mengelakkan dari itulah.. Waktu itu aku sangat-sangat bersyukur dengan keadaan telefonku yang pecah, rosak, dan tidak dapat berfungsi dengan baik (masih belum berganti sim sehingga hari ini). Bil telefon juga kadang-kadang aku tidak jelaskan dan talian dipotong. Aku memilih untuk berdiam, senyap, mengasingkan diri, beku dengan tidak memberi respon pada semua yang menghubungi aku dalam tempoh aku tidak mampu berada dalam keadaan yang rasional tersebut.. Aku memujuk diri dengan mengatakan itulah antara alasan terbaik yang boleh aku berikan.
Aku berperang dengan segala perasaan.. Kehilangan abah makin dekat dirasakan.. Sebulan.. bulan 4, abah langsung tak dapat bangun.. Kami terpaksa memapah abah ke bilik air.. Abah solat duduk.. dan ada ketika abah menjama'kan solatnya kerana abah pening dan langsung tidak dapat membuka matanya. Bulan puasa, banyak hari abah tak dapat laksanakan kewajipannya.. Raya menjelma.. Sikap pelik abah makin ketara.. Antara yang paling tidak mungkin kulupa.. abah bertanyakan anak-anak muridnya yang datang berziarah tentang status kehidupan mereka samada sudah berpunya..
Abah yang dulunya tegas menyuruh aku memilih antara menyambung pengajian atau perkahwinan.. Abah yang selama bertahun-tahun lamanya sakit, meyuruh aku menghabiskan pengajian dahulu setiap kali kami sekeluarga berbicara soal calon, jodoh dan perkahwinan.. Tapi raya itu, abah bertanya soalan yang sedemikian.. ya aku malu.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri betapa ketakutan akan sebuah kehilangan itu benar-benar makin dekat dirasa.. Abah seolah-olah tahu dia akan pergi meninggalkan aku dan keluarga selama-lamanya.. dan kerana itulah cuba menjodohkan aku dengan anak muridnya.. (Tak apa abah.. damailah abah di sana.. tak mungkin akan ada galang gantinya..)
Di rumah.. berada dekat dengan abah, bagiku adalah pilihan terbaik sebagai seorang anak.. Aku langsung tak menyesal.. lega sebab setiap kali berada di rumah.. abah menggambarkan kegembiraannya.. Julai dan minggu-minggu akhir abah.. Abah menyatakan dia berpuas hati dengan layanan aku, adik beradik sepanjang sakitnya.. moga abah benar-benar redha pada diriku.. melihat tahap diri ketika ini, aku langsung tidak layak ke syurga-Mu.. Tapi sekurang-kurangya.. redha abah menjadi salah satu teket penghalang aku dari terus dihumbankan ke neraka-Mu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Nauzubillahi min zalik..
Dalam masa yang sama.. rasa bersalah kerana tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan janji-janjiku pada Prof berganda-ganda.. Perjalanan PhD ku tergendala. ini tidaklah memberi impak negatif yang besar pada diri.. kerana ini lebih personal.. Tapi apabila memikirkan tugas-tugas yang melibatkan Prof dengan pihak yang lain tidak mampu diselesaikan.. hal ini makin menyesakkan fikiran.. Rasa bersalah kerana disebabkan aku.. Prof dalam kesusahan. Orang lain pun turut sama disusahkan..
Ya.. Aku bukanlah orang yang baik jika bukan Allah melindungi aib-aibku.. Tapi mungkin mereka-mereka yang pernah mengenali aku akan menceritakan satu sikapku yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.. iaitu aku yang suka membantu dan menolong orang walaupun dalam keadaan aku sepatutnya lebih memerlukan pertolongan.. Pertolongan yang aku berikan sebaik mungkin aku laksanakan.. Selagi boleh aku buat, akan aku buat..
Tapi tahun lepas adalah tahun penuh kesulitan dan kesukaran.. jujur aku cakap.. kalau aku berada dirumah.. seberat mana pun beg, buku, fail kerja yang aku bawak balik.. sebagaimana itulah asal tempat duduknya sehingga ke saat aku melangkah balik semula ke UMP, disitulah keberadaannya. Laptop? Ya, sekali-sekala dibuka.. bukan aku yang membuat kerja tapi adik bongsuku bermain game.. Jarang teramat jarang aku dapat menyiapkan kerja tertangguh sekiranya berada di rumah..
Bukan tidak sedar ada amanah yang digalas, tapi lemah.. lemas.. seriously.. aku tak mampu melawan nafsujahat dalam diri di batu api kan pula dengan bisikan assyaitanirrajim.. That little conscience yang ada dalam diri.. that feeling of guilty.. terlalu kompleks untuk diceritakan di sini.. Moga entry yang panjang berkarang dalam sambungan seterusnya menyaksikan noktah akhir bahawa inilah yang berlaku sepanjang tahun lepas.. Aku tak akan, tak mungkin, tak nak ulangi lagi di masa-masa hadapan.
14-15 December 2016.. "You are behaving negatively again. Tak faham attitude awak ni.. Contact me.. Minta call saya.."- Mesej diterima daripada Prof.. kecelaruan dalam diri makin berakar umbi.. makin mencengkam dada.. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan..
Tahun 2017.. Banyak kali abah menelefon bertanya adakah aku akan balik ke rumah.. Kalau bukan abah.. adik-adik telefon memberitahu abah bertanyakan tentang diriku.. sebab itulah.. Aku kerap pulang ke rumah.. aku memilih untuk berada di rumah.. aku tak nak menjadikan abah sebagai satu alasan.. tapi memang waktu ini.. kesihatan abah makin merunsingkan.. berat abah turun mendadak.. badan abah seolah-olah tinggal tulang..
Tapi sebaliknya pula.. dari sisi yang lain.. perasaan aku bergelodak dengan rasa bersalah yang teramat sebagai anak murid Prof.. Prof Ishak juga diuji dengan ujian kesakitan.. Prof Hasnah dengan kaki berbalut simen.. dalam cuti sakit kedua-duanya tetap datang ke pejabat meneruskan amanah dan tanggungjawab mereka.. Sungguh aku sayang kedua-duanya.. guru itu ibarat ibu dan ayah.. Tapi aku berasa sungguh
"Call me. Contact me. Where are you? Are you okay? Please respond....." dan macam-macam lagi pesanan di terima.. tak terkira missed called yang ada.. bukan saja daripada Prof berdua malah dari mereka-mereka yang aku sangat hargai keprihatinan itu.. Tapi entah kenapa.. Tahap complexity dalam diri makin menjadi-jadi.. yang aku tak dapat nak huraikan.. nak terangkan.. Rasa bersalah membuak-buak.. Aku tahu bahawa aku ada tugas yang perlu diselesaikan, tapi aku tak mampu berlawan dengan tekanan..
Complexity dalam diri di tahap merbahaya aku rasa.. Aku tahu aku salah.. Aku sedar aku mengambil langkah orang yang
Dan untuk mengelakkan dari itulah.. Waktu itu aku sangat-sangat bersyukur dengan keadaan telefonku yang pecah, rosak, dan tidak dapat berfungsi dengan baik (masih belum berganti sim sehingga hari ini). Bil telefon juga kadang-kadang aku tidak jelaskan dan talian dipotong. Aku memilih untuk berdiam, senyap, mengasingkan diri, beku dengan tidak memberi respon pada semua yang menghubungi aku dalam tempoh aku tidak mampu berada dalam keadaan yang rasional tersebut.. Aku memujuk diri dengan mengatakan itulah antara alasan terbaik yang boleh aku berikan.
Aku berperang dengan segala perasaan.. Kehilangan abah makin dekat dirasakan.. Sebulan.. bulan 4, abah langsung tak dapat bangun.. Kami terpaksa memapah abah ke bilik air.. Abah solat duduk.. dan ada ketika abah menjama'kan solatnya kerana abah pening dan langsung tidak dapat membuka matanya. Bulan puasa, banyak hari abah tak dapat laksanakan kewajipannya.. Raya menjelma.. Sikap pelik abah makin ketara.. Antara yang paling tidak mungkin kulupa.. abah bertanyakan anak-anak muridnya yang datang berziarah tentang status kehidupan mereka samada sudah berpunya..
Abah yang dulunya tegas menyuruh aku memilih antara menyambung pengajian atau perkahwinan.. Abah yang selama bertahun-tahun lamanya sakit, meyuruh aku menghabiskan pengajian dahulu setiap kali kami sekeluarga berbicara soal calon, jodoh dan perkahwinan.. Tapi raya itu, abah bertanya soalan yang sedemikian.. ya aku malu.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri betapa ketakutan akan sebuah kehilangan itu benar-benar makin dekat dirasa.. Abah seolah-olah tahu dia akan pergi meninggalkan aku dan keluarga selama-lamanya.. dan kerana itulah cuba menjodohkan aku dengan anak muridnya.. (Tak apa abah.. damailah abah di sana.. tak mungkin akan ada galang gantinya..)
Di rumah.. berada dekat dengan abah, bagiku adalah pilihan terbaik sebagai seorang anak.. Aku langsung tak menyesal.. lega sebab setiap kali berada di rumah.. abah menggambarkan kegembiraannya.. Julai dan minggu-minggu akhir abah.. Abah menyatakan dia berpuas hati dengan layanan aku, adik beradik sepanjang sakitnya.. moga abah benar-benar redha pada diriku.. melihat tahap diri ketika ini, aku langsung tidak layak ke syurga-Mu.. Tapi sekurang-kurangya.. redha abah menjadi salah satu teket penghalang aku dari terus dihumbankan ke neraka-Mu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Nauzubillahi min zalik..
Dalam masa yang sama.. rasa bersalah kerana tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan janji-janjiku pada Prof berganda-ganda.. Perjalanan PhD ku tergendala. ini tidaklah memberi impak negatif yang besar pada diri.. kerana ini lebih personal.. Tapi apabila memikirkan tugas-tugas yang melibatkan Prof dengan pihak yang lain tidak mampu diselesaikan.. hal ini makin menyesakkan fikiran.. Rasa bersalah kerana disebabkan aku.. Prof dalam kesusahan. Orang lain pun turut sama disusahkan..
Ya.. Aku bukanlah orang yang baik jika bukan Allah melindungi aib-aibku.. Tapi mungkin mereka-mereka yang pernah mengenali aku akan menceritakan satu sikapku yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.. iaitu aku yang suka membantu dan menolong orang walaupun dalam keadaan aku sepatutnya lebih memerlukan pertolongan.. Pertolongan yang aku berikan sebaik mungkin aku laksanakan.. Selagi boleh aku buat, akan aku buat..
Tapi tahun lepas adalah tahun penuh kesulitan dan kesukaran.. jujur aku cakap.. kalau aku berada dirumah.. seberat mana pun beg, buku, fail kerja yang aku bawak balik.. sebagaimana itulah asal tempat duduknya sehingga ke saat aku melangkah balik semula ke UMP, disitulah keberadaannya. Laptop? Ya, sekali-sekala dibuka.. bukan aku yang membuat kerja tapi adik bongsuku bermain game.. Jarang teramat jarang aku dapat menyiapkan kerja tertangguh sekiranya berada di rumah..
Bukan tidak sedar ada amanah yang digalas, tapi lemah.. lemas.. seriously.. aku tak mampu melawan nafsu
Sekali lagi.. cut and paste to "Complexity of Guilt and Conscience Part III"..
No comments:
Post a Comment