~To acquire knowledge, one must study.. but to acquire WISDOM one must observe..~
(Quotes from Marilyn vos Savant)
Showing posts with label Reality. Show all posts
Showing posts with label Reality. Show all posts

Wednesday, 16 March 2022

When you choose to confront

Dihidupkan, bukan pilihan.
Detik kematian, juga bukan pilihan.
Perjalanan kehidupan?
Barulah kita yang tentukan.
Sama ada kiri atau kanan, utara atau selatan.
Apa yang berlaku rentetan daripada keputusan?
Tetaplah jalani garis masa yang telah ditakdirkan. 
Hikmah disebalik setiap sesuatu?
Hanya Dia Yang Tahu.
 
~ when you choose to confront ~

Rabbi yassir wa la tu’assir. Rabbi tamim bilkhair.

Alhamdulillah.. selesai sesi forum “Bicara Minda Sihat: Aku & Depresi”.


Sekitar akhir bulan Januari,  terima whatsapp tanya khabar daripada Puan Hajjah Paridah, pegawai psikologi UMP. Kemudian Puan bertanyakan jika aku boleh menjadi salah seorang panel untuk forum berkongsi tentang pengalaman yang pernah aku lalui sebagai seorang fighter mental illness. 

Semestinyalah tak mampu nak terus katakan “Ya” dan perlukan  sedikit masa untuk fikirkan. Betul ke ni? Sanggup ke nak buka semua cerita? Belum apa-apa dah nervous yang amat. Then, Puan balas something yang buat aku rasa yang aku perlu berkongsi. 


Selalu banyak sangat dengar cerita kawan-kawan, kawan kepada kawan dan baca kat FB, IG pasal kesedaran kesihatan mental ni. Jadi, mungkin perkongsian yang akan dibuat boleh bantu tolong orang lain. Akhirnya, persetujuan tercapai. Aku bakal jadi salah seorang ahli panel forum tersebut.

Bulan dua berlalu. Tarikh forum makin dekat. Sepatutnya dijadualkan kepada 9 Mac 2022. Sesi bersemuka. Namun terpaksa ditunda atas sebab terdapat panel dan ahli jawatankuasa yang terlibat kuarantin Covid. Tarikh baru diberi iaitu bertarikh hari ini, 16 Mac 2022 secara dalam talian. Alhamdulillah. Akhirnya selesai perkongsian sedikit sebanyak. So, catat sikit hari ini dalam sejarah.


Nervous? Of course. 

Walaupun dah sediakan nota dan skrip, terus hilang tak nampak tulisan. Ni baru sesi dalam talian, kalau bersemuka rasanya lagi basah lencun dan seram. 😂😂😂 

Apa pun, semoga ada sedikit kebaikan yang berpanjangan hasil perkongsian ini. Semoga menjadi wasilah kepada diri aku yang lebih baik, berjaya dunia akhirat. 

Simpan sini untuk kenangan, pengajaran dan teladan akan datang: 

Monday, 7 February 2022

Kisah di Kedai Dobi

Asbab Hidup Tak Gembira dan Bahagia.

Sejak sampai kat Pekan dua tiga hari ini, keadaan langit gelap dan mendung. Hujan turun renyai-renyai, sesekali hujan lebat. Ada masanya keadaan tampak panas, namun matahari masih malu-malu bersembunyi di balik awan. 

Macam hari ini.. untuk mengelakkan daripada terpaksa mengangkat semula pakaian jika hujan tiba-tiba turun.. dobi menjadi pilihan untuk mengeringkan pakaian. 

Berada di dobi, ibarat satu dunia asing. Cuma kedengaran beberapa mesin basuh menjalankan tugas hakikinya bersama lima enam buah mesin pengering yang sedang ligat berputar. Meja besar untuk melipat baju disediakan bersebelahan dengan dua buah kerusi panjang besi khas buat Si Tuan baju menanti.

Namun, bangku tersebut sejuk beku tanpa seorang penunggu meskipun semua mesin penuh diguna pakai. Keadaan? Okay saja. Tiada isu. Memang perlu menunggu giliran mesin berhenti. 

SELEPAS MESIN BERHENTI?


Haa.. Di sinilah bermula segalanya. Sebab-musabab yang mungkin menyebabkan hidup Si Tuan pakaian tidak bahagia sepanjang hari tersebut. 

1. Jika BAKUL KOSONG diletakkan di hadapan mesin, orang yang baru datang secara automatiknya FAHAM bahawa itu adalah bakul pakaian bagi mesin yang dah berhenti tersebut. 

Mudah. Orang yang nak guna mesin boleh terus bukak pintu mesin, keluarkan baju yang dah siap dibasuh atau dikeringkan ke dalam bakul dan GUNA mesin seperti yang dikehendaki. 

Persoalannya, sebagai Si Tuan baju.. yakin ke tak yakin dengan tangan yang mengeluarkan pakaian itu. Bersih ke tak bersih? Selamat dari Covid ke tidak?

Isk tak tenang. 
Tak tenang. 

Ada orang jenis pantang baju yang dah dibasuh atau dikeringkan disentuh oleh tangan entah siapa-siapa. Terpaksa basuh semula. Dah membazirkan masa, wang dan tenaga. Tenaga menyumpah-seranah orang yang mengeluarkan pakaian tersebut. Sedangkan kesalahan itu tergalas di bahunya sendiri. 

2. Situasi kedua pula, merujuk kepada Si Tuan baju yang tidak meletakkan bakul kosong di hadapan mesin yang sudah siap menjalankan fungsinya. 

Yang baru datang ternanti-nanti. Untunglah jika mempunyai SIFAT SABAR tahap malaikat. 😅

Golongan manusia awam yang biasa-biasa ni, mampu ke nak menunggu lama-lama?

Ishhhh.. Mana orang ni? Mesin dah lama berhenti. Dah la bakul tak ada. Nak kejar masa lagi ni. Marah marah.. tak reti bahasa ke? Orang lain pun nak guna.. jeda.. jeda.. jeda.. 

BAHAGIA KE HIDUP?

Dua-dua pun TIDAK.. yang meninggalkan bajunya disumpah seranah. Yang menanti menyumpah seranah. Lebih teruk jika yang menanti mengeluarkan baju dan meletakkannya di atas meja mahupun lantai. Berganda-gandalah sumpah seranah agaknya. 

= = = = =

Kesimpulannya, nak bagitahu satu je:

JIKA KITA MUDAHKAN HIDUP ORANG LAIN, HIDUP KITA LEBIH BERKAT DAN BAHAGIA. 

Jika kita susahkan hidup orang, kesusahan itu kembali semula kepada kita. Rezeki tersekat, kemalangan, kecederaan dan pelbagai lagi nasib malang sebagainya (mungkin akibat daripada doa-doa orang teraniaya). 

Nampak mudah bukan? Setakat tinggal baju dalam mesin dobi. Tetapi, impaknya besar pada kehidupan seharian. Pilihan di tangan kita. Mudahkan atau susahkan?

Salam Rejab 1443 H.

#nazmyzaki #kisahhidup #kisahhidupnazmyzaki

Wednesday, 29 December 2021

Kisah di Mahkamah

Lamanya tak berupdate MyWOW - My World of Wisdom ni.. huhuhu

Tulis sikit alang-alang tarikh hari ini teringat peristiwa bersejarah bulan lepas.. untuk kenangan dan pengajaran akan-akan datang.. Pengalaman pertama kali seumur hidup (dan selamanya.. in shaa Allah.. aaminnn).. Dipanggil mengadap ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.


Alkisahnya.. dapat whatsapp daripada adik tengah hari 21/11/2021.. ada wakil daripada pihak Perkeso datang ke rumah serahkan surat panggilan ke mahkamah bertarikh 29/11/2021 jam 09:00 pagi.

Dalam surat berkenaan tertulis di lampiran A pertuduhan bahawa #nazmyzaki sekian-sekian telah didapati gagal membayar #FCLB (Faedah Caruman Lewat Bayar) sekian-sekian ... ...  ... di mana tertera hukuman:
"Jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit, atau kedua-duanya."


Pada surat berkenaan, adik juga telah mencatatkan nombor wakil daripada #Perkeso iaitu Puan Nisa (012 ABC DEFG). Tapi, waktu tersebut tak tahu dan tak terfikir pulak nak telefon bertanya lebih lanjut sebab memang surat dah tulis sejelasnya tarikh dan jam panggilan. Juga, tak tahu bahawa Puan Nisa tersebut adalah pihak pendakwa raya. Ingatkan cuma wakil pegawai Perkeso sahaja. 

Disebabkan tak dapat balik on the spot pada minggu berkenaan, sekadar ambil maklum sahaja tentang panggilan tersebut dan sebab-sebabnya. Hari Khamis, 25/11/2021 baru balik kampung. Hujung minggu itulah baru duk tengok-tengok apa segala tentang bayaran et cetera kat Sistem Assist Perkeso

Ya, betullah ada tunggakan bayaran dalam sistem. Tapi tak pernah dapat apa-apa surat amaran atau makluman pun daripada pihak Perkeso sebelum tindakan mahkamah dikenakan. Selalu banyak kes lain-lain, bil telefon, TM etc. pasti akan dapat telefon, email dan yang sewaktu dengannya menyatakan bahawa nama sekian, no akaun sekian akan dikenakan tindakan jika tunggakan bayaran tidak dijelaskan dalam tempoh waktu sekian-sekian. 

huhuhu.. ini terus dapat surat pertuduhan.. serammmm sangat seramm.. sebab tak fasal-fasal nama naik kat mahkamah dan semestinyalah rekod tersebut akan ada sampai bila-bila.. 😓

Jadinya sebelum hadir ke mahkamah hari berkenaan, segala tunggakan dijelaskan dulu (hurmmm.. buat Ma dan adik-beradik sakit kepala lagi..) Bukan sikit, semua sekali total pembayaran hampir RM2000.. Please, jangan kecam pulak bila anda baca ni.. Betul, salah diri sendiri sebab tak jelaskan bayaran. 

Tapi lepas terpaksa hentikan operasi CKZ Dagang bulan Mei 2020 lepas PKP tu.. Dalam portal Assist Perkeso pun kami telah kemaskini dengan surat berhenti operasi.. Semua pekerja terpaksa diremove dalam sistem.. Mereka pun telah dimaklumkan dan sedikit majlis penghargaan kami sekeluarga sediakan untuk mereka. Perkara setahun lepas (nak masuk dua tahun dah pun), sungguh lupa dan langsung tak ter-register dalam ingatan untuk jelaskan sebarang bayaran tertunggak tersebut. Hurmmm...

= = = = =

Sambung balik kisah di mahkamah.. Jadinya.. hadirlah ke bilik mahkamah buat pertama kalinya.. nervous tak tau nak cakaplah.. Dengan tak pernah ada pengalaman dan ceteknya ilmu masa tu.. setakat google je apa perlu buat apabila dihadapkan pertuduhan.. 

Hari berkenaan.. kami semua tunggu mengikut giliran.. ramai jugak.. ada yang hadir kerana tuntutan daripada pihak JPJ, PDRM, LHDN dan sebagainya.. Untuk PERKESO, hanya aku dan ada seorang lagi tertuduh. Sementara menunggu itulah, ada bercakap dengan Encik tersebut (yang juga dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan yang sama). Menurutnya, dia pun tidak mendapat sebarang makluman. Malah, bayaran telah dijelaskan sebelum mendapat notis FCLB dalam sistem. 

Jadi, ingin mengaku tidak bersalah. Aku pun berpendirian yang sama sebab lepas sesi google-menggoogle, terjumpa banyak statement akhbar dan prosedur yang dikeluarkan oleh mahkamah tentang menjawab pertuduhan. Masa itu, aku takut kalau terus langsung mengaku bersalah.. Nanti terus dikenakan sabit kesalahan dan berkemungkinan denda dua tahun penjara serta penalti RM10,000. 

Lepas dipanggil masuk ke bilik mahkamah, kami diminta duduk di kerusi menunggu di belakang. Setelah itu nama aku yang pertama dipanggil, bangun dengan nervousnya.. Ada seorang pegawai polis yang menunjukkan ke arah meja untuk aku letakkan fail yang dibawa serta menunjukkan tempat untuk berdiri (iaitu di tengah-tengah bilik, bukan dalam kandang pesalah/saksi yang selama ini selalu lihat di berita TV, drama dan sebagainya). Beliau juga meminta aku meletakkan tangan ke belakang (berdiri gaya senam diri).

Nota I: Fail yang aku sediakan termasuklah salinan SSM, IC, serta dokumentasi bayaran dan makluman email daripada pihak Perkeso yang menunjukkan tiada sebarang surat amaran diterima juga beberapa dokumen back up untuk status "Kenapa gagal menjelaskan bayaran tersebut". 

Bila dah berdiri di tempat yang ditunjukkan oleh pegawai polis tersebut (beliau pulak berdiri dengan jarak social distancing sebelah kiri aku), hakim pun meminta pihak pendakwa membacakan pertuduhan (tak silap aku). Habis pertuduhan dibacakan, hakim bertanya sama ada aku mengaku bersalah atau dibicarakan?

Confident saja jawab, mohon bicara. 😂 

Dalam hati masa tu, dengan sedikit ilmu daripada Pak Cik Google, kononnya mungkin aku akan diminta untuk membuat rayuan atau menjelaskan alasan disebalik pengakuan tidak bersalah tersebut.

Kemudian, hakim pun berkata: "Tarikh perbicaraan semula 6 Disember 2021". Beliau juga bertanya sama ada aku akan bela diri atau menggunakan peguam. Jawabku, bela diri. Then, senyap. 

Lepas tu, pegawai polis meminta aku menunggu di luar dewan. Serious.. tercengang-cengang sekejap.. Dah kenapa kan? Ingat macam terus back up diri sendiri gitu. Aku pun keluarlah dengan confusednya. 

Tak lama lepas tu, mungkin sebab Encik tadi pun mengaku tidak bersalah. Jadi sekejap saja pihak Perkeso keluar. Aku pun terus bertanya sebab betul-betul tak faham dengan apa yang berlaku sepantas kilat tadi.. dah la ketar lutut tak habis lagi.. Sabar je la kan.. huhuhu

Menurut pihak pendakwa raya dan ada seorang lagi jurubahasa bersama-sama waktu itu, katanya kita akan berjumpa semula pada tarikh 6 Disember untuk penyerahan dokumen. Aku pun tanyalah nak kena buat apa lagi ya sebab memang aku betul-betul blur..

Kata mereka, boleh minta khidmat nasihat di tingkat lima. Pergilah aku menapak naik lif ke tingkat lima.. Lupa pula apa nama bahagian tersebut.. Tak silap Bahagian Khidmat Nasihat dan Rundingcara macam tu kot.. sampai di sana, aku bagi salam dan bertanyakan hal khidmat nasihat tersebut.

Waktu tu, tiada peguam yang available. Hanya ada dua orang staf atau mungkin pegawai tadbir.. Melihat aku yang mungkin resah nervous entah apa-apa tu kot, mereka pun bertanyalah untuk kes apa segala.. Aku maklumkan dan tunjuk surat pertuduhan daripada pihak Perkeso..

Oh.. kata mereka, mereka macam tak ada cover untuk kes tersebut. Selalu untuk kes-kes berat.. Tambah mereka jugak, mereka pun baru saja dapat makluman daripada pihak Perkeso untuk tunggakan bayaran sejak 2018 kata mereka.. Mereka juga bagi no contact Puan Elyana iaitu pegawai Perkeso untuk aku tanyakan maklumat lanjut. Nasihat mereka, mengaku bersalah saja. Nanti mereka akan bagi ruang untuk mengemukakan rayuan. Kalau mohon bicara panjang pula kisahnya. 

Keluar daripada pekarangan mahkamah, aku telefon Ma untuk maklumkan dan terus memandu kereta ke bangunan Perkeso. Di sana, aku contact Puan Elyana untuk bertanyakan lebih lanjut. Apa yang perlu buat dan sebagainya. Menurut beliau, juga sama. Mengaku bersalah dan nanti hakim akan bagi peluang membuat rayuan. Jelas dengan maklum balas tersebut, aku pun baliklah rumah.

= = = = = 

Menantikan hari perbicaraan seterusnya, aku sediakan fail apa yang patut dan susun mengikut keperluan. Dalam surat daripada Perkeso bertarikh 13/07/2020, memang jelas tertera statement:
"Sila ambil perhatian, bayaran hendaklah dibuat dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat ini. Kegagalan menjelaskan FCLB akan membolehkan tuan/puan dikenakan tindakan selaras dengan Seksyen 94 Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Peraturan 32 Peraturan-peraturan(Am) Keselamatan Sosial Pekerja 1971."


Tapi, bagi aku (waktu itu).. takkanlah langsung tiada surat amaran dan yang sewaktu dengannya.. Takkan terus dapat surat pertuduhan mahkamah.. sebab serious sebelum ini, apa-apa mesti ada panggilan telefon, email, SMS dan terkini whatsapp.. untuk sebarang makluman tindakan akan diambil dan sebagainya.

Aku pun risik-risiklah lagi dengan google di laman web Perkeso, rupa-rupanya memang dah tertulis di Bahagian Penguatkuasaan ke atas Majikan iaitu: 
"Jika tiada bayaran kompaun yang diterima selepas tempoh empat belas hari itu atau dalam tempoh lanjutan yang dibenarkan oleh Ketua Pengarah maka, tindakan pendakwaan boleh dimulakan TANPA NOTIS SELANJUTNYA."


Akur.. ceteknya ilmu dan pengalaman.. Sungguh amat bermakna segala peristiwa yang berlaku dalam tempoh mengendalikan sebuah perniagaan berskala besar CKZ Dagang (bagi akulah).. sejak daripada 6 November 2017 sehingga Mei 2020. Macam-macam hal yang memberikan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengalaman.. Bukan sekadar teori, tetapi aplikasi dan praktikal yang sehingga kini bias-bias kesannya masih berat untuk ditanggung.. 😵😷 

"Pengalaman adalah salah satu guru terbaik dalam kehidupan.."
= = = = =

Berbalik kepada kisah di mahkamah siri II.. 
(Panjang pulak ceritanya.. dari lepas asar, sambung pulak lepas isyak..)

Tarikh 6 Disember, aku pun pergilah ke mahkamah.. Ikutkan waktu sesi lepas, tak ada pula dimaklumkan jam berapa.. Cuma hasil daripada Pak Cik Google jugak: waktu bersidang mahkamah ialah jam 09:00 pagi atau pada waktu yang telah ditetapkan.. Aku sedikit kalut pagi tersebut dan tiba lewat 20 minit.. Alhamdulillah.. seperti sesi lepas, kami perlu menanti sidang bicara pihak lain-lain dahulu sebelum dipanggil masuk.  

Dengan sedikit ruang masa menunggu tersebut, pihak Perkeso menyerahkan satu fail kuning berisi dokumen serahan yang berkaitan. Pegawai Perkeso yang menyerahkan fail tersebut meminta aku menurunkan tanda tangan di salinan dalam fail beliau. Manakala salinan dokumen yang diserahkan kepada aku, ditanda tanganinya. Waktu itu, barulah aku tahu bahawa Puan Nisa yang adikku catatkan nombor telefonnya adalah beliau sendiri, selaku pihak pendakwa mewakili Perkeso.

Aku mengambil peluang bertanya dan memaklumkan pendirian aku yang ingin menukar pengakuan bersalah. Tapi aku takut dengan sabit kesalahan tersebut. Adakah aku dikira "pesalah jenayah" yang sewaktu dengannya. Sebab aku sekarang dalam proses memohon pekerjaan. Ada sesetengah sistem permohonan bertanyakan status kesalahan jenayah sama ada pernah atau tidak.

Puan Nisa juga memohon kepastian daripada salah seorang lagi peguam daripada SSM tentang status tersebut. Kata beliau, tidaklah sampai begitu. Memang pendakwaan adalah disabitkan dengan kesalahan di bawah akta yang berkaitan, namun tidak dimaksudkan dengan jenayah berat yang membabitkan permohonan kerja dan sebagainya. Ibarat macam saman trafik, saman JPJ begitu kata beliau lagi. Memang rekod akan ada. Cuma tak menjejaskan peluang kerja dan sewaktu dengannya. Aku sedikit lega. 

Tambahan pula, menurut Puan Nisa. Denda yang dikenakan setelah rayuan selalunya tidak tinggi. Belum pernah kes yang dikendalikan olehnya dikenakan sehingga RM10,000 tersebut. Apatah lagi sejak musim Covid-19 ni. Paling tinggi pun kata beliau adalah RM2000.

Sekitar jam 10:00 pagi, kami dipanggil masuk. Seperti sesi yang lepas, aku adalah orang pertama yang dipanggil. Kali ini lebih yakin sedikit, setelah meletakkan fail di atas meja yang disediakan. Aku berdiri di tengah-tengah bilik (sekali lagi bukan di kandang pesalah seperti berita/cerita yang pernah aku lihat). 

Hakim pun meminta pihak pendakwa menyatakan pertuduhan. Puan Nisa pun memaklumkan tentang serahan dokumen yang diberikan kepada aku serta pertukaran pengakuan bersalah yang aku khabarkan kepada beliau sebentar tadi.

Kemudian, hakim membacakan semula pertuduhan ke atas aku dan memberikan aku ruang untuk membuat rayuan. Aku membalas dengan memohon maaf terlebih dahulu kerana tersalah faham dengan proses dan prosedur mahkamah sebelum ini dan mengaku bersalah. Namun, memohon rayuan dengan status aku yang masih seorang pelajar serta isu CKZ yang telah ditutup akibat Covid-19 juga lain-lain sebab yang memungkinkan aku dikenakan denda seminima mungkin.

Akhirnya, hakim membacakan sekali lagi sabit kesalahan tersebut dan menyatakan aku dijatuhkan denda sebanyak RM500 atau jika gagal dua bulan penjara. Aku mengangguk menandakan faham dan seterusnya keluar daripada bilik bicara lebih kurang 10:30 pagi. Sekali lagi, aku menanti di luar untuk proses seterusnya. Sambil menunggu, aku menghantar whatsapp kepada Maa untuk maklumkan hasil perbicaraan. 

Tidak lama setelah itu, sesi perbicaraan Perkeso tamat dan Puan Nisa keluar mendapatkan aku. Aku dibawa ke bahagian pembayaran untuk menjelaskan denda tersebut. Begitulah tamatnya kisah di mahkamah. 


Nota II: Etika Menghadiri Mahkamah Terbuka

  • Berada di dalam bilik bicara sebelum pukul 9.00 pagi atau pada masa yang telah ditetapkan oleh mahkamah.
  • Bangun dan tunduk hormat apabila Hakim/Majistret masuk dan meninggalkan bilik bicara.
  • Tampil ke hadapan apabila nama anda dipanggil oleh jurubahasa.
  • Berikan sepenuh perhatian anda kepada prosiding yang sedang berjalan.
  • Dilarang membuat bising semasa mahkamah bersidang.
  • Tunduk hormat ketika hendak masuk dan keluar dari mahkamah yang sedang bersidang.
  • Kanak-Kanak tidak dibenarkan untuk dibawa ke dalam bilik bicara kecuali jika diarahkan oleh mahkamah.
  • Sebarang jenis senjata adalah tidak dibenarkan.
  • Sebarang rakaman samada dalam bentuk audio atau visual adalah tidak dibenarkan.
  • Telefon bimbit, alat keluli dan lain-lain alat elektronik yang boleh menghasilkan bunyi hendaklah dimatikan.

Lain-lain maklumat: Soalan lazim Portal Rasmi Mahkamah Tinggi Terengganu

= = = = =

Sebelum pulang dari mahkamah, aku juga ada bertanyakan kepada Puan Nisa tentang status operasi kedai. Sebab sepatutnya aku telah mengemas kini surat makluman tersebut di Portal Assist Perkeso sejak tahun lepas. 

HAL EHWAL PERKESO

Rupa-rupanya, menurut beliau aku perlu mengisi borang A1 untuk makluman pemberhentian operasi perniagaan. Aku boleh menghantar secara dalam talian atau terus pergi ke Pejabat Perkeso di Jalan Air Jernih

Disebabkan ada lagi satu surat makluman FCLB setelah menjelaskan tunggakan bayaran, permohonan pengurangan yang diberikan masih tinggi. Juga kata Puan Nisa, aku boleh memohon rayuan seterusnya daripada Ketua Pengarah Perkeso. Namun surat perlu diserahkan kepada pejabat, tanpa permohonan dalam sistem. 

Aku balik ke rumah untuk menyediakan surat rayuan tersebut dan kembali ke Pejabat Perkeso. Setelah memaklumkan kepada staf di kaunter nombor, aku diserahkan Borang A1 juga Surat Rayuan yang telah dibuat khas. 

Oh, rupa-rupanya tak perlu buat sendiri pun. Surat rayuan tersebut telah disediakan, tinggal hanya untuk diisi maklumat diri dan perusahaan serta alasan permohonan rayuan. Selesai hari berkenaan. 

23 Disember lepas, baru dapat email notifikasi tentang successful update untuk status henti operasi. Namun rayuan FCLB berjumlah RM940 masih belum dikemas kini. Risau pulak.. Semoga dihapuskan dan tidak dikenakan denda lagi (aaminn ya rabbal alamin)..

Last but not least..

NASIHAT KEPADA PARA MAJIKAN ATAU BAKAL MAJIKAN

Jika anda telah atau akan menggaji pekerja, sila ambil maklum perihal caruman Perkeso dan KWSP. Kedua-duanya adalah WAJIB

Takrifan pekerja:

(i) Perkeso: Seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan seorang majikan, sama ada kontrak itu nyata atau disifatkan ada atau dengan lisan atau dengan bertulis, dalam atau berhubung dengan kerja sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta. Pekerja sementara atau tidak tetap juga adalah wajib didaftarkan dengan PERKESO (termasuk pekerja asing).

(ii) KWSP: Orang yang diambil bekerja oleh majikan di bawah suatu kontrak perkhidmatan atau perantisan. Kontrak perkhidmatan atau perantisan itu boleh dalam secara bertulis atau secara lisan, nyata atau tersirat. Sekiranya bekerja dalam mana-mana hari dalam sesuatu bulan dan menerima upah melebihi RM10.00 (sama ada berbentuk gaji hari, jam atau piece rated) adalah dikenakan caruman KWSP.

Untuk Perkeso, akan ada dua akaun caruman iaitu SOCSO dan EIS. Jadi kena tahu kedua-duanya. Lebih baik kalau terus ke pejabat Perkeso terdekat untuk meminta tunjuk ajar step by step bagi penggunaan sistem Assist Perkeso.

Nak tahu lebih lanjut, sila aktifkan diri mencari maklumat di: Perkeso dan KWSP

KEPADA PEMOHON KERJA DAN PEKERJA 

Anda juga perlu ambil tahu hak anda sebagai seorang pekerja. Jika majikan melakukan sebarang kesalahan dan menzalimi hak anda, sila bawa BERBINCANG dengan pihak pengurusan/majikan. 

Jika tiada sebarang tindakan pembetulan dilakukan oleh majikan, anda bolehlah membawa kes tersebut kepada lain-lain pihak berwajib seperti Jabatan Tenaga Kerja dan sebagainya.

Semoga sama-sama membentuk lingkungan kerjaya yang adil, sihat dan bahagia. 

= = = = = 

Tu je la untuk setakat ni.. Panjang lebar ceritanya.. Semoga update yang terbaik sahaja untuk masa-masa mendatang. Tahun 2021 pun dah nak berakhir.. takutttt..

Mohon doa semoga progress report yang akan dihantar tidak lama lagi adalah noktah akhir draft thesis #nazmyzaki.

Rabbi yassir wa la tu'assir.. Rabbi tamim bilkhair.. 
Aaminn aaminnn ya rabbal alamin..

Thursday, 7 January 2021

Fighting the Unseen I

Alhamdulillah. Dah seminggu melangkah ke tahun baru. Masih bernafas, masih bergerak, masih tidak putus ruang dan peluang yang dikurniakan Allah walau diri serba hina dan khilaf. 

Sejujurnya, sejak pagi tadi aku terasa ingin menulis posting pertama di My World of Wisdom ini bagi tahun 2021. Tab new post telah aku buka sejak jam 10 pagi tapi sekadar menulis title dan items di sisi kanan sahaja. Kemudian aku memilih untuk menyiapkan tugasan bagi kelas malam ini. Masa terus berlalu dan aku masih belum menaip ayat seterusnya sebagai kandungan first entry tahun ini. 


Sehinggalah ke saat tulisanku ini.. Aku baru sahaja terima khabar duka dari group whatsapp sebelum masuk waktu Zohor tadi.. bahawa salah seorang kawan kami kini sedang dirawat di hospital kerana sedang bertarung dengan penyakit yang dipanggil depression. 

"Ya Allah, kuatkanlah diri sahabat kami. Teguhkan hatinya dan peganglah hatinya. Buat sahabatku, moga kau terus kuat melawan. Jangan pernah merasa kau seorang. Kau punya ramai kawan-kawan dan teman apatah lagi keluarga.. juga anakmu sendiri ternanti-nanti.." 

===

Sedih bila terus-menerus mendengar kisah kawan-kawan yang terpaksa melawan "penyakit tak nampak" ini. Ini bukan kali pertama. Dalam kalangan sahabat, kawan dan teman yang aku ada.. Lebih daripada belas-belas orang yang aku tahu menghadapi penyakit ini. Bukan self-diagnosed, tetapi clinically dan professionally diagnosed. Ada yang dah pulih sepenuhnya, ada yang masih dalam rawatan.. Malah terlalu ramai yang berkongsi rasa dan meluahkan symptoms yang mereka alami, seolah-olah, ya, sedang menghidapi depression. 

Nota dan peringatan: Jangan self-diagnosed..!

Mungkin ramai kawan-kawan yang tidak tahu.. termasuklah diri sendiri ini #nazmyzaki juga telah mengalami dan didiagnosed sebagai pesakit MDD - Major Depression Disorder. Perlu makan anti-depressant pill dan perlu bantuan sleeping pill. Worst case, apa yang aku alami dan hadapi tersebut.. berturut dengan non-stop overthinking, sehingga aku terpaksa pula ambil ubat high blood pressure.  Alhamdulillah dan nauzubillah.. sekarang aku sudah tak bergantung kepada ubat-ubat ini dan semoga aku terus menjadi diri yang fitrah.

Apa yang aku ingin tuliskan di MyWoW bukanlah untuk membuka pekung di dada atau cuba menjadi salah seorang pseudo-psychiatrist. Aku sekadar ingin berkongsi apa, mengapa dan bagaimana.. Panjang dan banyak yang ingin aku kongsikan, namun aku akan cuba make it short.

===

Pen-off. Jam dah hampir 3.30 petang, aku perlu sambung prepare bahan kelas malam ini.

To be continued.

Depresi. Kemurungan. Kecelaruan emosi. Fighting the unseen.

Apa yang perlu anda tahu? 

Friday, 31 August 2018

Jadikan Aku Wanita Itu..

"Oh Tuhanku,
Aku mengadu..
Jangan Kau serahkan aku pada diriku.."
Berulang kali malam ni aku dengar lagu #menangislah oleh Syamsul Yusof & Mawi.. 
Paling tersentuh part first sekali.. "Jangan Kau serahkan aku pada diriku.." 

Bukan setakat kadang-kadang.. Apatah lagi jarang-jarang.. tapi sebaliknya.. sentiasa (moga tidak sepanjang masa).. aku.. lupa.. segala gerak daya.. segala ilham kata.. segala jua yang aku perlaku.. tidak satu pun tanpa pengetahuan-Nya.. tidak satu pun tanpa keizinan-Nya.. 

Sekali lagi di awal-awal pagi ini.. aku dan dia berbicara.. maafkan aku wahai saudaraku.. aku sentiasa berkasar bahasa.. sentiasa menggunakan kata-kata yang menyentuh sensitiviti jiwa.. aku bukan Hamba Allah yang baik.. apalagi mampu menjadi temanmu yang terbaik.. Na'uzubillahi min zalik.. Andai Allah bukakan hijab diriku... Aku benar-benar tidak tahu di paras manakah letak pandang-Nya terhadapku.. Hina dina diriku.. Fakir miskin amalanku.. 

Berbanding dirimu yang kerap bersolat malam.. kerap berpuasa menambah amalan... senantiasa bersedekah dan membelanja makan teman-teman.. Maafkan aku menoreh luka.. menabur garam dan cuka ke atasnya.. maafkan aku.. Sebagaimana kata-kataku kepadamu.. "Aku tidak mungkin layak ke syurga.. tapi aku juga amat takut untuk menghadapi siksa neraka.." dan balasmu.. engkau pun sama.. "kita berusaha ke arah yang lebih baik dari sebelumnya.."

Kerana itu, aku seru buat diriku dan buat dirimu wahai sahabatku.. 

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Asiah, 
Isteri kepada penderhaka Allah yang zalim.. 
Si Firaun pengaku tuhan dunia.. 
Namun Asiah tetap dengan pendirian..
Sehingga dijanjikan syurga,
Di sisi Tuhan Sekalian Alam..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Maryam..
Ibu kepada seorang Nabi..
Dianugerahkan Allah surahnya dalam Al-Quran..
Sedang lahir anaknya tanpa bapa..
Namun caci maki dunia tidak terasa.. 
Kerana kemuliaan dan kesucian dipelihara..
oleh Allah yang Maha Kuasa..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Siti Khadijah.. 
Selayaknya Saidatina bersama Rasulullah SAW.. 
Tidak mungkin mampu menandingi kehebatan beliau,
Namun setidaknya kita berusaha menghiasi diri, 
bukan dengan emas atau permata berkilau..
Tapi dengan teguhnya iman dan pengorbanan, 
Demi suami dan Islam..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti Siti Aisyah..
Isteri Rasul Allah yang amat mencemburui Khadijah..
Anak kepada sahabat Baginda paling akrab dan rapat..
Ummul Mukminin yang dikurnia ilmu penuh didada,
Menjadi rujukan sahabat-sahabat
sebagai salah seorang periwayat Hadith terbanyak..

Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Fatimah bintu Rasulullah..
Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Sumayyah yang terbunuh demi agama Allah..
Semoga kita sama-sama menjadi seperti
Ainul Mardhiah.. Seperti Zinnirah..

Dan moga kita sama-sama menjadi sebagaimana..
Ramai ramai ramai lagi wanita muslimah yang mukminah..
Di sanjung tinggi di bumi dunia.. dan lebih dari itu..
Dimuliakan seluruh isi alam hingga ke langit dan akhirat sana..

Kerana itu..

Ya Allah.. 
Aku memohon kepada-Mu.. 
Janganlah Engkau serahkan aku pada diriku.. 
Janganlah Engkau serahkan kami pada diri kami..
Jadikan aku wanita itu..
Jadikan kami seperti mereka ya Allah..

Ya Allah..
Demi jiwa serta penyempurnaan ciptaan-Mu,
Engkaulah yang mengilhamkan kepadanya 
jalan kejahatan dan ketakwaan..
Beruntunglah bagi orang-orang yang menyucikannya,
Serta rugilah bagi mereka yang mengotorinya..

Wahai Yang Membolak-balikkan Hati..
Tetapkan hati-hati kami ya Allah..
Pada jalan agama-Mu..


Buat diriku dan sahabatku, moga kita menjadi sepertimana wanita-wanita agung itu.. Yang paling terkurang kita boleh lakukan adalah menjaga luaran.. Kerana dosa yang kita paparkan, saham-sahamnya makin bertambah sebanyak mana orang yang memandang.. Sama-samalah kita menutup aurat dengan sempurna..

Formulanya senang je..
Berpakaianlah sebagaimana syarat sah solat yang disyariatkan.. 

Semoga Allah menjaga maruah dan aib kita.. Kita dilahirkan mulia, malah dinamakan Allah surah An-Nisaa yang bermaksud wanita.. Jangan rendahkan maruah kita, dengan cuba menidakkan apa yang tersurat dalam Al-Quran..

Bukan isu #munafik yang cuba aku ketengahkan di sini.. kerana aku mungkin lebih munafik dari kamu wahai sahabatku.. Namun aku berusaha mengajak diriku dan dirimu agar sama-sama berubah ke arah yang lebih baik.. Luaran yang terpapar mungkin bakal menjemput bala yang lebih besar..

Astaghfirullahal'azim.. 
Astaghfirullahal'azim..
Astaghfirullahal'azim..
Subhanaka inni kuntu minaz zalimin..

Rujukan: 
http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1915-irsyad-fatwa-ke-73-hukum-perempuan-berpakaian-menampakkan-bentuk-tubuh-dan-hukum-bagi-orang-yang-sengaja-melihat-aurat-orang-lain?highlight=WyJwZXJidWF0YW4iLCIncGVyYnVhdGFuIl0= 


Sunday, 19 August 2018

"Berbangga Menjadi Anakmu"

Bismillahirrahmanirrahim..

Allahumma firlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu..

Setahun sudah berlalu.. Damailah abah di sana.. Al Fatihah buat arwah abah..

Mohd Yusof bin Muda 
(16/01/1963 - 19/08/2017)

Antara hadiah terakhir yang pernah membahagiakan abah..
In shaa Allah 2019, Along akan berjubah baru bertopi bulat..
Sebesarmana cinta ku rasa..
Tapi Ilahi lebih menyayangi..
Namun ku redha kerana berbangga..
Dikurnia menjadi anakmu..

=====

Oh Tuhan berikan aku kekuatan..
Mendengar rintih hatiku berdoa..
Sejak Kau memanggil ayahku tuk pulang kembali..
Berkecai hati ku menerima takdir..

Aku rindukan setiap senyuman..
Setiap saat belaian kasihnya..
Tuhan janjikan kami ditemukan..
Setiap tidur malamku takkan lena..
Terkenang detik indah manja bersama..
Namun aku redha malang tidak pernah berkata..
Yang dah tertulis pasti ada hikmahnya..

Aku rindukan setiap senyuman..
Setiap saat belaian kasihnya..
Tuhan janjikan kami ditemukan..
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga...

Aku rindukan setiap senyuman..
Setiap saat belaian kasihnya..
Tuhan janjikan kami ditemukan..
Paling tidaknya jumpa di pinggiran syurga..

Jumpa di pinggiran syurga..
Jumpa di pinggiran syurga..

Song by: Wan Imar & KRU Studios Sdn Bhd

https://www.youtube.com/watch?v=idlcX2vkm84




Sunday, 14 January 2018

Complexity of Guilt and Conscience II

Aku tak tipu.. jujur.. tajuk entry ini sebenarnya dari awal tahun lepas aku tulis.. tapi post tak berjaya dipublish sebab tak habis-habis add-on, edit, delete, re-write.. Panjang sangat.. sebab tu aku copy-cut-paste sambungan ke entry ini..

14-15 December 2016.. "You are behaving negatively again. Tak faham attitude awak ni.. Contact me.. Minta call saya.."- Mesej diterima daripada Prof.. kecelaruan dalam diri makin berakar umbi.. makin mencengkam dada.. Banyak tugasan dan tanggungjawab yang diamanahkan tidak dapat diselesaikan..

Tahun 2017.. Banyak kali abah menelefon bertanya adakah aku akan balik ke rumah.. Kalau bukan abah.. adik-adik telefon memberitahu abah bertanyakan tentang diriku.. sebab itulah.. Aku kerap pulang ke rumah.. aku memilih untuk berada di rumah.. aku tak nak menjadikan abah sebagai satu alasan.. tapi memang waktu ini.. kesihatan abah makin merunsingkan.. berat abah turun mendadak.. badan abah seolah-olah tinggal tulang..

Tapi sebaliknya pula.. dari sisi yang lain.. perasaan aku bergelodak dengan rasa bersalah yang teramat sebagai anak murid Prof.. Prof Ishak juga diuji dengan ujian kesakitan.. Prof Hasnah dengan kaki berbalut simen.. dalam cuti sakit kedua-duanya tetap datang ke pejabat meneruskan amanah dan tanggungjawab mereka.. Sungguh aku sayang kedua-duanya.. guru itu ibarat ibu dan ayah.. Tapi aku berasa sungguh kurang ajar dan tak beradab..

"Call me. Contact me. Where are you? Are you okay? Please respond....." dan macam-macam lagi pesanan di terima.. tak terkira missed called yang ada.. bukan saja daripada Prof berdua malah dari mereka-mereka yang aku sangat hargai keprihatinan itu.. Tapi entah kenapa.. Tahap complexity dalam diri makin menjadi-jadi.. yang aku tak dapat nak huraikan.. nak terangkan.. Rasa bersalah membuak-buak.. Aku tahu bahawa aku ada tugas yang perlu diselesaikan, tapi aku tak mampu berlawan dengan tekanan..

Complexity dalam diri di tahap merbahaya aku rasa.. Aku tahu aku salah.. Aku sedar aku mengambil langkah orang yang bodoh sombong. Entah.. macam-macam alasan yang boleh aku ciptakan dan bohongkan.. tapi mujur Allah masih beri kesedaran.. that conscience yang mana "KAU BOLEH CIPTA ALASAN APA JUA KAU SUKA TAPI JANGAN PENIPUAN.." (Bohonglah kalau aku kata aku sentiasa berkata benar dan jujur sepanjang 30 tahun hidup kat atas dunia ni)..

Dan untuk mengelakkan dari itulah.. Waktu itu aku sangat-sangat bersyukur dengan keadaan telefonku yang pecah, rosak, dan tidak dapat berfungsi dengan baik (masih belum berganti sim sehingga hari ini). Bil telefon juga kadang-kadang aku tidak jelaskan dan talian dipotong. Aku memilih untuk berdiam, senyap, mengasingkan diri, beku dengan tidak memberi respon pada semua yang menghubungi aku dalam tempoh aku tidak mampu berada dalam keadaan yang rasional tersebut.. Aku memujuk diri dengan mengatakan itulah antara alasan terbaik yang boleh aku berikan.

Aku berperang dengan segala perasaan.. Kehilangan abah makin dekat dirasakan.. Sebulan.. bulan 4, abah langsung tak dapat bangun.. Kami terpaksa memapah abah ke bilik air.. Abah solat duduk.. dan ada ketika abah menjama'kan solatnya kerana abah pening dan langsung tidak dapat membuka matanya. Bulan puasa, banyak hari abah tak dapat laksanakan kewajipannya.. Raya menjelma.. Sikap pelik abah makin ketara.. Antara yang paling tidak mungkin kulupa.. abah bertanyakan anak-anak muridnya yang datang berziarah tentang status kehidupan mereka samada sudah berpunya..

Abah yang dulunya tegas menyuruh aku memilih antara menyambung pengajian atau perkahwinan.. Abah yang selama bertahun-tahun lamanya sakit, meyuruh aku menghabiskan pengajian dahulu setiap kali kami sekeluarga berbicara soal calon, jodoh dan perkahwinan.. Tapi raya itu, abah bertanya soalan yang sedemikian.. ya aku malu.. tapi aku tak dapat tipu diri sendiri betapa ketakutan akan sebuah kehilangan itu benar-benar makin dekat dirasa.. Abah seolah-olah tahu dia akan pergi meninggalkan aku dan keluarga selama-lamanya.. dan kerana itulah cuba menjodohkan aku dengan anak muridnya.. (Tak apa abah.. damailah abah di sana.. tak mungkin akan ada galang gantinya..)

Di rumah.. berada dekat dengan abah, bagiku adalah pilihan terbaik sebagai seorang anak.. Aku langsung tak menyesal.. lega sebab setiap kali berada di rumah.. abah menggambarkan kegembiraannya.. Julai dan minggu-minggu akhir abah.. Abah menyatakan dia berpuas hati dengan layanan aku, adik beradik sepanjang sakitnya.. moga abah benar-benar redha pada diriku.. melihat tahap diri ketika ini, aku langsung tidak layak ke syurga-Mu.. Tapi sekurang-kurangya.. redha abah menjadi salah satu teket penghalang aku dari terus dihumbankan ke neraka-Mu.. Ya Allah.. Astaghfirullah.. Nauzubillahi min zalik..

Dalam masa yang sama.. rasa bersalah kerana tidak menyiapkan tugasan dan menunaikan janji-janjiku pada Prof berganda-ganda.. Perjalanan PhD ku tergendala. ini tidaklah memberi impak negatif yang besar pada diri.. kerana ini lebih personal.. Tapi apabila memikirkan tugas-tugas yang melibatkan Prof dengan pihak yang lain tidak mampu diselesaikan.. hal ini makin menyesakkan fikiran.. Rasa bersalah kerana disebabkan aku.. Prof dalam kesusahan. Orang lain pun turut sama disusahkan..

Ya.. Aku bukanlah orang yang baik jika bukan Allah melindungi aib-aibku.. Tapi mungkin mereka-mereka yang pernah mengenali aku akan menceritakan satu sikapku yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.. iaitu aku yang suka membantu dan menolong orang walaupun dalam keadaan aku sepatutnya lebih memerlukan pertolongan.. Pertolongan yang aku berikan sebaik mungkin aku laksanakan.. Selagi boleh aku buat, akan aku buat..

Tapi tahun lepas adalah tahun penuh kesulitan dan kesukaran.. jujur aku cakap.. kalau aku berada dirumah.. seberat mana pun beg, buku, fail kerja yang aku bawak balik.. sebagaimana itulah asal tempat duduknya sehingga ke saat aku melangkah balik semula ke UMP, disitulah keberadaannya. Laptop? Ya, sekali-sekala dibuka.. bukan aku yang membuat kerja tapi adik bongsuku bermain game.. Jarang teramat jarang aku dapat menyiapkan kerja tertangguh sekiranya berada di rumah..

Bukan tidak sedar ada amanah yang digalas, tapi lemah.. lemas.. seriously.. aku tak mampu melawan nafsu jahat dalam diri di batu api kan pula dengan bisikan assyaitanirrajim.. That little conscience yang ada dalam diri.. that feeling of guilty.. terlalu kompleks untuk diceritakan di sini.. Moga entry yang panjang berkarang dalam sambungan seterusnya menyaksikan noktah akhir bahawa inilah yang berlaku sepanjang tahun lepas.. Aku tak akan, tak mungkin, tak nak ulangi lagi di masa-masa hadapan.

Sekali lagi.. cut and paste to "Complexity of Guilt and Conscience Part III"..

Complexity of Guilt and Conscience

Bismillahhirahmanirrahim.. Alhamdulillah.. 

It has been half month of January. I'm still given another chance by Allah The Most Gracious and The Most Merciful.. to breathe the air in this worldly life.. of which I consciously know that Allah is giving another chance for me to lead the rightful path of life. 😔 

Amaran.. 
Entry ini adalah sangat personal dan panjang..! 
Sebagai pedoman aku di masa hadapan.

Entry kali ini aku memilih untuk berbahasa ibunda sebagai keutamaan kerana aku rasa sedikit susah untuk memilih kata-kata yang sesuai dalam English dan terpaksa spend masa yang lama untuk tulis sentences.. Entry ini terkandung kata-kata emosi, kasar dan penuh negativiti.. Dengan harapan, inilah entry terakhir aku menjadi orang yang sedemikian.. kata kawanku.. the Ai Chia.. Tempoh ini adalah tempoh paling WORST aku.. dan ya.. aku mengaku.. 😭😭😭

hurm.. jujur aku cakap.. sebenarnya body text bertajuk "Complexity of Guilt and Conscience" ini telah banyak kali aku tulis, padam, edit, save as draft dari akhir tahun 2016 sampailah ke hari ini belum dapat publish. Aku harap berjayalah aku post entry ini kali ini.. entry pertama di tahun baru ini dengan harapan semoga Resolusi 2018 aku berjaya dicapai dan terlaksana sempurna.. 

Hey diri.! Konon menulis resolusi diri.. kalau engkau masih begini.. tak kan pernah mungkin terjadi.. 

RESOLUSI TINGGAL MIMPI.. RESOLUSI SEKADAR ILUSI..

"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri.." Ar Rad 11.. 

Aku.. Tahun ini.. dah berusia 30 tahun. 30 tahun bukan lagi generasi belia bak kata YBKJ.. 30 tahun sudah sepatutnya berusia dewasa, yang matang tindak tanduk fikirannya... yang bertanggungjawab terhadap setiap consequence keputusannya... Tapi aku.... hari ini.. saat menulis entry ini.. Aku masih bengong... masih bengong seriously.. Entah yang kesekian kalinya.. aku buat perangai bengong sebegini.. sudah-sudahlah tu Nazmy! Makin tahun makin teruk perangai.. berubahlah!

Dulu masa tahun akhir undergrad di USMKKj 2011, aku berbuat salah pada Dr Norlia dengan ponteng kelas Dr. Aku pun tak tahulah kenapa aku buat perangai macam tu.. Cuma bila sekali Dr tanya pasal aku dekat kawan (masa tu aku tak pakai lagi smartfon atau fon canggih-canggih.. cuma pakai telefon 3310 je).. Aku terus jumpa Dr personally dan mintak maaf (moga Dr dah maafkan dan halalkan).. aku ingat sem akhir nilah zaman gelap, zaman jatuh aku.. rupanya tak.. sekarang makin dahsyat dan menjadi-jadi.. Then.. Dr supervised FYP aku sampai boleh siapkan... Alhamdulillah.. berjaya tamatkan degree.. yang pada waktu itu, yang kukira dah hampir nyawa-nyawa ikan.. sumpah.. Kechik, Nisah, Pika, Koi.. aku rasa mereka inilah yang paling layak menjadi saksi betapa besarnya kemungkinan aku untuk extend study masa tu..

Tahun 2011.. aku balik rumah lepas exam final.. dikejutkan dengan keadaan belakang telinga abah dioperate.. Ya Allah.. tak tahu apa gambaran perasaan masa tu.. kata mereka... tak nak bagitahu aku yang tengah exam.. abah pun sihat macam biasa.. dalam hati, tak tahu betapa banyak aku sumpahseranahkan adik-adik aku sebab tak bagitahu. siyes. Alhamdulillah lepas itu.. abah sihat  tubuh badan walaupun telinga abah sentiasa berdarah dan masih sakit.. Kanser stage 1... In shaa Allah boleh ikhtiar penyembuhannya kata abah.. (dalam entry yang akan datanglah mungkin baru aku ceritakan pelbagai cara, pelbagai ikhtiar, pelbagai jalan yang telah abah ikhtiarkan)..

Berbalik kepada kisah complexity dalam diri.. Mungkin dari sinilah bermulanya fasa denial dalam hidup aku... Aku anak sulung dalam keluarga.. Redha ma dan abah sangat didamba.. aku perlu set satu benchmark untuk adik-adik kata abah.. abah nak aku teruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD (Ya.. memang inilah jugak impian aku dari zaman sekolah lagi..) dan itulah cantiknya aturan Allah..

September 2013, berdaftar di GSB USM sebagai pelajar MBA-IB.. sem pertama dan aku telah mohon cuti satu bulan kerana ingin berada di rumah menemani adik-adikku.. Ma dan abah dapat ke Mekah menunaikan haji masa ni.. A year after.. September 2014.. sedikit demi sedikit, complexity dalam diri bertambah hari demi hari.. ketika ini berada jauh dari rumah memenuhi MBA IB qualification iaitu student exchange program di Universitas Gadjah Mada, Indonesia.. dikhabarkan berita ma masuk wad dan abah akan hadir sesi kimoterapi kali pertama pada 13 Oct 2014.. aku tahu keadaan makin serius.. konflik dalam diri makin kritikal.. aku balik ke Malaysia menemani abah, ma dan keluarga untuk sesi kimo abah.. sesi-sesi seterusnya aku tidak mampu menghadirkan diri..

Fahamkah kalian perasaan seorang anak.. yang sangat-sangat mengharapkan untuk sentiasa berada di sisi kedua-dua ma dan abah.. rasa bersalah.. rasa berdosa.. rasa sia-sia... rasa anak yang derhaka sebab saat aku sakit elergik ruam gatal2.. tengah malam buta pun abah dan ma bangun sapu ubat (walaupun umur dah lebih 25 tahun masa tu).. ya.. aku menulis sekarang dengan rasa sebak dan sedih sebab abah dah takde dan aku rasa aku tak da buat apa-apa sangat untuk arwah abah masa abah tanggung sakitnya...

Tahun 2015.. aku dah berada di Malaysia untuk semester akhir.. Masa ini buat project management under Dr Rajendran.. Dr Rajen pun baik sangat-sangat.. Tapi.. aku buat perangai. Aku tak datang jumpa Dr untuk present progress.. masa tu, walaupun aku tak datang jumpa Dr Rajen, disebabkan that little conscience yang aku ada.. aku siapkan kerja sebaik mungkin dan aku update pada Dr melalui emel.. sampai akhirnya aku dapat A untuk project management dan membolehkan aku berijazah dengan anugerah dekan buat pertama kalinya sepanjang bergelar pelajar.. Alhamdulillah.. Terima kasih Dr..

Dan masa MBA inilah aku mengenali Prof Hasnah dan Prof Ishak.. yang aku tak dapat nak describe betapa bertuahnya Allah aturkan pertemuan aku dengan Prof berdua yang sangat-sangat-sangat baik, lemah-lembut, rendah diri.. Dua-dua mereka bergelar Dato' namun tak pernah aku setiap kali bersama mereka sewaktu makan atau dimana-mana membahasakan diri mereka Dato'. Kalau di restoran atau kedai makan.. Hanya kata ganti diri Makcik, Pakcik dan Nak yang digunakan ketika memanggil staf atau pekerja untuk memesan makanan... Tamat pengajian di USM.. aku meminta Prof menulis sedikit kenang-kenangan di buku tesis ku.. Janjiku pada Prof untuk sambung PhD bersamanya..


Aku ada tempoh masa dua bulan berada di rumah.. Aku bukan nak menidakkan takdir.. jauh sekali menyalahkan ketentuan yang Allah dah tetapkan. Aku terima qada' dan qadar-Nya.. Tapi mungkin masa tu aku tak tahu macam mana nak tenteramkan hati.. Sejak sesi kimo abah yang ke-4.. side effectnya dah mula menampakkan kesan.. rupa fizikal abah makin berubah.. aku jadi takut.. aku nak berada di rumah sahaja untuk bersama-sama ma dan abah.. Telefon aku pula bermasalah seolah-olah mengiakan keputusan yang aku buat. Mungkin belum masanya untuk aku sambung PhD.. Tapi Allah sebaik-baik Perancang.

Prof cuba hubungi aku.. K.wati pun cuba hubungi aku.. dan akhirnya aku dimaklumkan Prof bahawa beliau meneruskan khidmat di UMP.. kurang 3 jam perjalanan dari rumahku. Terima kasih Ya Allah.. Engkau permudahkan semuanya. Ma dan abah pun sangat-sangat gembira. Dengan bantuan Prof, aku apply dan diterima sebagai pelajar PhD.. kata Abah, Prof berdua orang-orang baik. Tuntutlah ilmu dan belajarlah dari mereka..

Sebulan dua berstatus baru, aku dikhabarkan berita oleh abah bahawa sebenarnya kanser abah dah berada di stage ke-4.. Lagi.. lagi dan lagi.. perasaan takut itu berganda.. perasaan yang bercampur-aduk bertambah kompleks. Dilema seorang anak ma dan abah yang ingin sentiasa berada dekat dengan keluarganya.. ditambah dilema seorang anak murid yang perlu beradab dan belajar dengan gurunya.. Aku cuba menjadi orang yang terbaik bagi kedua-duanya... Jika di rate kan, mungkin 2015/2016 adalah tempoh paling produktif, paling efektif dan paling efisien aku sepanjang hidup 30 tahun.

Akhir tahun 2016.. Keadaan bingung dan bengong aku makin menyesakkan fikiran.. dan 2017 adalah bagiku tahun penuh kesulitan.. konflik.. dan kesedihan.. (untuk tempoh setahun yang lepas dan sehingga ke hari ini.. aku masih belum betul-betul memposisikan diriku di track yang sepatutnya..) Banyak sangat-sangat berbuat salah dan silap kepada Prof berdua.. Maaf Prof.. benar-benar mohon maafkan diri ini.. Halalkan dan redhakan segala perkongsian ilmu yang lepas, kini dan akan datang..

Panjang sangat.. terpaksa cut and paste ke next entry..

"Complexity of Guilt and Conscience Part II"..

Sunday, 30 July 2017

Kind Words Echo

Bismillahirrahmanirrahim..

Finding the mood to continue writing.. But really can't tune in my brain to that so called technical write up, so me trying to write up the new post for My World of Wisdom.. hurm.. what should I write.. Can't figure out the right title or theme yet.. Let's me just write and see what shall I share for MyWow..

Last few days ago, 26 and 27 of July, I had attended the Postgraduate Research Colloquium organized by our faculty.. Faculty of Industrial  Management (FIM).. On day one, the guest speaker, Dr Teo Bee Yap had given a very inspiring talk.. Dr Teo is the Executive Director of Skynet.. He already obtained a PhD and currently is undertaking another doctoral study for Islamic Finance.. He shared his life journey of persevering education to become who he is now.. Too many inspiring words that he shared and among some words of wisdom are:

"Education is life-long journey. It is always part of our life. 
Enhance your value by continuous learning. 
Set the long term goals (3-5 years), set milestones, review the goals weekly. 
Keep challenging yourself..! Don't stay in your comfort zone.
Always feel that you have not achieve something. 
Be "unhappy" with your current achievement. 
Thus, it will force you to keep on learning..
Be expert in area of interest.
Be ready for the opportunity. Keep on doing "research".
The only thing that enable us to achieve everything in our life is:
be willing to change..! and one of the most crucial thing is
know yourself..! Know your own strengths and weaknesses.."

Thank you so much Dr Teo for these words of wisdom.. actually there were many other sessions during the colloquium, but too many to include it here. So maybe in another entry.. For this post, I would like to highlight the theme of "Know Yourself"..


How to know our own self? There are various ways to get to know our self better.. One of the way is to carry out psychology tests.. There are lot of free tests and paid tests that we can take.. It gives us the marks and percentage of which group we are in or what personality type we are, so on and so forth..  Another way is to meet the counselor or psychologist themselves. These professionals study and are being trained specifically to handle "human being". Thus, having an appointment with them will give us direct consultation on who we are and how can we change our self for becoming better..

As for me, I used to have my own style of asking people around me about who am I and what kind of person I am to them.. Since my younger age, I used to keep a "biodata" book which friends and relatives wrote inside it (I still keep them till now).. during my secondary school, as a school prefect, we used to conduct activities and so on. This was the first time ever, when I requested my friends or juniors to write a personal evaluation about me anonymously.. Since then, I used to do it and keep on reviewing the comments.. Some parts I had changed a lot, but some parts are still the common comments I received. Especially on being introvert, timid, shy and nervous person.. Among others are being "stone-heart", strict, fierce, arrogant and so on.. 

The latest comments I received are from this early year when I requested my PGA family and some of new friends at UMP to give their feedback and evaluation about myself. There are few comments that really make my days.. and I keep on reading them occasionally to boost up my self-esteem.. These comments are: 

"For my opinion, you have a very good spirit and your attitude reflects your wonderful personality, and same goes to your skills and capabilities. Honestly, I impressed with your ability to manage all PGA without any conflict with any person among PGA.."

"Perfect, adorable, always a smiley face makes you beautiful. To be honest everything is complete, specially your smile.."

"You are calm and you always smile. You are also cautious and thoughtful.."

"Good in manner, great personality, awesome to be friend with. You are the best in the way you are, keep being yourself.."

😍😍😍 I truly thank you so much Mr@Ms Anonymous for these kind words.. ya.. there are few others more, but these comments are among the most nicest comments I received. Because, it really against what I used to be.. I am totally imperfect and I always pray that I will really become a calm person instead of having nervous breakdown.. Even at the moment, I really have hard time to manage good relationship with others.. 

but really.. kind words echo.. It really makes my day when I feel a little bit stumbled in my journey.. (as of right now..).. Nevertheless, I wish that every people I had encountered with, will encounter and currently engaged with have a slightly positive thought about myself (even just a word). This is because my father always said that if 40 people who are really close to us, keep on saying that we are good and kind people, then, yes, it is a prayer that we are really belong to a group of good and kind people and that we will be one of them.. aminn ya rabbal alamin..

It is almost 3 am.. have to finish my entry write up.. My "lonjakan strategik" report is waiting.. huhuhu.. Just in case, you are reading my personal sharing in My World of Wisdom.. herewith I enclosed the link for you to give your personal evaluation about myself. Feel free to write anything you want coz it really is anonymous.. For your honesty and fair evaluation, I am genuinely thank you so much from the bottom of my heart.. 

👉👉👉"Nazmy's Personal Evaluation"👈👈👈

Saturday, 8 March 2014

A true story #sejarahberulang#


Masih ingat lagi waktu itu..
Kecoh..
Sedih.. Benci.. Menyampah..
Semua ada.. Bercampur-baur..
Padahal umurku baru setahun jagung..
Ya.. waktu itu diriku hanyalah murid darjah empat..
Di sebuah sekolah kebangsaan..

Tahun 1998..
Enam belas tahun telah ditinggalkan..
Waktu itu..
Diriku baru bertatih mengenal apakah itu sains..?
Baru merangkak mencipta kenangan demi kenangan..
Namun.. ada sesuatu..
Yang paling tidak dapat dilupakan..
Sesuatu yang pahit dan amat memualkan..
Membentuk transformasi minda..
Oleh satu perkataan.. "Politik"

#Seriously..this is a true story..#

Sejak itu tertanam satu persepsi..
Yang mana sehingga kini masih menghantui..
Dan semalam..
Sejarah yang sama telah berulang..

Benarlah..
Selagi mana manusia bercita-cita dunia menguasai..
Perkara yang sama dan hampir serupa..
Pasti akan berlaku dan terus berlaku lagi..
Mahkamah dunia sekadar menghukum..
Berhujahkan nafsu dan kecetekan akal..

Teruslah menzalimi kami dan diri kalian sendiri..
Moga terbit lagi warkah dari penjara..
Cetakan emas dan permata berharga..
Untuk tatapan anak-anak warisan..
Sesungguhnya dunia ini hanya sementara..
Janji Allah pastikan tiba jua..

Waktu itu..
Sejarah pasti berulang...
Zaman kegemilangan Islam..
Zaman khilafah memegang tampuk pemerintahan..
Zaman hukum Allah dijadikan paksi kebenaran..
Zaman Al Quran dan As Sunnah sebagai dasar kerajaan..

In Shaa Allah..
Andai saat itu tiba..
Engkau teruskan perjuangan itu wahai bakal anak-anakku..
Mungkin ibumu ni telah tiada..
Waktu itu..
Doakan moga kita berkumpul di satu daerah yang sama..
Di negeri Akhirat yang kekal abadi..
Di bawah panji kebesaran Islam..
Di belakang Imam kami.. Nabi Muhammad Saw..

Nastaghfirullahal'azim..
Diri kami banyak kekhilafan dan kesilapan..
Terlampau hina dan kekurangan..
Ampuni dosa-dosa kami ya Allah..
Tempatkan kami dan ibu bapa kami
Serta mereka yang beriman di jalan-Mu..
Bersama-sama golongan yang diredhai dan dicintai oleh-Mu dan kekasih-Mu..

Amin ya Rabbal Alamin..

Nazmy Zaki 08032014


Am I saying something wrong? 
*sigh* 
Just sharing my thought of my beloved country.. It's sickening..

PRAY FOR MH370
Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia..
Everthing happens for a reason

Sunday, 2 March 2014

Best Salaried Job in Malaysia?

Alhamdulillah.. Subhanallah.. Allahuakhbar..

Had just finished reading an article from Yahoo News Malaysia.. Guess what..?

 

Sunday, 3 November 2013

Who Moved My Cheese?

Life is like a maze.. Only Him up above knows the best path lead to the right exit..
#Show me the way.. Ya Allah..#

Just finished reading Who Moved My Cheese book by Dr Spencer Johnson.. Love it..! Need to buy one book for my collection..  

 

Dr Spencer is brilliant in making the real life story into something so simple that we can relate in all circumstances we are facing in our daily lives.. The book is the story of four characters.. Sniff and Scurry, both are rats.. hurm.. mouses.. not sure what are they supposed to be called.. in other word tikus.. and other two characters are Hem and Haw, two little dwarf.. erk.. orang kerdil.. (haha that's why I need to find the English version.. huhuhu).. 

These Sniff, Scurry, Haw and Hem are living in the maze and they have to find the cheese to keep on living..

All four characters are actually combination of parts in ourselves - simple and complex parts.. Sometimes we act like Sniff who can smells the changes that is happening around us.. Or maybe we act like Scurry which is very fast in action.. Perhaps, most of the time we are in Hem character who denies and rejects any new changes because we afraid the changes may lead to something worst.. Last but not least, we can be  like Haw who can learn and adapt to changes that happen which can bring us to better state..

All action happens because of this - whether we are afraid or not..  


Everyone cannot foresee their future.. Even though you are a fortune teller, you are not the person who can simply control your fate.. For muslim, we believe in Qada' and Qadar.. 

However, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri.. (huhu cannot spend more time to translate this.. to be edited later).. That's why, we are in the state of choosing our path.. We are the one who decide which corner we want to turn, which road we want to travel, what transportation and what kind of provision we have to use and prepare.. The most important thing is we are the one who must decide our target destination..

Along the way, whenever and whatever option we decide and choose..  


#not enough time.. need to shut down for now.. going back home.. to be continued edited#



WORLD OF WISDOM : NAZMY ZAKI COPYRIGHT