Bismillahhirahmanirrahim.. Alhamdulillah..
It has been half month of January. I'm still given another chance by Allah The Most Gracious and The Most Merciful.. to breathe the air in this worldly life.. of which I consciously know that Allah is giving another chance for me to lead the rightful path of life. 😔
Amaran..
Entry ini adalah sangat personal dan panjang..!
Sebagai pedoman aku di masa hadapan.
Entry kali ini aku memilih untuk berbahasa ibunda sebagai keutamaan kerana aku rasa sedikit susah untuk memilih kata-kata yang sesuai dalam English dan terpaksa spend masa yang lama untuk tulis sentences.. Entry ini terkandung kata-kata emosi, kasar dan penuh negativiti.. Dengan harapan, inilah entry terakhir aku menjadi orang yang sedemikian.. kata kawanku.. the Ai Chia.. Tempoh ini adalah tempoh paling WORST aku.. dan ya.. aku mengaku.. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
hurm.. jujur aku cakap.. sebenarnya body text bertajuk "Complexity of Guilt and Conscience" ini telah banyak kali aku tulis, padam, edit, save as draft dari akhir tahun 2016 sampailah ke hari ini belum dapat publish. Aku harap berjayalah aku post entry ini kali ini.. entry pertama di tahun baru ini dengan harapan semoga Resolusi 2018 aku berjaya dicapai dan terlaksana sempurna..
Hey diri.! Konon menulis resolusi diri.. kalau engkau masih begini.. tak kan pernah mungkin terjadi..
RESOLUSI TINGGAL MIMPI.. RESOLUSI SEKADAR ILUSI..
"Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri.." Ar Rad 11..

Aku.. Tahun ini.. dah berusia 30 tahun. 30 tahun bukan lagi generasi belia bak kata YBKJ.. 30 tahun sudah sepatutnya berusia dewasa, yang matang tindak tanduk fikirannya... yang bertanggungjawab terhadap setiap consequence keputusannya... Tapi aku.... hari ini.. saat menulis entry ini.. Aku masih bengong... masih bengong seriously.. Entah yang kesekian kalinya.. aku buat perangai bengong sebegini.. sudah-sudahlah tu Nazmy! Makin tahun makin teruk perangai.. berubahlah!
Dulu masa tahun akhir undergrad di USMKKj 2011, aku berbuat salah pada Dr Norlia dengan ponteng kelas Dr. Aku pun tak tahulah kenapa aku buat perangai macam tu.. Cuma bila sekali Dr tanya pasal aku dekat kawan (masa tu aku tak pakai lagi smartfon atau fon canggih-canggih.. cuma pakai telefon 3310 je).. Aku terus jumpa Dr personally dan mintak maaf (moga Dr dah maafkan dan halalkan).. aku ingat sem akhir nilah zaman gelap, zaman jatuh aku.. rupanya tak.. sekarang makin dahsyat dan menjadi-jadi.. Then.. Dr supervised FYP aku sampai boleh siapkan... Alhamdulillah.. berjaya tamatkan degree.. yang pada waktu itu, yang kukira dah hampir nyawa-nyawa ikan.. sumpah.. Kechik, Nisah, Pika, Koi.. aku rasa mereka inilah yang paling layak menjadi saksi betapa besarnya kemungkinan aku untuk extend study masa tu..
Tahun 2011.. aku balik rumah lepas exam final.. dikejutkan dengan keadaan belakang telinga abah dioperate.. Ya Allah.. tak tahu apa gambaran perasaan masa tu.. kata mereka... tak nak bagitahu aku yang tengah exam.. abah pun sihat macam biasa.. dalam hati, tak tahu betapa banyak akusumpahseranahkan adik-adik aku sebab tak bagitahu. siyes. Alhamdulillah lepas itu.. abah sihat tubuh badan walaupun telinga abah sentiasa berdarah dan masih sakit.. Kanser stage 1... In shaa Allah boleh ikhtiar penyembuhannya kata abah.. (dalam entry yang akan datanglah mungkin baru aku ceritakan pelbagai cara, pelbagai ikhtiar, pelbagai jalan yang telah abah ikhtiarkan)..
Berbalik kepada kisah complexity dalam diri.. Mungkin dari sinilah bermulanya fasa denial dalam hidup aku... Aku anak sulung dalam keluarga.. Redha ma dan abah sangat didamba.. aku perlu set satu benchmark untuk adik-adik kata abah.. abah nak aku teruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD (Ya.. memang inilah jugak impian aku dari zaman sekolah lagi..) dan itulah cantiknya aturan Allah..
September 2013, berdaftar di GSB USM sebagai pelajar MBA-IB.. sem pertama dan aku telah mohon cuti satu bulan kerana ingin berada di rumah menemani adik-adikku.. Ma dan abah dapat ke Mekah menunaikan haji masa ni.. A year after.. September 2014.. sedikit demi sedikit, complexity dalam diri bertambah hari demi hari.. ketika ini berada jauh dari rumah memenuhi MBA IB qualification iaitu student exchange program di Universitas Gadjah Mada, Indonesia.. dikhabarkan berita ma masuk wad dan abah akan hadir sesi kimoterapi kali pertama pada 13 Oct 2014.. aku tahu keadaan makin serius.. konflik dalam diri makin kritikal.. aku balik ke Malaysia menemani abah, ma dan keluarga untuk sesi kimo abah.. sesi-sesi seterusnya aku tidak mampu menghadirkan diri..
Fahamkah kalian perasaan seorang anak.. yang sangat-sangat mengharapkan untuk sentiasa berada di sisi kedua-dua ma dan abah.. rasa bersalah.. rasa berdosa.. rasa sia-sia... rasa anak yang derhaka sebab saat aku sakit elergik ruam gatal2.. tengah malam buta pun abah dan ma bangun sapu ubat (walaupun umur dah lebih 25 tahun masa tu).. ya.. aku menulis sekarang dengan rasa sebak dan sedih sebab abah dah takde dan aku rasa aku tak da buat apa-apa sangat untuk arwah abah masa abah tanggung sakitnya...
Tahun 2015.. aku dah berada di Malaysia untuk semester akhir.. Masa ini buat project management under Dr Rajendran.. Dr Rajen pun baik sangat-sangat.. Tapi.. aku buat perangai. Aku tak datang jumpa Dr untuk present progress.. masa tu, walaupun aku tak datang jumpa Dr Rajen, disebabkan that little conscience yang aku ada.. aku siapkan kerja sebaik mungkin dan aku update pada Dr melalui emel.. sampai akhirnya aku dapat A untuk project management dan membolehkan aku berijazah dengan anugerah dekan buat pertama kalinya sepanjang bergelar pelajar.. Alhamdulillah.. Terima kasih Dr..
Dan masa MBA inilah aku mengenali Prof Hasnah dan Prof Ishak.. yang aku tak dapat nak describe betapa bertuahnya Allah aturkan pertemuan aku dengan Prof berdua yang sangat-sangat-sangat baik, lemah-lembut, rendah diri.. Dua-dua mereka bergelar Dato' namun tak pernah aku setiap kali bersama mereka sewaktu makan atau dimana-mana membahasakan diri mereka Dato'. Kalau di restoran atau kedai makan.. Hanya kata ganti diri Makcik, Pakcik dan Nak yang digunakan ketika memanggil staf atau pekerja untuk memesan makanan... Tamat pengajian di USM.. aku meminta Prof menulis sedikit kenang-kenangan di buku tesis ku.. Janjiku pada Prof untuk sambung PhD bersamanya..
Aku ada tempoh masa dua bulan berada di rumah.. Aku bukan nak menidakkan takdir.. jauh sekali menyalahkan ketentuan yang Allah dah tetapkan. Aku terima qada' dan qadar-Nya.. Tapi mungkin masa tu aku tak tahu macam mana nak tenteramkan hati.. Sejak sesi kimo abah yang ke-4.. side effectnya dah mula menampakkan kesan.. rupa fizikal abah makin berubah.. aku jadi takut.. aku nak berada di rumah sahaja untuk bersama-sama ma dan abah.. Telefon aku pula bermasalah seolah-olah mengiakan keputusan yang aku buat. Mungkin belum masanya untuk aku sambung PhD.. Tapi Allah sebaik-baik Perancang.
Prof cuba hubungi aku.. K.wati pun cuba hubungi aku.. dan akhirnya aku dimaklumkan Prof bahawa beliau meneruskan khidmat di UMP.. kurang 3 jam perjalanan dari rumahku. Terima kasih Ya Allah.. Engkau permudahkan semuanya. Ma dan abah pun sangat-sangat gembira. Dengan bantuan Prof, aku apply dan diterima sebagai pelajar PhD.. kata Abah, Prof berdua orang-orang baik. Tuntutlah ilmu dan belajarlah dari mereka..
Sebulan dua berstatus baru, aku dikhabarkan berita oleh abah bahawa sebenarnya kanser abah dah berada di stage ke-4.. Lagi.. lagi dan lagi.. perasaan takut itu berganda.. perasaan yang bercampur-aduk bertambah kompleks. Dilema seorang anak ma dan abah yang ingin sentiasa berada dekat dengan keluarganya.. ditambah dilema seorang anak murid yang perlu beradab dan belajar dengan gurunya.. Aku cuba menjadi orang yang terbaik bagi kedua-duanya... Jika di rate kan, mungkin 2015/2016 adalah tempoh paling produktif, paling efektif dan paling efisien aku sepanjang hidup 30 tahun.
Akhir tahun 2016.. Keadaanbingung dan bengong aku makin menyesakkan fikiran.. dan 2017 adalah bagiku tahun penuh kesulitan.. konflik.. dan kesedihan.. (untuk tempoh setahun yang lepas dan sehingga ke hari ini.. aku masih belum betul-betul memposisikan diriku di track yang sepatutnya..) Banyak sangat-sangat berbuat salah dan silap kepada Prof berdua.. Maaf Prof.. benar-benar mohon maafkan diri ini.. Halalkan dan redhakan segala perkongsian ilmu yang lepas, kini dan akan datang..
Panjang sangat.. terpaksa cut and paste ke next entry..
"Complexity of Guilt and Conscience Part II"..
Tahun 2011.. aku balik rumah lepas exam final.. dikejutkan dengan keadaan belakang telinga abah dioperate.. Ya Allah.. tak tahu apa gambaran perasaan masa tu.. kata mereka... tak nak bagitahu aku yang tengah exam.. abah pun sihat macam biasa.. dalam hati, tak tahu betapa banyak aku
Berbalik kepada kisah complexity dalam diri.. Mungkin dari sinilah bermulanya fasa denial dalam hidup aku... Aku anak sulung dalam keluarga.. Redha ma dan abah sangat didamba.. aku perlu set satu benchmark untuk adik-adik kata abah.. abah nak aku teruskan pengajian sehingga ke peringkat PhD (Ya.. memang inilah jugak impian aku dari zaman sekolah lagi..) dan itulah cantiknya aturan Allah..
September 2013, berdaftar di GSB USM sebagai pelajar MBA-IB.. sem pertama dan aku telah mohon cuti satu bulan kerana ingin berada di rumah menemani adik-adikku.. Ma dan abah dapat ke Mekah menunaikan haji masa ni.. A year after.. September 2014.. sedikit demi sedikit, complexity dalam diri bertambah hari demi hari.. ketika ini berada jauh dari rumah memenuhi MBA IB qualification iaitu student exchange program di Universitas Gadjah Mada, Indonesia.. dikhabarkan berita ma masuk wad dan abah akan hadir sesi kimoterapi kali pertama pada 13 Oct 2014.. aku tahu keadaan makin serius.. konflik dalam diri makin kritikal.. aku balik ke Malaysia menemani abah, ma dan keluarga untuk sesi kimo abah.. sesi-sesi seterusnya aku tidak mampu menghadirkan diri..
Fahamkah kalian perasaan seorang anak.. yang sangat-sangat mengharapkan untuk sentiasa berada di sisi kedua-dua ma dan abah.. rasa bersalah.. rasa berdosa.. rasa sia-sia... rasa anak yang derhaka sebab saat aku sakit elergik ruam gatal2.. tengah malam buta pun abah dan ma bangun sapu ubat (walaupun umur dah lebih 25 tahun masa tu).. ya.. aku menulis sekarang dengan rasa sebak dan sedih sebab abah dah takde dan aku rasa aku tak da buat apa-apa sangat untuk arwah abah masa abah tanggung sakitnya...
Tahun 2015.. aku dah berada di Malaysia untuk semester akhir.. Masa ini buat project management under Dr Rajendran.. Dr Rajen pun baik sangat-sangat.. Tapi.. aku buat perangai. Aku tak datang jumpa Dr untuk present progress.. masa tu, walaupun aku tak datang jumpa Dr Rajen, disebabkan that little conscience yang aku ada.. aku siapkan kerja sebaik mungkin dan aku update pada Dr melalui emel.. sampai akhirnya aku dapat A untuk project management dan membolehkan aku berijazah dengan anugerah dekan buat pertama kalinya sepanjang bergelar pelajar.. Alhamdulillah.. Terima kasih Dr..
Dan masa MBA inilah aku mengenali Prof Hasnah dan Prof Ishak.. yang aku tak dapat nak describe betapa bertuahnya Allah aturkan pertemuan aku dengan Prof berdua yang sangat-sangat-sangat baik, lemah-lembut, rendah diri.. Dua-dua mereka bergelar Dato' namun tak pernah aku setiap kali bersama mereka sewaktu makan atau dimana-mana membahasakan diri mereka Dato'. Kalau di restoran atau kedai makan.. Hanya kata ganti diri Makcik, Pakcik dan Nak yang digunakan ketika memanggil staf atau pekerja untuk memesan makanan... Tamat pengajian di USM.. aku meminta Prof menulis sedikit kenang-kenangan di buku tesis ku.. Janjiku pada Prof untuk sambung PhD bersamanya..
Aku ada tempoh masa dua bulan berada di rumah.. Aku bukan nak menidakkan takdir.. jauh sekali menyalahkan ketentuan yang Allah dah tetapkan. Aku terima qada' dan qadar-Nya.. Tapi mungkin masa tu aku tak tahu macam mana nak tenteramkan hati.. Sejak sesi kimo abah yang ke-4.. side effectnya dah mula menampakkan kesan.. rupa fizikal abah makin berubah.. aku jadi takut.. aku nak berada di rumah sahaja untuk bersama-sama ma dan abah.. Telefon aku pula bermasalah seolah-olah mengiakan keputusan yang aku buat. Mungkin belum masanya untuk aku sambung PhD.. Tapi Allah sebaik-baik Perancang.
Prof cuba hubungi aku.. K.wati pun cuba hubungi aku.. dan akhirnya aku dimaklumkan Prof bahawa beliau meneruskan khidmat di UMP.. kurang 3 jam perjalanan dari rumahku. Terima kasih Ya Allah.. Engkau permudahkan semuanya. Ma dan abah pun sangat-sangat gembira. Dengan bantuan Prof, aku apply dan diterima sebagai pelajar PhD.. kata Abah, Prof berdua orang-orang baik. Tuntutlah ilmu dan belajarlah dari mereka..
Sebulan dua berstatus baru, aku dikhabarkan berita oleh abah bahawa sebenarnya kanser abah dah berada di stage ke-4.. Lagi.. lagi dan lagi.. perasaan takut itu berganda.. perasaan yang bercampur-aduk bertambah kompleks. Dilema seorang anak ma dan abah yang ingin sentiasa berada dekat dengan keluarganya.. ditambah dilema seorang anak murid yang perlu beradab dan belajar dengan gurunya.. Aku cuba menjadi orang yang terbaik bagi kedua-duanya... Jika di rate kan, mungkin 2015/2016 adalah tempoh paling produktif, paling efektif dan paling efisien aku sepanjang hidup 30 tahun.
Akhir tahun 2016.. Keadaan
Panjang sangat.. terpaksa cut and paste ke next entry..
"Complexity of Guilt and Conscience Part II"..
No comments:
Post a Comment