Alhamdulillah. Dah seminggu melangkah ke tahun baru. Masih bernafas, masih bergerak, masih tidak putus ruang dan peluang yang dikurniakan Allah walau diri serba hina dan khilaf.
Sejujurnya, sejak pagi tadi aku terasa ingin menulis posting pertama di My World of Wisdom ini bagi tahun 2021. Tab new post telah aku buka sejak jam 10 pagi tapi sekadar menulis title dan items di sisi kanan sahaja. Kemudian aku memilih untuk menyiapkan tugasan bagi kelas malam ini. Masa terus berlalu dan aku masih belum menaip ayat seterusnya sebagai kandungan first entry tahun ini.
Sehinggalah ke saat tulisanku ini.. Aku baru sahaja terima khabar duka dari group whatsapp sebelum masuk waktu Zohor tadi.. bahawa salah seorang kawan kami kini sedang dirawat di hospital kerana sedang bertarung dengan penyakit yang dipanggil depression.
"Ya Allah, kuatkanlah diri sahabat kami. Teguhkan hatinya dan peganglah hatinya. Buat sahabatku, moga kau terus kuat melawan. Jangan pernah merasa kau seorang. Kau punya ramai kawan-kawan dan teman apatah lagi keluarga.. juga anakmu sendiri ternanti-nanti.."
===
Sedih bila terus-menerus mendengar kisah kawan-kawan yang terpaksa melawan "penyakit tak nampak" ini. Ini bukan kali pertama. Dalam kalangan sahabat, kawan dan teman yang aku ada.. Lebih daripada belas-belas orang yang aku tahu menghadapi penyakit ini. Bukan self-diagnosed, tetapi clinically dan professionally diagnosed. Ada yang dah pulih sepenuhnya, ada yang masih dalam rawatan.. Malah terlalu ramai yang berkongsi rasa dan meluahkan symptoms yang mereka alami, seolah-olah, ya, sedang menghidapi depression.
Nota dan peringatan: Jangan self-diagnosed..!
Mungkin ramai kawan-kawan yang tidak tahu.. termasuklah diri sendiri ini #nazmyzaki juga telah mengalami dan didiagnosed sebagai pesakit MDD - Major Depression Disorder. Perlu makan anti-depressant pill dan perlu bantuan sleeping pill. Worst case, apa yang aku alami dan hadapi tersebut.. berturut dengan non-stop overthinking, sehingga aku terpaksa pula ambil ubat high blood pressure. Alhamdulillah dan nauzubillah.. sekarang aku sudah tak bergantung kepada ubat-ubat ini dan semoga aku terus menjadi diri yang fitrah.
Apa yang aku ingin tuliskan di MyWoW bukanlah untuk membuka pekung di dada atau cuba menjadi salah seorang pseudo-psychiatrist. Aku sekadar ingin berkongsi apa, mengapa dan bagaimana.. Panjang dan banyak yang ingin aku kongsikan, namun aku akan cuba make it short.
===
Pen-off. Jam dah hampir 3.30 petang, aku perlu sambung prepare bahan kelas malam ini.
To be continued.
Depresi. Kemurungan. Kecelaruan emosi. Fighting the unseen.